Anda di halaman 1dari 9

Subjek :

TT1013 Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan

Ahli Kumpulan:

1. Losinin Johalin (GT2010-2045)

2. Abd. Rauf Noh (GT2010-2029)

3. Ashmar Labadu (GT2010-2025)

4. Pariseh Ampuli (GT2010 -2026)

Nama Pensyarah :

Cik Crispina Gregory K.Han

Soalan:

Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut


situasi dan teori mengurus perubahan dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah

(20 markah)

1
Pendahuluan:

Banyak teori yang memperkatakan tentang kepimpinan. Dari dahulu hingga sekarang
berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya
muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan itu sendiri. Untuk menjadi
seorang pemimpin yang baik, perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep
kepimpinan yang wujud. Ini kerana, dengan mengetahui teori-teori tersebut seseorang
pemimpin boleh cuba mengamalkan stail kepimpinan mengikut kesesuaian. Di sekolah, Guru
Besar dan guru-guru berhadapan dengan banyak senario yang memerlukan mereka
bertindak dengan bijak. Oleh yang demikian, mereka perlu berpandukan kepada teori-teori
tertentu yang tepat. Di antara teori yang berkaitan dengan aspek pengurusan dan
pentadbiran di sekolah ialah teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi
dan teori mengurus perubahan. Ketiga-tiga teori ini boleh diaplikasikan mengikut keadaan.

1) Teori Perhubungan Manusia

Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan
perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan
terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah dibuat oleh
pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua
corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai kakitangan bawahan iaitu :

(i) Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-
orientation).
(ii) Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan
orang-orang bawahan (human relations orientation).

Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin
yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa
kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin
yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan
pengikutnya.

Andaian asas teori perhubungan manusia adalah membaiki atau peningkatan komunikasi
antara perseorangan akan menghasilkan organisasi yang berfungsi dengan lebih berkesan

2
lagi. Pakar teori perhubungan manusia percaya bahawa perubahan organisasi adalah serupa
dengan pembangunan psikologi individu – ia diperlukan untuk kita berfungsi dengan sihat

Menurut teori ini, perubahan yang sangat berkesan harus berpunca atau datang daripada
peringkat individu dan kumpulan dan bukannya daripada pihak atasan/atas ke bawah (up
bottom). Bagaimanapun kedua-dua belah pihak, iaitu atasan dan bawahan boleh saling
mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencapai kepentingan dan kejayaan sesuatu
organisasi.

Teori ini mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek pengurusan dan pentadbiran di
sekolah, di mana persekitaran kerja memerlukan perhubungan dua hala yang berkesan
untuk mencapai matlamat sekolah. Perhubungan yang baik serta kerjasama yang padu di
antara Guru Besar dan guru-guru boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap budaya
kerja di sekolah.

Masyarakat sekolah perlu mewujudkan persekitaran budaya perhubungan sumber manusia


hendaklah sentiasa erat, harmoni dan saling memahami akan keperluan kakitangan lain.
Masyarakat sekolah perlu bantu membantu di antara satau sama lain untuk mencapai misi
dan visi organisasi.

Jika hubungan antara kakitangan sekolah dalam keadaan yang tidak baik akan
menyebabkan gangguan yang boleh menghalang kepada proses pencapaian matlamat
bersama.

Melalui teori ini juga, setiap kakitangan perlu mempunyai kefahaman dalam bidang tugas
masing-masing secara individu atau kumpulan. Kefahaman dalam setiap bidang tugas yang
diberi akan memudahkannya melaksanakan proses untuk mencapai objek yang ditentukan.

Terdapat banyak amalan pengurusan dan pentadbiran di sekolah yang telah dipraktikkan
mempunyai kaitan dengan teori ini. Berdasarkan pengalaman serta pemerhatian semasa
bertugas di sekolah, perkara-perkara berikut sering diamalkan:-

(i) Guru-guru menjalankan tugas mereka berdasarkan kepada hala tuju yang ditetapkan
secara bersama dan diputuskan dalam satu mesyuarat.
(ii) Guru Besar memberikan penekanan terhadap penetapan tugas yang perlu dicapai
oleh pihak sekolah seperti mencapai visi, misi, matlamat dan objektif
(iii) Guru Besar memberi penekanan kepada individu secara interpersonal untuk
mencapai tugas masing-masing seperti yang telah ditetapkan

3
(iv) Guru Besar mencadangkan visi dan misi sekolah serta dibincangkan secara kolektif di
kalangan staf
(v) Guru diberikan bimbingan untuk memahami visi dan misi tersebut dalam satu kursus
dalaman
(vi) Semua staf menterjemahkan setiap tindakan profesionalisme mereka ke arah
mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan
(vii) Pada setiap awal tahun Guru Besar telah menentukan senarai tugas guru
(viii) Guru Besar menentukan tugas guru berdasarkan kepada kepakaran serta kemahiran
masing-masing
(ix) Guru Besar mengulangi beberapa perkara yang sama semasa mesyuarat staf supaya
setiap daripada staf memahami kehendak pentadbir
(x) Guru-guru memahami perbezaan di antara kehendak dan keperluan pihak pentadbir
(xi) Setiap masalah diselesaikan melalui mesyuarat dan mementingkan keputusan
bersama
(xii) Guru Besar mengadakan sesi pertemuan secara 4 mata di antara guru untuk
menentukan fokus kerja yang hendak dicapai secara individu Mengadakan aktiviti
silaturrahim untuk mengukuhkan hubungan di antara staf
(xiii) Mengadakan kursus dalaman untuk memberikan kefahaman dalam bidang tugas
masing-masing untuk meningkatkan kemahiran

2. Teori Kepimpinan Mengikut Situasi

Teori ini mengandaikan gaya kepimpinan, dan model kepimpinan yang berbeza itu adalah
lebih baik di situasi-situasi berbeza, dan pemimpin-pemimpin itu mesti mudah berubah
untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang wujud. Pemimpin mempelbagaikan
stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam
organisasi. Ia juga mengambil kira kontingensi situasi seperti kematangan pengikut.
Kematangan merujuk kepada tahap keupayaan dan persediaan seseorang pengikut
menyempurnakan sesuatu tugas iaitu meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
teknikal, keyakinan diri, komitmen, motivasi dan harga diri berhubung dengan sesuatu
tugas.

4
Mengikut teori kepimpinan situasi, semakin matang tahap perkembangan pengikut,
semakin tinggi tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu tugasan,
semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, pemimpin seharusnya mengurangkan stail
kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat kepada stail
yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan (supporting) .
Akhirnya apabila tahap perkembangan pengikutnya sangat tinggi dan matang bukan sahaja
dalam disiplin tugasnya bahkan dalam aspek psikologi pemimpin haruslah mendelegasi .
Kesimpulannya dapatlah ditegaskan bahawa kepimpinan mengikut situasiialah suatu proses
mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan supaya dapat mencapai matlamat dalam
sesuatu situasi tertentu.

Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah
gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
Guru Besar yang berkesan telah mengamalkan stail kepimpinan situasi apabila
menguruskan sekolah dan stail utama ialah stail membimbing diikuti oleh stail
menyokong, mengarah dan mendelegasi. Stail mengarah selalunya digunakan
terhadap guru-guru baru, stail membimbing terhadap guru-guru yang kurang
berpengalaman dan stail mendelegasi terhadap guru-guru kanan.

Seorang pemimpin situasi itu perlu meneliti keseluruhan orang bawahannya,


mendekati pekerjanya dalam setiap tugasan yang diberi, memilih stail kepimpinan,
berbincang dengan orang bawahannya dalam situasi yang berbeza dan kemudiannya
melaksanakan perancangan secara bersama.

Dalam tahun 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard, telah membangunkan model
kepimpinan mengikut situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau stail
kepimpinan dan tahap perkembangan pengikut.. Stail kepimpinan yang diutarakan dalam
model ini ialah Telling (Directing), Selling (Coaching), Participating (Supporting), dan
Delegating

Guru Besar memainkan peranan membimbing, menyokong di samping mengarah dan


mendelegasi. Natijahnya hubungan yang baik, hubungan komunikasi dua hala dapat
diwujudkan. Guru Besar memberikan penekanan tentang apa, dan bagaimana
melaksanakan sesuatu tugas dan bila patut diselesaikan. Buah fikiran guru diambil kira
walaupun keputusan mutlak tetap berada di tangan Guru Besar.

5
Stail mengarah selalunya kepada guru baru atau guru prestasi rendah dan sering
mengelak tugas. Melalui pengamatan yang teliti guru-guru yang tahap komitmennya rendah
dibekalkan dengan suatu senarai tugasan yang konkrit, meliputi objektif atau apa yang
hendak dicapai, jangka masa pelaksanaan dan strategi atau plan operasi yang lengkap.
Guru Besar akan terus memantau perkembangan pelaksanaan tugasnya dan menegur serta
mengarah untuk membaiki atau menambahbaik bahagian-bahagian tertentu dalam tugasan
yang ditetapkan.

Stail membimbing pula diberikan khusus kepada guru kurang berpengalaman dan
pengetahuan tentang tugas. Mereka ini selalunya mempunyai tahap komitmen yang rendah
dengan tahap kompetensi yang sederhana. Mereka ini perlu kepada arahan dan juga
bimbingan yang berterusan. Di sini Guru Besar perlu pula ada kemahiran komunikasi dua
hala dalam menentukan target atau sasaran kerja bersama dengan mereka disamping
menunjuk ajar pada perkara-perkara tertentu yang mereka tidak mempunyai kemahiran.
Sebagai contoh bagaimana Guru Besar merangsang dan membimbing guru-guru ini dalam
meningkatkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru Besar membimbing mereka bagaimana membuat persembahan melalui
aplikasi ’power point’ . Akhirnya setelah mereka mempunyai kemahiran dengan bimbingan
dan arahan yang semakin berkurangan arasnya, mereka menjadi lebih baik dengan
komitmen dan kompetensi yang tinggi.

Dalam situasi dimana guru-guru berpengalaman akan dibawa berbincang dan


meminta pendapat, menentukan objektif atau matlamat. Sifat kepimpinan Guru Besar
banyak menyokong mereka disamping mengurangkan stail mengarah. Dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan, guru-guru seperti ini diberi peluang membina modul-modul tersendiri
dengan mengambil kira kompetensi yang mereka miliki. Lazimnya, Guru Besar tidak
menentukan cara atau kaedah yang digunakan tetapi matlamatnya mestilah dapat dicapai
dengan tepat. Sokongan yang diberi kepada mereka ada kalanya berbentuk moral begitu
juga material. Stail menyokong biasanya digunakan dalam pengurusan kokurikulum.
Seorang guru yang melatih pasukan bola jaring diberi kebebasan untuk mengekploitasi apa
kaedah sekalipun asalkan pasukan mereka menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

6
Delegasi iaitu mengamanahkan atau menurunkan tanggungjawab kepada orang lain
misalnya penolong kanan. Dalam proses delegasi, perkongsian tanggungjawab dan tugas
antara subordinat dilakukan oleh mereka melalui peranan masing-masing untuk
menyumbangkan buah fikiran, idea bernas, dan tenaga terhadap kejayaan sekolah . Guru
Besar mengenal pasti subordinat yang layak dan sesuai untuk diberikan tugasan yang
spesifik seperti penolong kanan. Mereka dibawa bersama untuk menentukan matlamat.
Menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk setiap tugas yang spesifik. Pada
peringkat ini Guru Besar akan menilai prestasi kerja atau pelaksanaan aktiviti melalui refleksi
atau menggunakan senarai semak. Hasilnya , kesemua staf memahami tugasnya dan
berusaha ke arah mempertingkatkan pencapaian mereka. Kesan delegasi ini akan
menghasilkan kewujudan pembahagian tugas (yang akan meringankan beban tugas
pengetua supaya menjadi lebih berkesan).

3. Teori Mengurus Perubahan

Bidang Pendidikan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi
cabaran masa depan. Perubahan tidak dapat dielakkan. Menurut Menurut Oliver (1996)
dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan
didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan. Teori
mengurus perubahan Dessler (1995) menyatakan 4 jenis perubahan iaitu:-

(i) Perubahan ke arah peningkatan


Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam
organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkankomitmen &
produktiviti staf.

(ii) Perubahan strategik organisasi


Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.

7
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
& sistem ganjaran.

(iii) Perubahan reaktif


Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan pihak
berkepentingan (stakeholders) . Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap
isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.

(iv) Perubahan diakibatkan oleh jangkaan


Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana
terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan
perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.
Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Amalan-amalan pengurusan dan pentadbiran di sekolah yang menjurus kepada teori


mengurus perubahan di antaranya ialah:-

(i) Pembahagian tugasan dan menyusun semula struktur organisasi


(ii) Latihan dalaman secara berkala dan berfokus seperti kursus perkembangan
staf
(iii) “Teamwork building” untuk membina kumpulan kerja yang bermutu.
Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti
matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut
(Barrot & Raybould 1998).

8
(iv) Memberikan penekanan perubahan kepada perkara utama di sekolah seperti
perubahan :
i. Individu.
ii. Kumpulan / Pasukan.
iii. Jabatan.
iv. Organisasi.
v. Sistem Organisasi.
vi. Komuniti.
(v) Guru besar perlu menentukan perubahan yang dilakukan hendaklah dari satu
unit yang kecil (individu guru) kepada kumpulan besar.

Kesimpulan:

Teori-teori pengurusan banyak membantu Guru-guru Besar atau pengetua di sekolah


untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan subordinat. Guru Besar mempunyai
pelbagai pilihan stail kepimpinan berdasarkan keadaan dan keperluan.

Rujukan:

1. Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan (2008) – Abdul Ghani Abdullah Phd,


Abd.Rahman Abd. Aziz, Mohammed Zahir Ahmad

2. Visi ke Realiti: Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau oleh Pn. Mary Yap Kain
Ching.

3. Teori dan Teknik Kepimpinan (2003) – Ainon Mohamad ,Abdullah Hassan,

4. Journal IAB

5. Internet – Scribd, http://www.chimaeraconsulting.com/sitleader.htm

6. http://www.12manage.com/methods_blanchard_situational_leadership.html

Anda mungkin juga menyukai