Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BARATHI,36400 HUTAN MELINTANG

LAPORAN PERTANDINGAN POSTER DAN PENANDA BUKU COVID 19

ANJURAN UNIT HEM 2020

Tarikh : 01 hingga 12 Mei 2020


Hari : Setiap hari
Pautan : shorturl.at/fwEFZ

PENGENALAN

Sepertimana yang kita arif, wabak penyakit Covid-19 telah memudaratkan semua sektor
di negara termasuk sektor pendidikan juga. Hal ini telah mengakibatkan murid-murid dan para
guru membuat pembelajaran di rumah. Oleh itu, Unit HEM SJKT Barathi telah mengambil
inisiatif untuk menganjurkan pertandingan membuat poster dan penanda buku Covid 19 kepada
para murid .

Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para murid tentang
penyakit ini dan menghargai jasa para petugas barisan hadapan dalam membendung penyakit ini.
Selain itu, pertandingan ini akan mencungkil bakat murid dan kekreatifan murid dengan hasil
mereka. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi murid-
murid tahun 1 hingga 3 manakala Kategori B ialah bagi murid-murid tahun 4 hingga 6. Kategori
A diminta untuk membuat penanda buku bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan
manakala Kategori B diminta untuk melukis poster Covid 19.

Sebelum pertandingan dijalankan,En G.Gopal, guru besar dan En. Thilai Nathan, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathi telah memberikan
galakkan dan motivasi untuk menjalankan aktiviti tersebut dalam talian kerana banyak
cabarannya. Para guru kelas juga telah memberikan kerjasama yang padu dengan membimbing
murid-murid kelas mereka untuk menyertai dalam pertandingan ini. Program ini telah mendapat
sambutan yang menggalakkan. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk guru
dan pelajar memudahkan program ini berjalan dengan lancar.Semoga pertandingan ini memberi
kesedaran kepada murid-murid tentang penyakit ini dan mematuhi norma baharu Malaysia pada
masa akan datang.

MATLAMAT

Memberi kesedaran tentang penyakit Covid 19 dan menghargai jasa para petugas barisan
hadapan.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.

2.Meningkatkan pemikiran dan penghasilan kreatif murid-murid.

JAWATANKUASA

AJK PELAKSANA

PENGERUSI : EN.G.GOPAL
T.PENGERUSI : EN. THILAI NATHAN
N.PENGERUSI I : CIK. VASANTHI
N.PENGERUSI II : EN. COMICHAEL
SETIAUSAHA : CIK. VALAARMATY
AHLI JAWATANKUASA : SEMUA GURU SJKT BARATHI

TARIKH
01 hingga 12 Mei 2020

TEMPAT

Atas Talian dalam pautan shoturl.at/fwEFZ (Google Form)

SASARAN

Murid-murid tahun 1 hingga 6

GAMBAR AKTIVITI
PERTANDINGAN PENANDA BUKU COVID 19

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER COVID 19


* Semua hasil murid telah dibuat dalam video dan telah memuat naik dalam laman

facebook Sjkt Barathi, Hutan Melintang.

KELEMAHAN

1. Pertandingan ini berlangsung secara online kerana PKP dan semua aktiviti terpaksa

dijalankan dengan bantuan Whatsapp, Google Form dan Facebook.

2. Terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menyertai dalam pertandingan ini

kerana masalah talian.


KEKUATAN

1. Pertandingan ini telah berjaya dijalankan mengikut perancangan yang telah

ditetapkan.

2. Pertandingan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada murid-

murid.Murid-murid yang mengambil bahagian dengan semangat walaupun

dijalankan secara online.

3. Para ibu bapa dan guru telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti

dijalankan.

PELUANG

Murid-murid berpeluang menunjukkan bakat dan hasil kekreatifan mereka.

CABARAN

Menjalankan aktiviti di atas talian dan tidak bersemuka dengan murid-murid


sepanjang pertandingan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Para guru kelas memberi penjelasan kepada para murid mungkin dalam

Google Meet secara bersemuka untuk mengelakkan kekeliruan dan kurang

pemahaman tentang pertandingan ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh

………………………… ……………………….
CIK.M.VALAARMATY EN. THILAI NATHAN

SETIAUSAHA UNIT HEM PENOLONG KANAN HEM

SJK(T) BARATHI SJK(T) BARATH

Anda mungkin juga menyukai