Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang pengenalan kepada tajuk kajian.Perbincangan

dimulakan dengan menganalisis masalah dan keperluan kajian, tujuan, objektif dan

soalan berkaitan kajian dan definisi istilah-istilah utama berkaitan kajian.Sampel kajian

terdiri daripada 4 orang murid Tahun 3A dari salah sebuah sekolah kebangsaan di

daerah Gua Musang, Kelantan.

Latar belakang kajian berkisar tentang sukatan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) dalam aspek kemahiran teknik penjarian rekoder dalam kalangan murid

Tahun 3A.Kajian tertumpu kepada mengenal pasti kelemahan murid dan punca

kelemahan tersebut.Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas sampel kajian bagi

mengukur pengetahuan awal, didapati murid tidak mempunyai pengetahuan dan

kemahiran asas dalam penjarian not rekoder. Setelah mengenal kelemahan-kelemahan

tersebut, beberapa sesi rawatan atau intervensi telah dijalankan ke atas murid.Selesai

menjalani rawatan atau intervensi tersebut, satu analisis telah dijalankan bagi mengukur

tahap pencapaian murid.Sekiranya, sesi rawatan belum mencapai tahap ditetapkan,

maka sesi rawatan keseterusnya akan dilaksanakan sehingga sampel kajian mencapai

pada yang ditetapkan.


Latar Belakang kajian

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pendidikan Muzik dan

membekalkan alat muzik rekoder di semua di semua sekolah rendah sejak tahun

1983.Matlamat utama kurikulum muzik digubal adalah untuk memperkembangkan

potensi serta bakat dan kualiti individu dari segi nilai estatika muzik dan etika melalui

pengalaman muzik.Guru-guru yang ditugaskan untul mengajar muzik ialah guru dari

lepasan maktab perguruan dan institusi perguruan.Kebanyakan guru muzik telah ini

telah didedahkan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan latihan-

latihan dan kemahiran yang semasa mengikuti kursus di maktab dan institusi perguruan.

Selain itu, guru-guru ini juga pernah mengikuti beberapa bengkel dan kursus muzik

tradisional dan moden termasuk rekoder.

Muzik merupakan satu saluran sejagat yang membolehkan manusia meluahkan

perasaan dan memperlihatkan identiti masing-masing.Hal ini jelas menunjukkan

tentang keperluan pengajaran dan pembelajaran muzik bagi murid-murid di sekolah

rendah.Maka, sekolah merupakan medium utama yang paling sesuai untuk memberi

pendedahan tentang kemahiran-kemahiran muzikal dalam pengembangan bakat

individu terutamanya kanak-kanak.Salah satu elemen yang wajib dipelajari dalam

konteks Pendidikan muzik di Malaysia melalui Dokumen Standard Kurikulum Dan

Pentafsiran adalah elemen kemahiran permainan rekoder.

Aktiviti tiupan rekoder telah wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak

penjajahan British lagi.Johami Abdullah dalam bukunya yang berjudul Pendidikan

Muzik Semasa (2012) telah menjelaskan bahawa aktiviti tersebut telah diadakan di

beberapa buah sekolah khususnya di bandar-bandar utama pada zaman


tesebut.Sehingga kini, aktiviti tersebut masih lagi ditekankan dalam senarai kemahiran

muzikal yang perlu dipelajari di sekolah selain aktiviti nyanyian dan lain-lain lagi.

Aktiviti permainan rekoder merupakan salah satu elemen yang perlu murid

pelajari seperti yang terkandung dalam Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) .Untuk itu, terdapat beberapa perkara asas yang perlu mereka kuasai iaitu

teknik-teknik asas dalam permainan rekoder seperti postur, penglidahan, tiupan dan

penjarian.

Saya telah membuat tinjauan awal tentang kesilapan yang dilakukan oleh murid

tahun 3 di sebuah sekolah rendah. Didapati segelintir murid menggerakkan jari mereka

pada not-not yang tidak tepat.Murid juga tidak mahir menguasai penjarian not B, A,dan

G. Saya berpendapat faktor pendekatan dan kaedah guru yang mengajar mata pelajaran

pendidikan muzik mempengaruhi situasi tersebut berlaku.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah merupakan satu subjek dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah ( KSSR) yang mana KBSR akan berakhir pada tahun 2015, ia telah dirancang

dan dilaksanakan bagi memastikan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan

serta melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran demi untuk menghasilkan

sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid dan memberi pengalaman

mengendalikan pelbagai alat muzik bercorak amali dan diajar pada tahap 1 di semua

sekolah rendah seluruh negara.


Menurut Mok Song Sang (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian

iaitu 75% daripada maklumat yang diperolehi oleh manusia adalah melalui deria

penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan

bau.. Oleh yang demikian, pengajaran not rekoder bernombor dan permainan ketingting

memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan

untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.

Saya rasa terpanggil untuk membantu murid-murid saya supaya mereka dapat

menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi dengan betul. Bagi saya, jika mereka

tidak dapat menguasai kemahiran asas bermain rekoder dari awal, maka apabila mereka

berada pada tahap yang seterusnya, ianya akan menimbulkan banyak masalah kepada

murid itu sendiri dan juga guru yang terlibat untuk mengajar mereka.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dunn dan Dunn (1992), ia

menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran

apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran mereka. Ini

menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan akan memberi kesan kepada sikap pelajar terhadap

pendekatan tersebut. Oleh itu, saya telah mencari dan mengenal pasti pendekatan yang

sesuai dengan kajian yang dilaksanakan ini.

Pengalaman saya mengajar selama 19 tahun di dalam bidang pendidikan muzik sekolah

rendah ia amat bermakna kepada saya. Segala pengalaman bertugas yang dilalui samada

secara induktif ataupun deduktif di dalam kelas dapat diguna pakai untuk diadaptasikan

terhadap murid dengan harapan peningkatan kemahiran mencapai sasaran pencapaian

murid ke tahap maksimum.


Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi tahap 1 dan juga

2. Walaupun demikian, saya hanya mengajar murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 di

salah sebuah sekolah rendah di daerah Gua Musang Kelantan.Saya akan membuat

kajian terhadap Tahun 3A bagaimana sistem penjarian bernombor dan permainan

ketingting dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain rekoder.Murid-murid kelas

ini merupakan murid yang pertengahan dalam semua mata pelajaran.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran bermain rekoder di kelas melalui

pemerhatian, saya telah mendapati beberapa orang murid tidak menguasai kemahiran

penjarian not rekoder dengan betul dan baik. Saya mendapati mereka gagal membuat

penjarian rekoder dan menghasilkan tiupan pic yang tepat kerana murid tidak dapat

mengingat penjarian not hendak dimainkan oleh mereka. Ia akan menambahkan lagi

kesukaran semasa ingin memainkan melodi lagu dan semerta. Hal ini dibuktikan dengan

keputusan ujian amali bermain rekoder yang diberikan oleh saya kepada 4 orang murid

daripada Tahun 3A, tidak dapat memainkan rekoder dengan penjarian dan pic yang tepat

mengikut kriteria seperti di atas.

Penghasilan peniupan kualiti ton yang baik adalah bergantung kepada lima cara iaitu

teknik postur, embouchure, penglidahan, pernafasan dan penjarian. Semua teknik ini

sangat membantu dalam penghasilan kualiti ton yang baik. Kegagalan murid membuat

penjarian akan menjejaskan sesuatu kualiti ton yang baik untuk persembahan. Sekiranya

masalah ini berterusan, mereka akan sukar untuk memainkan dan meniup not-not pada

melodi skor dan menghasilkan pic yang sumbang.


Saya juga mendapati tempoh masa 30 minit yang diperuntukan di dalam

seminggu sahaja untuk pengajaran pendidikan muzik sekolah rendah pada masa kini

sedikit sebanyak mempengaruhi permasalahan kemahiran bermain rekoder dalam kelas.

Kekurangan masa dan latihan intensif akan menyebabkan murid menghadapi masalah

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Saya mendapati permasalahan ini juga berlaku adalah kerana pembelajaran

bermain rekoder adalah merupakan subjek dan kemahiran yang baru diperkenalkan

kepada murid-murid di sekolah. Selain itu, masalah ketiadaan memiliki rekoder sendiri

dan pengaruh tinggal di kawasan kampung tidak menggalakkan murid untuk meminati

bidang bermain rekoder. Ketiadaan guru opsyen muzik dalam bidang kemahiran

bermain rekoder juga mempengaruhi permasalahan ini. Guru yang bukan opsyen muzik

yang kurang pendedahan dan tidak mahir dalam kemahiran bermain rekoder.

Oleh itu, saya berminat untuk menggunakan kaedah bernombor dan permainan

ketingting dalam menyelesaikan dengan cara menggantikan nama-nama penjarian not

dengan sistem nombor dengan bahan bantu mengajar iaitu penggunaan permainan

ketingting.Ia bertujuan untuk memudahkan sampel kajian mengingat penjarian not

rekoder.

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 3A di salah sebuah sekolah

kebangsaan, di daerah Gua Musang, Kelantan.Kajian ini juga melibatkan proses soal

selidik, ujian pra, ujian pos dan pemerhatian murid-murid yang terlibat dalam kajian ini.
FOKUS KAJIAN

Isu Kajian

Kajian ini dijalankan adalah berfokuskan kepada permasalahan penjarian not asas

rekoder oleh murid- murid tahun 3.Kajian ini penting bagi murid-murid tahap 1 dalam

perkembangan bakat dan minat mereka dalam seni muzik seperti yang disarankan dalam

sukatan pelajaran Pendidikan muzik KSSR.Tambahan pula, sampel kajian mempunyai

pengetahuan asas tentang konsep penjarian rekoder yang amat terhad.Mereka hanya
akan mengingat dan memainkan not-not mudah seperti yang telah diajar oleh guru-guru

mereka di sekolah.Pengetahuan tersebut tidak dikembangkan lagi dengan memainkan

beberapa lagu mudah yang mampu menguji kefahaman dan ingatan mereka di dalam

kelas.

Kesilapan utama dan kerap dilakukan mereka adalah:

• Segelintir murid kerap lupa atau tidak dapat mengingati not yang telah dipelajari

sebelumnya setelah diperkenalkan dengan not-not yang baharu.

• Murid keliru dengan not-not yang telah dipelajari apabila disuruh menunjukkan

penjarian dan meniupnya apabila diajar dengan menyebut huruf not tersebut

sahaja.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran,

kefahaman, penguasaan dan ingatan murid terhadap not-not asas yang diperkenalkan

dalam pembelajaran rekoder di sekolah rendah dengan menggunakan kaedah

pernomboran dan permainan ketingting atau ting-ting.Dapatan dari kajian ini kelak

serba-sedikit dapat memangkinkan cetusan idea kreatif dan inovatif guru-guru

pendidikan muzik dalam menghasilkan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

Objektif Kajian

a) Objektif Am
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 3A menguasai

kefahaman dan ingatan mereka dalam penjarian not asas permainan rekoder dalam

Pendidikan Muzik

b) Objektif Khusus

i. Membantu murid-murid menguasai kemahiran penjarian rekoder not- not asas

permainan rekoder B, A, dan G.

ii. Membantu murid mengingati not asas permainan rekoder not B, A dan G.

Persoalan Kajian

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah:

1. Adakah kaedah bernombor dan permainan ketingting membantu penguasaan

murid dalam kemahiran penjarian rekoder?

2. Adakah kaedah tersebut mampu membantu murid mengingat not asas permainan

rekoder?
Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru Pendidikan Muzik dalam pengajaran

dan pembelajaran mereka khususnya dalam penjarian not-not asas untuk topik

permainan rekoder.

Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu murid-murid khususnya murid

Tahap 1 dalam mengingat dan menguasai penjarian nit-not asas dalam permainan

rekoder.Selain itu, kajian ini juga dapat membantu guru pendidikan muzik dalam

menyelesaikan masalah penjarian murid yang lambat atau kurang cekap dalam

permainan rekoder.Dapatan ini juga dapat membantu guru-guru Pendidikan Muzik

dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh

mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai