Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan pembelajaran Learning Integrated by Design merupakan pembelajaran

yang komprehensif kerana ia dapat membantu murid untuk menimba ilmu dengan lebih
praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata. Pembelajaran
ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang lebih luas oleh
seseorang pelajar. Pembelajaran Learning Intergrated By Design juga dapat memberikan
gambaran yang jelas kepada murid . Keadaan ini dapat dibuktikan melalui penghasilan buku
skrap dan folio tentang sesuatu topik pembelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contohnya,
semasa penghasilan buku skrap, murid secara kendiri akan mencari maklumat atau bahan
tentang topik yang diajar. Keadaan ini secara tidak langsung, membantu murid memahami
topik tersebut secara komprehensif.
Pembelajaran ini juga dapat memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu konsep
yang bersifat abstrak kepada visual. Dalam pembelajaran tradisional yang hanya
menggunakan buku dan material yang dicetak semata-mata, murid-murid tidak mampu untuk
mengetahui apa yang dijelaskan sebenarnya dan hanya membuat imaginasi. Dengan
menggunakan Learning Integrated by Design , murid-murid akan mempelajari secara
hands-on dan mereka bentuk idea mereka. Sebagai contohnya, dalam matapelajaran Sains, ia
amat berbeza untuk menjelaskan sistem peredaran darah dalam jantung dengan hanya
menggunakan konsep 2D dan gambar berbanding dengan menggunakan model dan aplikasi
seperti Anatomy 4D dimana keadaan situasi realistik dapat dipaparkan kepada murid.

Kasthuri
'Learning Integrated, by Design' dianggap sebagai pendekatan pembelajaran yang komprehensif
kerana pendekatan ini membantu murid untuk membangunkan pelbagai kemahiran dan
mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam isu persekitaran. Pendekatan ini mewujudkan
pembelajaran yang komprehensif iaitu proses yang melahirkan murid yang mempunyai pelbagai
kemahiran, keterampilan dan sikap. 'Learning Integrated, by Design' merupakan pendekatan
pembelajaran yang mementingkan elemen merentasi kurikulum. Menurut pendekatan ini, murid akan
mempelajari melalui pengalaman dan menghubungkaitkan konsep-konsep yang dipelajari dengan
persekitaran bersesuaian dengan falsafah 'I hear- I forget, I see- I remember, I do- I understand'.
Dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah pendekatan ini membantu untuk
meningkatkan pengetahuan murid mengikut tahap kognitif masing-masing. Ini kerana pendekatan ini
berpusat murid; murid melibatkan secara aktif dalam memahami sesuatu masalah secara
menyeluruh dan mampu menghubungkaitkan konsep pembelajaran dengan isu- isu persekitaran.
selain itu murid juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta menjana idea
sendiri uuntuk menyelesaikan isu persekitaran. Ini menggalakan pembelajaran berterusan dan
sepanjang hayat. Seterusnya, aspek penilaian instruksional yang dilakukan oleh guru adalah proses
penilaian yang lebih komprehensif; pelbagai kaedah penilaian seperti penghasilan produk,
penyelesaian masalah, membina soalan dan sebagainya. Pendekatan "Learning Integrated by
Design' mewujudkan pembelajaran pelbagai hala dan ini menyebabkan murid mempelajari sesuatu
topik daripada pelbagai sudut yang lebih realiti. Keadaan ini akan menghasilkan pembelajaran yang
komprehensif.

Anda mungkin juga menyukai