Anda di halaman 1dari 8

4.

8 PENYELESAIAN PERSAMAAN LINEAR SERENTAK DENGAN KAEDAH


MATRIKS

(a) Murid-murid dibimbing untuk menulis persamaan linear serentak dalam bentuk
persamaan matriks.

Contoh: Persamaan linear serentak


3x + 4y = 10
5x – 2y = 8

Penyelesaian: Persamaan matriks

(b) Murid-murid cuba untuk membentuk persamaan linear serentak yang diberi dalam
bentuk persamaan matriks. Wakil kumpulan diminta tampil ke hadapan kelas untuk
menunjukkan hasil kumpulan masing-masing.

Contoh: Tulis setiap pasangan persamaan linear serentak berikut dalam


bentuk persamaan matriks.

(a) 3x + 5y = 5 (b) x = 5y + 6
x = 2y + 7 4y = x – 3

(c) (d)
(c) Murid-murid ditunjukkan cara untuk mencari nilai x dan y dalam persamaan linear
serentak dengan menggunakan matriks songsang.

Contoh: Selesaikan persamaan linear serentak di bawah dengan


menggunakan kaedah matriks.

3x – 2y = 8
5x – 4y = 13

Penyelesaian: Langkah 1: Tuliskan dalam bentuk persamaan matriks.

Langkah 2: Selesaikan dengan menggunakan kaedah matriks


songsang.

Gunakan kaedah
matriks songsang
untuk
menyelesaikan
masalah.

Tertib susunan
mestilah betul.

Nilai x dan y perlu dinyatakan.


(c) Murid-murid diberikan tugas untuk menyelesaikan persamaan linear serentak
dengan menggunakan kaedah matriks songsang. Wakil kumpulan diminta untuk
menunjukkan jalan penyelesaian di hadapan kelas.

Contoh: Selesaikan persamaan linear serentak berikut dengan


menggunakan kaedah matriks.

(a) x – 2y = –7 (b) 4a – 3b = –7
2x + 5y = 13 8a – 5b = –11

(c) 10m – 3n = –2 (d) y – 2y = 9


13m – n = 9 4x + y + 3 = 0

(e) Murid-murid didedahkan penyelesaian masalah yang melibatkan matriks. Soalan


ini merupakan soalan yang memerlukan KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI, KBAT.

“Penggunaan matriks amat luas terutamanya dalam bidang perniagaan,


pengurusan, pendidikan, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Di sini, cikgu akan
menunjukkan satu contoh penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan
harian dengan menggunakan kaedah matriks.”

Contoh:

Sebuah restoran menjual jus oren dan jus epal di dalam 2 jenis gelas. Iaitu gelas
kecil dan gelas besar. Harga jus buah-buahan gelas kecil dan gelas besar masing-
masing ialag RM x dan RM y. Pada suatu hari, restoran itu telah menjual 30 gelas
kecil jus oren , 20 gelas besar jus oren, 50 gelas kecil jus epal dan 40 gelas besar jus
epal. Jumlah pendapatan daripada jualan jus oren dan jus epal masing-masing ialah
RM 240 dan RM 440. Cari harga gelas kecil dan gelas besar jus buah-buahan.
Penyelesaian:

i. Memahami Masalah

Maklumat yang diberikan.

Jus Gelas Kecil Gelas Besar Harga Jualan (RM)


Oren 30 20 240
Epal 50 40 440
Harga (RM) x y

ii. Merancang Strategi Penyelesaian

Bentukkan dua persamaan linear dan ungkapkan persamaan dalam bentuk matriks.
Selesaikan persamaan matriks dengan menggunakan kaedah matriks songsang.

iii. Melaksanakan Strategi

30x + 20y = 240 dipermudahkan kepada 3x + 2y = 24.


50x + 40y = 440 dipermudahkan kepada 5x + 4y = 44.
æ 3 2 öæ x ö æ 24 ö
ç ÷çç ÷÷ = ç ÷
è 5 4 øè y ø è 44 ø
æ x ö 1 æ 4 -2 öæ 24 ö
çç ÷÷ = ç ÷ç ÷
è y ø ad - bc è -5 3 øè 44 ø
æ x ö 1 æ 4 -2 öæ 24 ö
çç ÷÷ = ç ÷ç ÷
è y ø (3´ 4) - (2 ´ 5) è -5 3 øè 44 ø
æ x ö 1æ (4 ´ 24) + (-2 ´ 44) ö
çç ÷÷ = ç ÷
ç (-5´ 24) + (3´ 44) ÷
è y ø 2è ø
æ x ö 1æ 8 ö
çç ÷÷ = ç ÷
è y ø 2è 12 ø
æ x ö æ 4 ö
çç ÷÷ = ç ÷ Harga jus buah-buahan gelas kecil dan gelas besar masing-
è y ø è 6 ø masing ialah RM 4 dan RM 6.
\ x = 4, y = 6
(f) Murid-murid didedahkan sekali lagi berkenaan dengan kesilapan umum yang selalu
dilakukan
oleh calon-calon semasa peperiksaan. Murid-murid diingatkan supaya tidak melakukan
kesilapan yang sama.

Cara yang betul dalam mencari matriks songsang adalah seperti berikut.

KESILAPAN UMUM yang sentiasa dilakukan oleh calon-calon dalam peperiksaan


adalah seperti di bawah.

i. Membentuk matriks terlebih dahulu.

ii. Mencari matriks songsang dengan menggunakan matriks yang telah dibentuk,

iaitu . Markah tidak diperolehi sungguhpun

jawapan adalah sama memandangkan TATACARA dalam penentuan matriks


songsang salah.
æ a d ö æ 1 -4 ö
A =ç ÷ A=ç ÷
è b c ø è 3 2 ø
1 æ c -d ö 1 æ 2 4 ö
A -1 = ç ÷ A -1 = ç ÷...
ad - bc è -b a ø (1´ 2) - ( -4 ´ 3) è -3 1 ø

(f) Murid-murid diminta menyelesaikan masalah yang diberi dalam KUMPULAN


masing-masing. Setiap kumpulan membincangkan tugasan yang diberikan dan
menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah yang telah disarankan.
TUGASAN 1

Bayaran untuk menaiki sampan ke Pantai Jerjak ialah RM 1 untuk kanak-kanak dan
RM 3 untuk dewasa. Diberikan jumlah kutipan pada hari Sabtu ialah RM 65.00, dan
jumlah penumpang ialah 36 orang. Cari bilangan kanak-kanak dan dewasa yang
menaiki sampan pada hari tersebut.

TUGASAN 2

Terdapat sebuah gerai menjual mi kari dan laksa. Pada suatu hari, Pn Latha membeli
7 mangkuk mi kari dan 9 mangkuk laksa dengan harga RM 73. Pn Lim membeli 13
mangkuk mi kari dan 11 mangkuk laksa dengan harga RM 107. Hitung harga
semangkuk mi kari dan harga semangkuk laksa dengan menggunakan kaedah
matriks.

TUGASAN 3

Pn Normah membayar RM27 untuk membeli 2 kg langsat dan 3 kg rambutan.


Anaknya membeli 3 kg langsat dan 4 kg rambutan dengan harga RM 38. Bentukkan
persamaan matriks untuk mewakili maklumat yang diberikan. Seterusnya,
hitungkan harga 1 kg manggis dan 1 kg rambutan.

Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil tugasan masing-masing. Murid-


murid diminta memberikan cadangan dan ulasan terhadap jawapan yang diberikan
oleh setiap kumpulan. GALLERY WALK dijalankan.

LATIHAN 4.8

Tulis setiap persamaan linear serentak berikut dalam bentuk persamaan matriks. Seterusnya,
hitung nilai x dan nilai y dengan menggunakan kaedah matriks.
1. –2x + 3y = 13
3x – 4y = –18

2. –3x + 5y = –18
x – 3y = 10

3. –4x + 3y = 17
x – 2y = –8

4. 6x – y = 4
3x + 4y = –7

5. x = 5y – 8
3x – 2y = –11

Anda mungkin juga menyukai