Anda di halaman 1dari 1

Utopia adalah nama sebuah masyarakat ideal, diambil dari judul buku yang ditulis pada tahun 1516

oleh Sir Thomas More menjelaskan tentang sebuah pulau di samudera atlantik, yang memiliki sistem
hukum sosial politik yang sempurna. Masyarakat akan menentukan cara pemerintahan secara
sendiri dengan persetujuan semua insan di mana jaringan kecerdasan kolektif digunakan. Kerjasama
antara masyarakat akan mewujudkan negara yang demokrasi. Masyarakat ini akan bersatu padu
dan berusaha bersama-sama untuk pencapaian negara. Setiap negara akan berharap untuk
mewujudkan komuniti utopian bagi mengekalkan kesejahteraan. Proses model incremental
merupakan wadah yang terbaik dalam melaksanakan komuniti ini. Hal ini kerana model ini
menekankan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan secara berperingkat. Semasa
penggubalan kurikulum ataupun sesuatu dasar kepada negara, dasar tersebut akan dinilaei dahulu
kepada setengah masyarakat dan akan mengambil tindak balas terhadap pengimplementasian dasar
tersebut. Kelemahan yang dikenalpasti akan dibuat penambahbaikan berdasarkan pada
maklumbalas pada peringkat itu sendiri. Setelah penambahbaikan, dasar tersebut akan dinilai sekali
lagi. Penilaian dan penambahbaikan akan dilakukan pada setiap peringkat sehingga dasar
menyeluruh siap dibina dan mampu memberi keberkesanan kepada rakyat. Dengan adanya
kerangka incremental ini, semua rakyat dapat membuat dasar mengikut kehendak mereka. Hal ini
secara langsung, setiap rakyat akan berpuas hati dan selesa untuk mengamalkan dasar
tersebut.Dengan ini ciri masyarakat utopian dapat dipupuk.

Anda mungkin juga menyukai