Anda di halaman 1dari 20

Pemasaran Utama Internet

EBOOK PEMASARAN
UTAMA INTERNET

1
Pemasaran Utama Internet

PENGENALAN

Teknik-teknik pemasaran utama yang terdapat di Internet dapat membantu membina


perniagaan anda. Teknik-teknik pemasaran ini mudah untuk dipelajari sekiranya terdapat
panduan yang betul bagaimana untuk menggunakannya. Walaupun teknik-teknik pemasaran ini
nampak seperti mudah untuk dikuasai, ia memerlukan pembelajaran yang sistematik dan usaha
yang lebih untuk mendapat manfaat darinya.

Terdapat 2 kaedah pemasaran yang terdapat di Internet iaitu kaedah berbayar dan yang
percuma. Kedua-dua teknik ini memberi banyak trafik ke laman web anda tetapi hasilnya
adalah berbeza bergantung kepada kemahiran individu itu sendiri.

Pemasaran Internet melalui kaedah berbayar adalah pay per click, adword, pengiklanan online
dan sebagainya. Kebaikan menggunakan pemasaran melalui kaedah berbayar adalah anda
hanya memerlukan sedikit kerja untuk dilakukan iaitu hanya setup akaun anda sahaja. Hasil
daripada menggunakan kaedah ini adalah serta-merta dan anda mendapat trafik yang pantas.
Kelemahannya anda perlu mengeluarkan modal setiap kali menggunakannya.

Pemasaran Internet melalui kaedah percuma adalah seperti pemasaran artikel, pemasaran
forum, pemasaran laman social (twitter, facebook, myspace), pengiklanan percuma, pemasaran
viral, squidoo, pemasaran blog, pemasaran video dan sebagainya. Kaedah jika menggunakan
teknik pemasaran ini, anda tidak perlu membayar walau satu sen pun. Selain itu kesan
menggunakan teknik pemasaran ini adalah lebih lama berbanding teknik berbayar. Contohnya
pemasaran artikel membolehkan anda mendapat tempat pertama dalam rangking google untuk
keyword tertentu dan ianya akan kekal disitu untuk sebulan atau setahun. Kelemahan utama
menggunakan kaedah pemasaran ini adalah anda perlu melakukan kerja dan usaha yang lebih.

2
Pemasaran Utama Internet

Untuk mempelajari teknik-teknik pemasaran di Internet ini boleh mengambil masa berbulan-
bulan atau bertahun untuk menguasainya. Untuk mengelakkan masa anda terbuang atau
mengalami kekecewaan adalah lebih baik jika anda mengikuti program latihan seperti seminar
atau bengkel yang akan mengajar anda langkah demi langkah tentang pemasaran yang terdapat
di Internet. Program latihan ini banyak terdapat di Internet dan boleh mencari tentangnya di
google.

3
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN FORUM

Sukar untuk memikirkan tentang pemasaran Internet tanpa memasukan forum kerana ia telah
wujud sejak sekian lama. Forum adalah tempat terbaik bagi IM (Internet Marketer) untuk
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka serta bertukar-tukar pendapat tentang
perniagaan Internet. Pemasaran forum merupakan antara kaedah pengiklanan yang popular di
Internet.

Apa itu Pemasaran Forum?

Forum adalah tempat yang sesuai untuk membina nama atau jenama perniagaan anda.
Penglibatan diri dalam forum membolehkan anda mudah dikenali oleh ahli forum (IM-IM) yang
lain. Untuk membolehkan anda mudah dikenali, anda boleh berikan atau kongsikan maklumat
yang beharga dan percuma kepada ahli forum. Dengan cara demikian, anda akan dipandang
dan kewujudan anda disedari oleh ahli-ahli forum yang lain. Ini secara tak langsung dapat
membina reputasi atau kreadibiliti anda dalam niche (bidang) yang di pilih.

Untuk mempromosi produk atau perkhidmatan anda, anda boleh mengiklankannya di profile
anda, signature atau ruangan pengiklanan yang terdapat dalam forum tersebut. Apabila anda
berada di dalam sesuatu forum, elakkan diri anda daripada terlibat dengan sebarang
pengaduhan atau perbalahan. Anda ke forum untuk mempromosikan perniagaan anda dan
bukannya untuk bergaduh.

Profile Anda di Forum

Perkara pertama yang wajib anda lakukan semasa menyertai sesuatu forum adalah
menetapkan profail anda kerana ia membantu mempromosi produk dan perkhidmatan anda.
Jika pasaran anda adalah dalam niche yang cukup berbeza, adalah lebih baik untuk

4
Pemasaran Utama Internet

menetapkan profail anda untuk satu niche supaya anda dilihat mempunyai kepakaran yang
lebih berbanding dengan IM yang lain.

Manakala jika forum tersebut mangandungi lebih daripada satu niche anda, anda digalakkan
untuk mendaftar atas ID dan profail yang lain. Adalah penting juga untuk anda memasukan
keyword anda di forum hyperlink supaya ia ping back ke blog atau website anda.

Signature Anda

Anda boleh mempromosi produk dan perkhidmatan pada signature anda dengan
menetapkannya. Jadi setiap kali anda post di dalam forum, ia akan keluar secara automatik.
Anda harus berhati-hati untuk tidak mempromosi di signature anda terlalu banyak niche kerana
ia boleh mengelirukan ahli forum yang lain. Jadi adalah lebih baik, anda hanya mempromosi di
signature anda pada niche yang sama sahaja. Dengan melakukan ini, anda akan dilihat sebagai
pakar dalam niche anda dan tidak seperti sesesorang yang mahu mendapatkan duit dengan
mempromosi produk dan perkhidmatan anda.

Penyelidikan Forum

Forum adalah tempat terbaik untuk membuat penyelidikan atau kajian tentang masalah yang
ramai orang hadapi dalam niche anda. Dengan menggunakan maklumat ini, anda boleh
mempromosikan produk anda dengan memberi jalan penyelesaiannya.

Penglibatan anda dalam forum membolehkan produk anda sentiasa up-to-date kerana anda
dapat mengenalpasti masalah yang ramai orang hadapi. Jadi anda boleh menghasilkan produk
yang ramai orang perlukannya.

5
Pemasaran Utama Internet

Bersosial

Perkara yang paling penting untuk anda lakukan semasa berada di dalam forum adalah
bersosial dan terlibat dalam perbincangan yang lebih umum, bukan hanya niche anda sahaja
supaya anda tidak dilihat sebagai mesin yang hanya menjual produk. Apabila anda sudah
dikenali di forum, anda boleh bermula dengan menjawab soalan yang dihadapi oleh ahli forum
dengan memberi jalan penyelesaiaan supaya mereka yakin dengan anda dan melihat anda
sebagai pakar dalam niche (bidang) anda. Untuk itu, anda harus memastikan link signature
anda di update dari semasa ke semasa dan hyperlink pingback ke blog atau website anda
dimana anda membolehkan mendapatkan pendapatan dengan melibatkan diri dalam forum.

6
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN SOSIAL (SOCIAL NETWORKING)

Laman sosial networking atau laman web 2.0 adalah aktiviti yang paling popular di Internet. Ia
merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan ramai orang semasa mengunakan Internet
seperti blogging, chatting, instant messaging, menonton video, mendengar muzik, bermain
games, menyertai kumpulan atau kelab, pengiklanan dan pemasaran dan banyak lagi.

Laman sosial networking merupakan salah satu platform terbaik bagi IM (Internet Merketer)
untuk memasarkan produk secara percuma. Dengan menyertai laman sosial ini, anda boleh
menarik trafik ke laman web atau blog anda dan secara tak lansung laman web atau blog anda
akan dikenali dan dikunjungi. Laman sosial networking ini sangat popular kerana terdapat
berjuta pengguna berdaftar dan memasukinya setiap masa. Disebabkan inilah, maka wujudnya
potensi yang amat besar untuk menarik trafik berkualiti ke laman web / blog anda. Contoh
laman sosial networking ialah facebook, twitter, myspace dan byk lagi.

Melalui laman sosial networking ini anda boleh menambah kenalan yang mempunyai minat
yang sama dengan anda dalam perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Anda harus
sedar untuk menjalankan perniagaan atau perkhidmatan anda, anda tidak boleh berkawan
dengan semua orang. Jadi pilihlah orang dalam kumpulan sasaran pasaran anda.

7
Pemasaran Utama Internet

5 Tips Untuk Berjaya Dalam Laman Sosial

Ramai orang (mungkin anda juga) tertanya-tanya samaada laman sosial networking adalah
tempat terbaik untuk pemasaran. Saya percaya ia adalah tempat terbaik untuk pemasaran
kerana laman sosial networking menyediakan tempat untuk anda mendapatkan prospek atau
pelanggan tanpa sebarang kos (percuma). Untuk memastikan laman sosial yang anda sertai
memberi manfaat kepada perniagaan anda, disini saya senaraikan 5 tips yang boleh anda
gunakan:

Target Pasaran.
Setiap strategi pemasaran yang berjaya bermula adalah dengan mengetahui target pasaran
anda dan dimana mereka berada. Terdapat banyak laman sosial networking yang berbeza dan
tidak semua memberi manfaat kepada target pasaran anda. Jadi anda perlu menyertai secara
aktif beberapa laman sosial networking untuk mendapat keputusan samaada target pasaran
anda boleh dicapainya melaluinya atau tidak. Contohnya jika anda menjual makanan kucing,
anda perlu mencari laman sosial yang ada pemilik kucing terlibat di dalamnya. Berbicara
tentang makanan kucing dalam kumpulan pemilik ayam, ia tidak akan membawa anda kemana
pun.

Berikan dulu.
Prospek anda mempunyai banyak pilihan untuk berurusniaga dengan siapa yang mereka
mahukan. Pastinya mereka mahu berurusniaga dengan orang yang mereka kenal, suka dan
percaya. Jadi jangan terus mempromosi produk anda kepada prospek yang baru anda kenal
kerana mereka akan lihat anda sebagai Spammer dan terus mengendahkan anda. Sebaliknya,
anda harus berkongsi maklumat yang berguna kepada mereka tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Berikan tips, link yang membantu dan menjawab soalan yang ditanya. Apabila mereka
berhasrat untuk membuat pembelian, mereka akan ingat bagaimana anda menolong mereka
sebelum ini.

8
Pemasaran Utama Internet

Membuat komitmen jangka panjang.


Membina hubungan baik adalah proses yang berterusan. Jika anda menyangka untuk melihat
keputusan segera, anda akan mendapat hasil yang mengecewakan. Buatlah komitmen yang
berterusan dengan terus berhubung waaupun anda rasakan tiada seorang pun yang mendengar.
Walaupun anda mendapat hanya satu hubungan yang baru tetapi ia memberi perbezaan yang
besar dalam perniagaan anda.

Konsisten.
Anda mungkin berfikir dengan tidak mengendahkan kumpulan anda untuk tempoh yang lama
bukan sesuatu masalah yang besar tetapi sememangnya Ya. Prospek anda selalu disogokkan
dengan maklumat yang baru setiap hari. Jika anda berhenti memberi maklumat yang baru
dalam tempoh 3 minggu, mereka akan menyangka anda tidak akan datang balik dan mereka
akan memcari orang yang baru untuk menggantikan tempat anda. Anda harus tetapkan berapa
kerap anda perlu terlibat dalam laman sosial yang anda pilih dan tepatilah.

Ketahui prospek anda.


Menjawab soalan dan berkongsi maklumat yang beharga adalah penting tetapi anda juga perlu
tahu tentang maklumat prospek anda. Berinteraksi dan berhubunglah dengan mereka seperti
mengucapkan tahniah atas sesuatu perkara atau bertanya tentang keluarga mereka. Tunjukkan
kepada mereka anda senang berkawan dengan mereka sebagai orang biasa, bukan hanya
sebagai sumber pendapatan anda. Ambillah jalan yang jauh untuk mendapatkan kepercayaan
mereka.

Jika anda belum melihat hasil daripada aktiviti laman sosial networking anda, bacalah kembali 5
tips ini dan fikirlah samaada anda telah lakukan semuanya dengan begitu baik. Terdapat banyak
cerita kejayaan tentang laman sosial networking untuk perniagaan.

9
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN EMAIL

Beberapa tahun yang lalu, surat elektronik atau yang biasa dikenali sebagai email digunakan
oleh pengguna untuk bertukar-tukar pendapat. Teknologi hari ini yang berkembang pesat
menyebabkan kaedah pemasaran produk turut berubah. E-mail telah bertukar menjadi salah
satu medium terpenting untuk memasarkan produk secara online.

Penggunaan Internet oleh ramai orang diseluruh dunia adalah dengan tujuan pemasaran. Ia
merupakan sesuatu yang mudah dan sesuai untuk semua pelanggan di seluruh dunia untuk
berkomunikasi atau menyebarkan maklumat. Email berkembang dengan pantas dan lebih
efektif sebagai media pemasaran. Itulah sebab mengapa ramai orang menggunakan email
sebagai medium pemasaran.

Ramai pengguna telah melihat dan sedar mengapa pemasaran email berkembang sangat pesat
pada hari ini. Pemasaran email telah membawa banyak kebaikan bersamanya. Kerana itulah
ramai orang menggunakan pemasaran email berbanding kaedah pemasaran yang lain. Antara
kebaikan menggunakan pemasaran email adalah pantas, murah, efektif dan mudah digunakan.

Kebaikan Pemasaran Email:

 Pantas – penggunaan kaedah pemasaran email sangat pantas. Itulah sebab mengapa
pemasaran email lebih efektif berbanding kaedah pemasaran lain. Ramai orang lebih
suka menggunakan pemasaran email kerana ia lebih pantas untuk memindahkan
maklumat ke seluruh dunia. Ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar
dan menerima maklumat.

 Berkapasiti tinggi – Pemasaran email mempunyai kapasiti yang tinggi untuk menjangkau
orang yang berbeza di seluruh dunia. Pemasaran email tiada had tertentu dan kerja

10
Pemasaran Utama Internet

boleh dilakukan dalam skala yang besar. Ia membantu pengguna untuk melakukan kerja
dari tempat yang berbeza.

 Murah – Jika dibandingkan dengan media pemasaran lain, pemasaran email jauh lebih
murah. Kerana itulah ramai orang lebih suka menggunakan pemasaran email.

 Efektif – Pemasaran email lebih efektif (berkesan) berbanding dengan media pemasaran
yang lain. Ini kerana kepercayaan pelanggan lebih tinggi kerana mereka mengenali anda
melalui ebook percuma atau maklumat yang anda berikan.

 Pemasaran peribadi – Ia menawarkan peluang kepada masyarakat untuk pemasaran


dengan tujuan peribadi. Dengan menggunakan pemasaran email, semua orang boleh
memilih untuk menghantar kepada siapa yang mereka tahu akan tertarik.

Strategi Pemasaran Email Paling Efektif

 Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak tetapi apa yang lebih penting anda
perlu mendapatkan prospek mengikuti niche pasaran anda. Dengan mendapatkan
prospek mengikut target niche pasaran anda, peluang untuk anda menjual produk atau
perkhidmatan anda adalah lebih tinggi.

 Tajuk email anda mestilah menarik dan unik supaya list anda akan tertarik untuk
membuka dan membacanya. Ini kerana mereka mungkin menerima terlalu banyak email,
jadi dengan tajuk yang menarik dan unik mereka secara automatik akan tertarik
membacanya.

 Strategi pemasaran email yang paling penting adalah mendapatkan email dengan
kebenaran pemilik email. Jika tidak, email anda akan dianggap sebagai email Spam.

11
Pemasaran Utama Internet

Untuk mendapat kebenaran pemilik email, anda perlu membina squeeze page dan
diletakkan borang opt-in di dalamnya. Anda harus menawarkan tawaran tertentu
seperti ebook percuma atau potongan diskaun supaya pelawat tertarik untuk mendaftar
nama dan email mereka.

12
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN BLOG

Menulis dairi masih merupakan kegiatan penting banyak daripada kita. Ia adalah cara terbaik
untuk meluahkan perasaan dan mengatur aktiviti harian. Blog juga adalah seperti personal dairi
atau e-dairi. Ia merupakan cara terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan mempromosikan diri
sendiri. Melalui blog anda boleh menguruskan kegiatan anda, upload gambar dan video
kegemaran anda serta menulis tentang diri anda atau sebarang topik yang anda mahu
bincangkan. Terdapat banyak sumber sedia ada untuk membina blog termasuk Blogger.com
dan Wordpress.com (percuma)

Blogging – menulis blog adalah konsep yang wujud daripada bisnes online dan telah menjadi
semakin popular sekarang ini. IM (internet Marketer) menjadikan blogging sebagai alat yang
penting untuk pemasaran online. Dengan bantuan daripada blog, mereka mempromosi
perniagaan mereka dan menarik lebih ramai pelanggan yang berpotensi. Selain itu IM
menggunakan pengiklanan (Pay Per Click) untuk mempromosikan blog mereka.

Sekarang ini banyak syarikat membina blog sebagai aktiviti media sosial yang aktif. Melalui blog,
mereka cuba mendapatkan segmen pasaran yang baru. Dengan penulisan di dalam blog,
mereka menyampaikan maklumat kepada target pelanggan dan menyediakan link ke laman
web mereka.

13
Pemasaran Utama Internet

Kebaikan Pemasaran Blog

Pemasaran blog telah menjadi sesuatu perkara yang penting di Internet untuk sebab-sebab
yang baik. Berbanding jika menggunakan website konvensional, platform blog menawarkan
banyak kelebihan. Berikut merupakan kelebihan platform blog:

Search Engine Friendly


Samaada anda minat dengan SEO atau tidak, kedudukan rangking yang tinggi memberi banyak
kelebihan kepada sesiapa yang mempromosikan produk mereka. Blog adalah “natural” search
engine friendly berdasarkan fakta bahawa kandungan blog sentiasa diupdate lebih kerap
berbanding dengan website.

Blog adalah Interaktif


Pembaca atau pelawat mempunyai kemampuan untuk meninggalkan komen dan dengan
kelebihan mereka itu, mereka merasakan ada peranan dalam blog tersebut. Komen mereka
mungkin berdasarkan layout atau post blog tetapi peluang yang diberikan itu boleh
memberikan kepuasan kepada mereka. Dari segi fakta, ia merupakan sesuatu aktiviti yang baik
kerana ia merupakan faktor utama populariti sebuah blog.

Mudah untuk dibina


Membina blog adalah sesuatu perkara yang mudah dilakukan kerana ia memerlukan sedikit
kemahiran teknikal atau tidak perlu lansung. Sebelum ini teknologi merupakan sesuatu yang
menghalang untuk ramai orang terlibat secara online tetapi blogging telah membantu sebagai
jambatan penghubung. Sekarang, adalah mungkin untuk membina blog yang baru dalam jangka
masa singkat kerana masa atau kemahiran tidaklah menjadi faktor.

14
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN ARTIKEL

Semua orang telah biasa mendengar pengiklanan yang selalu kita disogok setiap hari. Tetapi
pernahkah anda mendengar tentang pemasaran artikel untuk perniagaan , dengan menulis
artikel? Anggap sahaja, ia adalah sama dengan artikel yang ditulis di dalam majalah dimana
kandungan yang bagus akan ditulis detail tentang maklumat produk atau perkhidmatan yang
disebutkan. Pemasaran artikel adalah dalam versi online dimana penulisan artikel akan
menggunakan hyperlink atau website link pada perenggan yang terakhir supaya pembaca akan
klik untuk maklumat lebih lanjut.

Pemasaran artikel jika dilakukan dengan baik boleh menjadi cara yang berkesan untuk
memasarkan produk atau perkhidmatan anda secara online. Pada dasarnya dalam pemasaran
artikel, anda menulis artikel pendek 400 – 600 perkataan tentang sesuatu perkara yang berkait
dengan perniagaan anda. Misalnya anda menulis cara menurunkan berat badan.

Biasanya, penulis artikel yang bagus akan dijemput oleh IM lain untuk menulis di dalam blog
atau website mereka kerana mereka mencari kandungan baru. Walaubagaimanapun artikel
yang ditulis perlu lebih bagus seolah-olah seperti anda bekerja untuk menulisnya. Anda perlu
menggunakan kata kunci yang berkesan supaya pengguna dapat menjumpai artikel anda
semasa mencari maklumat dalam talian.

Kebaikan Pemasaran Artikel.

 Sebuah penulisan artikel yang bermaklumat akan membantu anda mendapatkan


kepercayaan dan hormat dalam niche (bidang) anda dimana pengguna akan melihat
anda sebagai pakar dalam bidang tersebut.

15
Pemasaran Utama Internet

 Penulisan artikel hanya memerlukan kos dari segi masa jika anda menulis sendiri dan
ianya pengiklanan yang murah untuk perniagaan anda. Jika anda mempunyai masa yang
terhad, anda boleh mengupah orang untuk menulis artikel anda dengan harga
berpatutan dimana artikel tersebut akan dianggap sebagai milik anda sepenuhnya.
Untuk mengupah orang menulis artikelanda pastikan kandungan artikel yang ditulis itu
adalah unik.

 Artikel apabila diterbitkan akan memberikan back link kepada website atau blog anda.
Ini membolehkan pelawat melawat blog anda dan melihat tawaran yang anda berikan.
Lagi banyak artikel anda diterbitkan, lagi banyak back link yang anda dapat ke website
atau blog anda.

 Pemasaran artikel adalah begitu “targeted” kepada pengguna yang membaca


kandungan artikel dan tertarik dengan apa yang anda tawarkan. Dengan ini, anda tidak
akan memasarkan produk kepada pengguna yang tidak berminat dengan tawaran yang
anda tawarkan. Target pengguna adalah seperti membeli apa yang anda jual.

16
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN VIDEO

Pemasaran video adalah sangat murah berbanding dengan media pemasaran lain. Ia boleh
dikatakan dengan satu video sahaja boleh disamakan dengan banyak media pemasaran lain.
Teknik pemasarannya juga cukup efektif dan berguna untuk mendapatkan lebih ramai
pelanggan. Dengan perkembangan pemasaran video, kini ia menjadi alat pemasaran online
yang paling berkuasa. Anda mungkin tidak percaya tetapi kebanyakan pelanggan lebih suka
menonton video tentang sesuatu syarikat berbanding dengan membaca. Pemasaran video telah
menjadi sistem pemasaran online yang besar. Sekarang ini sesetengah syarikat mengunakan
video untuk pelanggan atau prospek mereka. Ia merupakan sesuatu yang paling dicari oleh IM
dan website seperti YouTube dan Google video menyediakan pilihan untuk upload video anda
sehingga dapat ditonton oleh ramai orang di Internet.

Dengan mencipta video ia tidak membantu anda untuk mendapatkan tempat pertama dalam
ranking google tetapi yang pastinya, ia meningkatkan pelanggan anda kerana ramai orang suka
menonton video daripada membaca. Daripada survey yang dibuat didapati masyarakat lebih
suka pada hiburan sambil belajar dan itulah yang dibuat video, ia menghiburkan orang sambil
mereka mengetahui tentang perniagaan anda. Laman seperti YouTube dapat memberikan
kempen pemasaran terbaik dan ia memberi anda keberkesanan dari kempen pemasaran online.

Ramai orang masih tidak menggunakan teknik pemasaran video kerana mereka masih tidak
biasa dengannya. Ia adalah kawasan luas yang terbuka untuk meningkatkan perniagaan anda
menerusi pemasaran video. Di masa depan, pemasaran video akan menjadi alat yang paling
banyak digunakan. Jadi mengapa anda tidak bermula membuatnya dan mendapat manfaat
yang paling maksimum daripada teknik pemasaran video pada hari ini.

17
Pemasaran Utama Internet

Strategi pemasaran video untuk menarik trafik ke laman web anda:-

Target Audiens
Dengan mengtargetkan spesifik audiens, anda akan dapat meningkatkan kebarangkalian
bahawa orang akan tertarik dengan apa yang anda tawarkan. Kuncinya adalah menawarkan
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh audiens sasaran anda. Contohnya jika produk atau
perkhidmatan anda berbentuk kesihatan, maka sambutannya akan diterima baik oleh mereka
yang mahu meningkatkan kesihatan mereka.

Sentiasa bersedia
Sebelum bermula anda harus tahu mesej apa yang ingin anda sampaikan. Apa yang ingin anda
capai melalui video anda? Ini penting untuk mengenalpasti gambar apa yang diperlukan untuk
video anda. Anda juga harus tahu tempoh masa video anda kerana laman video adalah berbeza
dari segi hadnya. Contohnya YouTube hanya membenarkan anda untuk menghantar video yang
mempunyai tempoh masa 10 minit atau kurang. Jika tempoh masa video anda lebih 10 minit,
anda boleh menghantar ke Viddler yang membenarkan tempoh masa video sehingga 20 minit.

Nilai Tawaran
Seperti dalam media pemasaran lain, anda perlu tetapkan nilai tawaran untuk menarik audiens.
Memberikan tips dan teknik yang membantu audiens anda membolehkan mereka mengikuti
dan melawat halaman web anda.

Optimasi Video
Optimasi video deskripsi, akan membantu video anda mendapat gambaran visual dan
pendedahan. Terdapat beberapa cara mudah yang boleh dilakukan. Pastikan anda meletakan
keyword pada tajuk video anda (kalau boleh 2 kali). Kandungan video anda perlu menggunakan
keyword tersebut beberapa kali supaya anda akan mendapat target audiens anda.

18
Pemasaran Utama Internet

PEMASARAN VIRAL

Pemasaran viral adalah cara menyebarkan maklumat produk dengan langkah mudah kepada
orang ramai tanpa menggunakan banyak usaha. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan
pengunjung ke laman web anda. Ia boleh disamakan dengan virus komputer yang merebak ke
suatu tempat ke tempat yang lain. Pemasaran viral adalah atu cara paling berkesan untuk
pemasaran website atau perniagaan.

Melalui pemasaran viral, masyarakat digalakkan untuk menyebarkan maklumat kepada orang
lain untuk menghasilkan pertumbuhan perniagaan dan jenama. Teknik ini sama baik dengan
publisiti mulut-ke-mulut, tapi di sini Internet digunakan sebagai medianya.

Disini disenaraikan 6 teknik pemasaran viral iaitu:-

Memberikan barangan percuma


Ini merupakan faktor utama dalam pemasaran viral. Dengan membiarkan sesiapa menggunakan
sampel produk anda secara percuma, ia memberi peluang yang tinggi untuk viral. Produk yang
dibeli dengan bayaran, gagal untuk viral. Dengan memberikan sesuatu yang percuma, produk
itu kemudiannya boleh dijual dan itu memberi keuntungan yang lebih baik.

Ia harus mudah dipindahkan


Untuk menjayakan produk yang dijual melalui pemasaran video, ia sepatutnya mudah
dipindahkan kepada rakan-rakan samaada ia video, grafik atau powerpoint presentation.
Contohnya jika anda menghasilkan video untuk promosi, lakukan dengan cara yang efektif
seperti buat video yang lucu yang akan menyebabkan ramai orang menyebarkan video anda.

19
Pemasaran Utama Internet

Gunakan rangkaian yang sedia ada


Manusia menjadi haiwan sosial yang mempunyai minimum 10 orang ahli dalam rangkaian
mereka dan dengan siapa yang mereka selalu berhubung. Terdapat setengah orang yang
berhubung dengan 100 orang setiap hari. Perkembangan rangkaian pada hari ini telah
meningkat dengan bantuan Internet. Melalui rangkaian URL kegemaran anda, alamat email
anda boleh menjadi viral jika anda meletakkan maklumat di sana.

Sumber lain
Apabila anda meletakkan link pada banyak laman web, mesej anda tidak akan terhad kepada
orang dalam rangkaian anda, tetapi ia lebih luas kepada ramai orang. Kemudiannya mereka
akan menyampaikan mesej anda kepada rakan mereka dan inilah sebab bagaimana mesej anda
dapat tersebar.

Memasang games pada laman web anda.


Terdapat banyak orang yang suka bermain games untuk hiburan. Dengan memasang games
pada website anda, pengguna akan tertarik untuk datang kembali ke website anda.

Membuat Pertandingan
Maklumkan kepada pelawat yang melawat web anda, bahawa sesiapa yang selalu sign-up /
jual/ melawat akan mendapat penghargaan dalam bentuk tunai atau produk percuma. Dengan
cara ini, ramai orang akan berkerja-keras untuk laman web anda.

20

Anda mungkin juga menyukai