Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NILAI

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : JUN 2017

Program : PDPLI INTRIM Nama Pelajar :


Kod : MPU3025 Semester / Tahun : 1 / 1
Nama Kursus : Pendidikan Moral Ambilan : Jun 2017
Kumpulan
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan (60%) .
Pilih salah satu isu moral dan selesaikan dengan
7 Jun 2017
menggunakan teori-teori etika tersebut
2. Pembentangan (20%)
Menghuraikan peranan seorang guru dalam
membentuk insan bermoral di sekolah.

3. Kuiz (20%)
Menjawab empat soalan kuiz
Konsep asas moral dan agen-agen moral dan
peranan agen-agen sosial dalam pembentukan
moral individu.

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan konsep asas moral dan nilai yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
(C2, P1, A3, LO1)
2. Mengaplikasi teori-teori etika moral dalam menyelesaikan isu-isu moral. (C3, LO3, LO8)
3. Membentangkan perkaitan antara ciri-ciri insan bermoral dengan peranan guru. (C6, LO5,
LO4)
4. Menganalisis peranan dan tanggungjawab agen-agen sosial dalam pembentukan moral
individu. (C4, LO3, LO8)
Kerja kursus ini memenuhi CLO1,2,3 dan 4

Objektif Kerja Kursus


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1) Memilih salah satu isu moral dan selesaikan dengan menggunakan teori-teori
etika tersebut.
2) Menghuraikan peranan seorang guru dalam membentuk insan bermoral di
sekolah
3) Menjawab empat soalan.

Tugasan Kerja Kursus 100%

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : Penulisan (60%)


Teori-teori etika berfungsi sebagai panduan kepada individu dan masyarakat
tentang cara-cara bertingkahlaku untuk menjalani kehidupan yang bermoral.
Namun begitu setiap teori etika perlu difahami dan dianalisis mengikut konteks
kemoralan yang berbeza mengikut bangsa, agama dan adat dalam konteks
negara Malaysia.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah sesuatu isu moral yang berlaku


boleh diatasi berdasarkan teori-teori etika tersebut.

Isi-isi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:


1. Memilih satu contoh isu moral dan bincangkan dari sudut keseriusannya
dengan mengemukakan contoh-contoh dan data-data (15m)
2. Menjelaskan teori etika yang dipilih bagi mengatasi isu moral tersebut.(10m)
3. Mengaplikasikan teori tersebut dalam mengatasi isu moral tersebut. (25m)
4. Menyatakan pandangan anda tentang isu moral yang dipilih(10m)

TUGASAN 2 : Pembentangan (20%)-kumpulan (3 orang)


Individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral, iaitu keadilan,alturisme dan
autonomi. Individu moral seharusnya peka dan memahami terhadap keperluan peraturan
dalam masyarakat, mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti
kemurahan hati, kemanusian, kerasionalan dan kesejagatan.Mempunyai pengetahuan
dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi haruslah
dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan seorang guru dalam membentuk


insan bermoral di sekolah.

Isi-isi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:


1. Penerangan tentang prinsip-prinsip moral iaitu keadilan,alturisme dan
autonomi.
2. Mengaitkan semua pernyataan yang diberi dengan cara membentuk insan
bermoral dalam kalangan murid di sekolah

TUGASAN 3 : Kuiz (20%)


1. Menjawab 4 soalan tentang konsep asas moral dan peranan agen-agen
sosial dalam pembentukan moral individu.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
i. Pemahaman yang mendalam tentang sesuatu isu moral yang berlaku dan
menggunakan teori-teori etika untuk menyelesaikannya.
ii. Membuat huraian tentang peranan seorang guru dalam membentuk insan
bermoral di sekolah.
iii. Menjawab dengan tepat 4 soalan tentang konsep asas moral dan peranan agen-
agen sosial dalam pembentukan moral individu .
3. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah
5. Penulisan kerja kursus harus menunjukkan kefasihan bahasa, menggunakan laras
bahasa yang sesuai, tiada kesalahan bahasa dan mengaplikaskan kematangan hujahan.
6. Rujukan daripada pelbagai sumber (buku, internet, jurnal) yang tepat dan memenuhi
kehendak tugasan.

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan
1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan, artikel, jurnal,
suratkhabar, dan internet. Sumber yang digunakan hendaklah dikenal pasti dan
dinyatakan dalam rujukan.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 11
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
v. Lampiran berkaitan perlu disertakan
vi. Penulisan kerja kursus dalam bahasa Melayu
5. Panjang tugasan bertulis 1200 patah perkataan (tidak termasuk lampiran dan rujukan)
6. Amalan palagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan
8. Tugasan ini membawa markah 100%.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ _________________________

(BADRIYATUN BINTI KAMAR) (Dr Sakhilah binti Shahkat Ali)


Pensyarah Pendidikan Moral, SME Pendidikan Moral,
Jab. Pendidikan Islam dan Moral Jab. Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

___________________________

(SARIMAH BINTI MOKHTAR)


Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai