Anda di halaman 1dari 12

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)

Mata Pelajaran
Matematik
SPM
2016

Tajuk :

Pelan Dan Dongakan

Disediakan oleh :

Cik. Lim Yen Chee


En. Yeap Yang Huat

1
Topik 10: Pelan dan dongakan

Objektif: Memahami dan menggunakan konsep unjuran ortogon

Strategik pembelajaran ;

 Perbincangan
 Aktiviti kumpulan
 I-Think
 Sumbangsaran
Perisian :

 Geogebra
 GSP 4.06
 Power Point
Kerangka Modul :
10.1 Unjuran Ortogon
10.1.1 Melukis unjuran Ortogon
10.2.1 Melukis Pelan
10.2.2 Melukis Dongakan
10.2.3 Melukis Pelan dan dongakan mengikut skala

10.1.1 Mengenal pasti unjuran ortogon


Pengenalan:

 Guru menyuruh pelajar memancarkan lampu suluh ke atas Model 3-D dari tiga pandangan (kiri,
kanan dan hadapan)
 Pelajar diminta melukiskan bayang yang mereka nampak.
 Pelajar diminta menyatakan perbezaan bayang tersebut.
 Pelajar diminta memberi penerangan atas perbezaan tersebut.
Guru memberi penerangan bahawa bayang terbentuk merupakan unjuran bagi objek tersebut. Guru
menegaskan bahawa unjuran tersebut bukan unjuran ortogon. Guru memberi penerangan tentang
unjuran ortogon dan cara mendapat unjuran ortogon.

2
Aktiviti :
Cikgu menggunakan straw sebagai garis unjuran untuk mendapatkan normal kepada satah dan
seterusnya menunjukkan cara mendapat unjuran ortogon.
(Nota : Normal ialah garis yang membentuk 900 kepada satah )

 Guru menegaskan kepada pelajar bahawa unjuran ortogon yang terbentuk adalah sama dengan
objek sebenar dari segi saiz dan bentuknya.
 Guru meminta pelajar membuat lembaran kerja
lembaran kerja (Rujuk lampiran 10.1.1 mengenal pasti unjuran ortogon)

3
10.1.2 Melukis unjuran ortogon

 Guru menerangkan cara melukis unjuran ortogon

Garis unjuran

Satah mengufuk Unjuran Ortogon

Langkah:
1. Dari setiap bucu objek, lukiskan normal kepada satah di mana imej akan terbentuk.
2. Sambungkan titik normal yang terbentuk untuk mendapatkan unjuran ortogon.

 Guru menunjukkan satu contoh lagi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar.

Latihan pengukuhan : (Rujuk Buku Teks m/s 274 Praktis kendiri 2)

4
10.2 Pelan Dan Dongakan
Pengenalan :

 Guru mempamerkan gambar-gambar kereta daripada beberapa pandangan.

 Guru menerangkan suatu objek dapat dilihat daripada pelbagai pandangan.

5
Akiviti 1:

Guru menunjukkan gambar syiling dan beberapa bentuk poligon dan seterusnya minta pelajar padankan
unjuran ortogon yang sepadan dengan syiling.

Guru menerangkan unjuran ortogon bagi syiling tersebut adalah bulatan jika dilihat dari atas dan segi
empat tepat jika dilihat dari depan.

6
10.2.1 Pelan

 Guru menyediakan satu model dan pelajar diminta melihatnya dari atas dan kemudian
melukiskan ujuran ortogon pada satu satah mengufuk.

Contoh:

 Guru menegaskan bahawa lukisan tersebut merupakan pelan bagi model tersebut.
(Nota: Pelan ialah unjuran ortogon pada satah mengufuk)

 Pelajar diminta membuat lembaran kerja untuk mengukuhkan pemahaman tentang pelan.
Lembaran Kerja : (Rujuk Lampiran 10.2.1)

7
10.2.2 Dongakan
Guru menyediakan satu model dan pelajar diminta melihatnya dari sisi dan depan kemudian
melukiskan unjuran ortogon pada satu satah mencancang.
Contoh:

 Guru menegaskan bahawa lukisan dari pandangan depan merupakan dongakan depan dan
pandangan sisi merupakan dongakan sisi bagi model tersebut
(Nota: Dongakan ialah unjuran ortogon pada satah mencancang)

 Pelajar diminta membuat lembaran kerja untuk mengukuhkan pemahaman tentang dongakan.

Lembaran kerja : (Rujuk Lampiran 10.2.2 )

8
10.2.3 Melukis Pelan dan Dongakan mengikut skala

 Tips:
o Garis penuh ( _____ ) digunakan untuk menunjukkan tepi kelihatan objek.
o Garis putus-putus (-------) digunakan untuk menunjukkan tepi tersembunyi objek
o Garis cahaya nipis ( ____ ) yang dipanggil garis unjuran, digunakan untuk menyambung
pelan dan ketinggian.
 Guru menggunakan perisian Geometre Sketchpad atau Geogebra memaparkan beberapa contoh
untuk mendapat pelan dan dongakan mengikut skala.
Cara penggunaan GSP :

 Guru mesti mempunyai perisian GSP 4.06.


 Guru mengelikkan butang reset untuk memaparkan objek sebenar.
 Guru mengelikkan butang pelan untuk mendapat pelan
 Guru mengelikkan butang reset untuk memaparkan objek sebenar.
 Guru mengelikkan butang dongakan depan untuk mendapatkan dongakan depan.
 Guru mengelikkan butang reset untuk memaparkan objek sebenar.
 Guru mengelikkan butang dongakan sisi untuk mendapatkan dongakan sisi.
Cara penggunaan Geogebra :

 Guru mesti mempunyai perisisan Geogebra

 Guru mengelikkan butang kemudian gerakan anak panah tetikus ke gambar rajah

yang sedia ada. Guru menekankan klik kiri pada tetikus dan gerakkan tetikus. Guru akan
mendapati objek bergerak mengikut kehendak soalan.

9
Aktiviti Kumpulan:

 Guru meminta pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing dan mengedarkan soalan aktiviti
kumpulan kepada pelajar kemudian membincangkan Soalan tersebut.
 Guru meminta pelajar memaparkan jawapan masing-masing di depan kelas kemudian meminta
mereka membandingkan jawapan masing-masing..
 Guru membuat kesimpulan dengan memaparkan jawapan menggunakan power point.
Melukis pelan dan dongakan dengan skala penuh.
Soalan aktiviti kumpulan :
(a) Rajah menunjukkan sebuah pepejal di atas satah mengufuk. ABCDEF ialah keratan rentas
seragam bagi pepejal itu. Lukis dengan skala penuh, pelan pepejal itu.

Rajah 1(i)

(b) Sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dicantumkan kepada pepejal dalam (a) pada satah
mencancang ABCDEF. Gabungan pepejal itu ditunjukkan dalam rajah 1 (ii) . PQN adalah
keratan rentas seragam prisma itu.

10
Lukis dengan skala penuh,
(i) Dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang selari dengan GF sebagaimana
dilihat dari X.
(ii) Dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang selari dengan AF sebagaimana
dilihat dari Y.
Latihan Pengukuhan : (Rujuk Lampiran 10.2.3)

11
I-THINK

PELAN DAN DONGAKAN

Dongakan sisi Pelan


Dongakan depan

Unjuran pada satah mencancang Unjuran pada satah


mencancang

Unjuran pada satah mengufuk

12

Anda mungkin juga menyukai