Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

Ditulis oleh

Penang (Rahmat Ariffin)

http://panduanbisnesinternet.com/blog/

1
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mengeluar atau mengulang mana-mana bahagian Ebook ini, samaada
sebahagian atau keseluruhan isi kandungan, ilustrasi dan maklumat dalam apa jua bentuk, baik
dari segi elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan dan
persetujuan dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penulis

PENGECUALIAN DAN NOTIS PEMBERITAHUAN

Panduan ini merupakan panduan percuma. Anda dibenarkan untuk menyebarkan panduan ini
dengan syarat membawa mereka ke laman web berikut dan sign up untuk mendapatkan laporan
ini

http://panduanbisnesinternet.com

Segala maklumat yang ditulis di dalam Ebook ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
penulis sendiri. Mengikut pengetahuan penulis maklumat yang terdapat di dalam Ebook ini
adalah benar pada masa ia ditulis. Oleh sebab teknologi Internet sentiasa berubah-ubah, Penulis
tidak bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah atau kesalahan maklumat di dalam
panduan percuma ini.

Penulis e-book ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau
khidmat professional kepada pembaca. Penulis juga tidak mewakili mana-mana individu, firma
atau laman web persendirian yang ada disebutkan di dalam panduan percuma ini

2
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

PRAKATA

Assalamulaikum wrt dan salam sejahtera buat anda yang sudi mendapatkan ebook Panduan
Asas Memulakan Bisnes Internet ini. Saya dedikasi khas ebook ini untuk para newbie yang baru
mula berjinak-jinak dengan perniagaan Internet supaya mereka mengetahui bagaimana langkah
pertama untuk memulakan perniagaan Internet dan peluang pendapatan yang terdapat di
dalamnya.

Ini memandangkan, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan
mereka yang buta IT serta kurang ilmu dalam dunia perniagaan Internet sebagai sebagai sasaran
serta mangsa kerakusan mereka dalam mengaut keuntungan mudah.

Diatas kejadian-kejadian seperti inilah, saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk
menulis panduan ini agar para newbie yang baru mengenali perniagaan Internet ini, dapat
mempelajari dan menambah ilmu supaya dapat mengelak menjadi mangsa penipuan mereka.

Saya berharap panduan ini dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh
sesiapa yang memerlukannya. Akhir kata, saya mengucapkan selamat membaca dan
mengaplikasikan apa yang anda perolehi daripada panduan ini, untuk anda memulakan langkah
pertama menceburi bidang perniagaan Internet sebenar.

Ikhlas,

Penang (Rahmat Ariffin)

3
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya Internet pada hari ini telah banyak
menyumbang dalam kemajuan bidang perniagaan. Fungsi Internet yang paling utama adalah
sebagai satu platform kepada entiti perniagaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan
tanpa halangan kos, masa dan tempat. Jelasnya Internet menawarkan banyak kemudahan
tambahan kepada perniagaan biasa.

Dalam semua perniagaan, keperluan terhadap teknologi yang mampu memudahkan aktiviti
perniagaan adalah penting. Pembaharuan yang dapat diberi Internet telah banyak mengubah dan
seterusnya mewujudkan model perniagaan yang menjadikan kebaikan-kebaikan Internet sebagai
aset terpenting dalam membantu kejayaan sesebuah perniagaan. Maka wujudlah perniagaan yang
dijalankan secara atas talian yang pada hari ini dikenali dengan pelbagai nama seperti e-business,
Internet Marketing, E-Dagang atau Perniagaan Internet.

PERNIAGAAN INTERNET

Terdapat banyak definasi dan penakrifan terhadap Perniagaan Internet. Secara umumnya
perniagaan Internet merupakan satu model perniagaan yang menggunakan Internet sebagai
medium pengantaraan. Aktivti ini merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan
produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran, menerima bayaran melalui
Internet dan pengurusan khidmat pelanggan secara online.

4
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

KELEBIHAN PERNIAGAAN INTERNET

Perniagaan internet mempunyai kelebihan berbanding dengan perniagaan konvensional.


Antaranya ialah:-

1) Modal yang kecil


Untuk memulakan pernigaan internet anda tidak memerlukan modal yang besar kerana
tidak perlu ada kedai dan ruang untuk menyimpan stok.

2) Kebebasan waktu bekerja


Perniagaan Internet membolehkan anda bekerja di rumah secara bebas mengikut
kehendak anda tak kira pagi, petang atau malam. Anda juga boleh bekerja tanpa ada had
jangkamasa tertentu.

3) Tidak perlu ke pejabat / tempat kerja


Anda tak perlu bersusah payah untuk bangun seawal pagi untuk pergi bekerja. Anda juga
tidak perlu menghadapi traffic jam, bayar tol dan mengisi minyak. Betapa jimatnya anda.
samaada dari segi masa dan juga kos. Adalah lebih baik waktu awal pagi itu, anda
tumpukan perhatian untuk berbuat Ibadah.

4) Tidak perlu berjumpa pelanggan


Untuk menjalankan perniagaan internet anda tak perlu bertemu dengan pelanggan untuk
berurusniaga kerana semua urusun pembelian dan penjualan dilakukan secara online.

5) Potensi pelanggan yang besar


Perniaagaan internet anda mudah berkembang kerana mempunyai pelanggan dari seluruh
pelusuk dunia.

5
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

6) Risiko rendah
Perniagaan internet mempunyai risiko yang rendah. Jika anda gagal, anda hanya
mengalami kerugian yang sedikit.berbanding dengan perniagaan konvensional.

7) Perniagaan automatik
Perniagaan internet dijalankan 24 jam sehari, 7 hari hari seminggu secara automatik.
Anda tak perlu berada di depan komputer setiap masa.

8) Lebih masa bersama keluarga.


Untungnya perniagaan Internet anda mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga

6
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

PERALATAN DAN KOS PERNIAGAAN INTERNET

Secara umumnya peralatan dan kosnya yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Internet
adalah

1) Sudah semestinya kita perlukan sebuah komputer dan sambungan Internet (streamyx) –
RM 88 sebulan dan anda boleh menggunakannya tanpa had 24 jam sehari. Terdapat juga
talian Internet yang lain seperti yang disediakan celcom, maxis dan lain-lain lagi.

Kalau tiada komputer dan talian Internet anda boleh guna di siber kafe atau ofis dulu.
Nanti bila sudah berjaya dalam perniagaan Internet barulah anda beli. Bagi saya, anda
digalakkan untuk mempunyai komputer dan perkhidmatan Internet sendiri, mudah
hendak lakukan sebarang urusan.

2) Kad Debit (untuk sesiapa yang tiada kad kredit) – RM 8 – RM 25 (bergantung kepada
bank). Kad debit digunakan untuk sebarang urusan jual beli di Internet.

Setelah anda mempunyai kad debit, untuk urusan jual beli di Internet anda kena buka
akaun di paypal ( https://www.paypal.com/my ). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
paypal dan bagaimana nak buka akaun di sana, bacalah ebook panduan paypal yang saya
sertakan bersama ebook ini.

Kad debit yang bagus adalah kad debit Visa Electron Public Bank kerana ia boleh
digunakan untuk verified akaun paypal (untuk sebarang urusan pembelian / pembayaran)
dan pada masa yang sama, ia boleh juga mengeluarkan wang daripada paypal melalui
Kad ATM anda. Walaubagaimanapun ia tetap mempunyai kelemahan kerana proses
untuk mendapatkan kad debit di Public bank agak lambat, boleh sampai ke sebulan.
Untuk dapatkan kad debit Visa Electron Public Bank, anda tidak perlu mempunyai akaun
di Public Bank. Walaupun anda tidak mempunyai akaun di Public Bank, anda masih

7
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

boleh melihat transaksi akaun anda secara online tetapi kena mendaftar dulu di kaunter
mereka.

Jika anda mahukan kad debit paling cepat, saya sarankan anda dapatkan kad debit Eon
Bank. Untuk mendapatkanya anda perlu buka akaun bank di sana, tak mahal pun dalam
RM8. Elok semasa buka akaun di sana, masukan RM 100 kerana selebihnya anda boleh
membuat sebarang urusan pembelian atau pembayaran di Internet. Untuk keselamatan
akaun anda, jangan masukan duit terlalu banyak di dalamnya. Masa yang diperlukan
untuk dapatkan kad debit Eon Bank, tak lama pada hari itu juga. Kalau tiada apa-apa
masalah dalam 30 minit boleh siap semuanya. Apabila sudah dapat kad debit dan akaun
banknya, jangan lupa tukar password kad dan daftar perbankan onlinenya di mesin ATM
(taip no sementara dulu, jangan sama dengan no password kad debit). Balik rumah masuk
website Eon Bank perbankan internetnya klik first time login dan tukar no sementara
tersebut). Penting untuk anda daftar perbankan online nya kerana paypal akan memberi
‘no expuse’ apabila anda hendak verified kad debit anda. Untuk melihat ‘no expuse’,
apabila anda sudah login dalam perbankan internet Eon Bank, pilih Credit card, klik
unstatemanted transactions dan submit. Kalau tiada apa-apa masalah selepas 24 jam
urusan anda selesai di paypal, anda sudah boleh melihat ‘no expuse’ tersebut. Paypal
akan mengenakan charge sebanyak USD 1.95 sebagai pengesahan anda adalah pemilik
sebenar kad debit dan kemudian akan memberi ‘no expuse’ tersebut. Charge sebanyak
USD 1.95 akan dimasukan kembali di dalam akaun paypal anda kemudiannya. Penting
juga untuk anda tahu Kad debit eon bank hanya boleh guna untuk verified akaun paypal
(untuk urusan pembelian / pembayaran di Internet) tetapi tidak boleh mengeluarkan wang
daripada paypal.

Untuk mengeluarkan wang daripada paypal, anda boleh dapatkan kad debit Visa Electron
AL-Rajhi. Untuk dapatkan kad debit di sana kena buka akaun juga, tak mahal pun RM 20
sahaja. Bawa IC dan duit RM 20, ambil nombor, beritahu mereka nak buka akaun saving
biasa aje. Beritahu juga anda nak guna untuk mengeluarkan duit dalam paypal. Jika orang
tak ramai dan tiada apa-apa masalah dalam 30 minit boleh siap semua urusan. Apabila

8
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

sudah buka akaun, pastikan anda dapat 2 benda iaitu Kad debit Visa dan akaun perbankan
Internetnya (berguna untuk tengok baki akaun dan payment paypal dah clear ke belum).
Apabila sudah siap kad debit dan maklumat perbankan internet, pergi mesin ATM terus
tukar nombor Pin ATM dan daftar perbankan internetnya (mesin ATM akan keluarkan
satu slip yang ada kod untuk anda register di website bank alrajhi). Balik rumah masuk
website rajhi klik first time login untuk create akaun anda dan masukan kod perbankan
internet yang anda daftar di mesin ATM sebelum ini.

Maklumat Paypal yang terkini, anda sudah boleh mengeluarkan wang dalam akaun
paypal anda melalui bank-bank tempatan. Namun prosesnya memakan masa agak lama.
Jadi adalah lebih baik, anda menggunakan kad debit untuk mengeluarkan wang daripada
akaun paypal

3) Domain dan hosting – RM 100 setahun. Domain ialah nama kedai anda manakala hosting
boleh diibaratkan saiz atau keluasan kedai anda. Saya cadangkan anda dapatkan domain
dan hosting melalui syarikat netkl (http://panduanbisnesinternet.com/netkl/) kerana ia
menyediakan support yang terbaik iaitu cepat dan pantas. Selain itu, jika anda membayar
web hosting secara tahunan, anda akan mendapat domain secara percuma. Saya
mencadangkan anda mendapatkan pakej Personal kerana saiz ruang hosting dan saiz
bandwith nya besar berbanding dengan pakej Basic. Apa pun segalanya terpulang kepada
anda. Jika mahu yang lebih murah, anda boleh mengambil pakej Basic (RM 60 setahun).
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak setup akaun hosting anda, lebih baik jika
anda beli ebook panduan asas Cpanel yang ditulis oleh Saudara Jebat. Saya juga
menggunakan ebook ini sebagai rujukan semasa setup akaun hosting saya.

4) Autoresponder (sistem / perisian untuk mengumpul pelanggan anda melalui senarai email)
– RM 32 sebulan (autoresponder Directresponders). Anda tidak digalakkan menggunakan
autoresponder percuma kerana ia kurang stabil, tambah-tambah lagi apabila mailing-list
anda bertambah besar. Pada masa itu, jika anda baru mahu bertukar ke autoresponder
berbayar, sudah agak terlambat kerana anda boleh mengalami kerugian, banyak mailing-

9
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

list anda akan hilang. Jadi lebih baik, gunakan terus autoresponder berbayar.
Autoresponder yang paling murah adalah norabots. Anda boleh dapatkannya di
(http://panduanbisnesinternet.com/norabots/). Dengan menggunakan sistem
Autoresponder memudahkan anda untuk menjual sebarang produk kerana ada telah
mempunyai pelanggan anda sendiri. Untuk menggunakan autoresponder, anda perlulah
membina squeeze page terlebih dulu.

5) Anda perlu membina squeeze page untuk mengumpul mailing-list. Squeeze page ini
adalah satu halaman web yang mempunyai borang opt-in (letakkan skrip autoresponder
di dalamnya). Untuk mendapatkan mailing list, anda perlu ada tawaran tertentu seperti
ebook percuma atau tawaran diskaun supaya mereka tertarik untuk mendaftar nama dan
alamat email mereka. Ebook percuma ini seeloknya biarlah anda menulis sendiri untuk
membina kreadibiliti. Jika anda tidak mempunyai idea atau tiada masa untuk menulis,
anda boleh membeli ebook yang mempunyai lesen PLR (anda dibenarkan membuat
sebarang pengubahsuaian) untuk ditawarakan sebagai ebook percuma anda. Selain
daripada cara itu, anda juga boleh mengumpul ebook yang dibenarkan pengedaran oleh
pemiliknya untuk ditawarkan sebagai ebook percuma.

Kepentingan untuk anda membina squeeze page bagi mengumpul mailing list akan
diterangkan di bab model-model perniagaan Internet.

Untuk pengetahuan anda, pendapatan utama di Internet adalah melalui kelima-lima langkah asas
diatas. Jadi, anda perlu menguasai kelima-lima langkah asas ini dulu, sebelum anda bergerak
lebih jauh untuk menceburi diri dalam perniagaan Internet. Jika tidak, peluang untuk anda gagal
adalah lebih tinggi. Jika anda masih tak tahu kelima-lima perkara diatas, elok lah anda beli ebook
saya, Pakej Lengkap Squeeze Page. Ebook ini adalah ebook praktikal yang menerangkan kelima-
lima perkara di atas secara terperinci langkah demi langkah.

Kandungan yang terdapat di dalam ebook ini adalah panduan membina squeeze page dengan
mudah (header, footer, background, ecover ebook), panduan mengedit layout squeeze page,

10
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

panduan pembelian domain dan hosting, panduan pembelian autoresponder, panduan setup
autoresponder, panduan menghasilkan link download, panduan menghasilkan ebook, panduan
muat naik fail ke hosting dan sebagainya. Untuk mendapatkannya ebook ini, klik link ini
(http://www.pakej-squeezepage.com/).

Jadi kos sebenar untuk memulakan perniagaan Internet secara anggaran yang paling minimum
adalah RM 500 dan tak lebih daripada RM 1,000. Murah bukan, sekiranya anda gagal pun, ia tak
berapa menjejaskan sumber kewangan anda. Anggap sahaja jumlah sebanyak itu adalah sebagai
satu bentuk pelaburan. Percayalah jika anda lakukan dengan bersungguh-sungguh, pasti kejayaan
akan mengiringi anda. Belum cuba, belum tahu. Orang lain boleh kenapa tidak anda.

11
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

MODEL-MODEL PERNIAGAAN INTERNET

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pendapatan melalui Internet. Antaranya adalah

1. Squeeze page (pendapatan utama) dan Minisite


Squeeze page adalah sebuah halaman web yang khusus semata-mata untuk mendapatkan
senarai prospek bagi satu-satu pasaran tertentu dengan mendapatkan nama dan alamat
email mereka. Dengan menggunakan Squeeze page, anda dapat membina mailing list
(senarai email) iaitu senarai pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang akan
anda tawarkan kelak. Bayangkan jika anda memiliki 1 ribu senarai prospek dan jika
hanya 10% daripadanya membeli produk anda yang berharga RM 50 , maka keuntungan
yang anda perolehi adalah RM 5,000 . Jika anda tidak mempunyai produk sendiri, anda
boleh menjual produk orang lain (join affiliate) dan anda mendapat komisen apabila anda
berjaya membuat jualan. Squeeze page hanya mempunyai satu halaman dan diletakkan
borang opt-in (letakkan sistem autoresponder padanya). Autoresponder adalah satu
sistem yang digunakan untuk mengumpul mailing list dan mengurus segala aktiviti
penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam
sistem tersebut. Untuk mengumpul mailing list, anda perlulah ada tawaran tertentu seperti
ebook percuma atau pemberian diskaun agar mereka tertarik untuk mendaftarkan diri
(nama dan email mereka). Dalam squeeze page ini, anda boleh mengumumkan serba
sedikit tentang produk anda yang akan dikeluarkan dan bilakah tarikh kemunculannya.

Mini site (web jualan) pula, lebih kurang sama dengan squeeze page, cuma fungsinya
adalah untuk menjual produk. Dengan kata lain, jika ada mempunyai produk untuk dijual,
maka anda bangunkan terus satu minisite. Jika anda belum mempunyai sebarang produk
sendiri, maka anda bangunkan squeeze page terlebih dulu untuk mengumpul senarai
prospek produk anda nanti. Apabila anda sudah ada produk sendiri, maka lebih mudah
untuk anda menjualnya.

12
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

Squeeze page dan Mini site boleh digabungkan bersama iaitu anda boleh mengumpul
mailing list, pada masa yang sama anda boleh menjual produk. Dengan adanya mailing
list, ia memudahkan anda menjana pendapatan Internet yang lain seperti program affiliate,
internet MLM, adsense, ptc dan berbagai lagi. Kerana itulah, untuk memulakan
perniagaan internet anda perlu menguasai langkah pertama ini, sebab ia merupakan cara
yang paling berkesan dalam menjana pendapatan di internet.

2. Blog
Blog adalah satu jenis web, iaitu jurnal online yang memaparkan penulisan tentang
sesuatu perkara, deskripsi atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog
mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara
online. Setiap kali anda menulis artikel, ianya akan berada di kedudukan teratas. Dalam
kata lain, artikel anda yang terbaru akan berada di atas artikel yang telah lama. Kelebihan
blog ia mudah diuruskan kerana sistemnya mesra pengguna sama seperti Microsoft Word
yang ada guna. Terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan pendapatan melalui blog.
Antaranya adalah melalui menyertai program affiliate, pengiklanan, perkhidmatan,
menulis review dan sebagainya. Blog boleh di bina menggunakan domain percuma
seperti blogspot atau wordpress. Jika hendak membina blog untuk tujuan perniagaan
Internet, lebih elok jika membina blog menggunakan domain berbayar. Untuk membina
blog menggunakan domain berbayar dengan mudah, anda boleh dapatkan ebook pakej kit
blogger hasil tulisan Smartzul. Blog saya juga dibina dengan berpandukan ebook ini.

3. Menyertai program affiliate


Program affiliate adalah sebuah program yang memberikan bayaran kepada pesertanya
kerana memberikan pelanggan kepada pemilik (merchant) program affiliate tersebut.
Dengan kata lain, anda mempromosikan produk pengusaha (link promosi anda) dengan
membawa prospek ke laman web mereka. Setiap pelanggan yang membeli produk
pemilik affiliate tersebut, maka anda akan menerima bayaran keatasnya dalam bentuk
komisyen. Selalunya, peserta program affiliate akan dibayar separuh daripada harga

13
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

produk yang berjaya dijual. Malah, ada pemilik program ini yang sanggup memberi
komisyen sebanyak 75% bagi setiap produk yang berjaya dijual oleh agen.

Yang menariknya untuk menyertai program affiliate anda tidak perlu membayar walau
satu sen pun. Dengan itu, anda boleh mendaftar dengan kebanyakan program affiliate. Ini
seolah-olah anda bekerja dengan banyak syarikat sekaligus dan mendapat pendapatan
dari banyak sumber. Apa yang perlu anda buat adalah promosi, promosi dan promosi.
Tak kira lah di mana anda nak promosi samaada pengiklanan percuma atau berbayar,
forum komuniti, email dan sebagainya. Walaupun program affiliate merupakan cara yang
paling mudah dan terpantas untuk menjana pendapatan di Internet tetapi tanpa
mengunakan sistem Autoresponder untuk mengumpul mailing list sukar untuk anda
melakukannya.

Program affiliate mempunyai beberapa jenis iaitu:-

a) Pay Per Sale (PPS)


PPS atau Bayar pada setiap jualan adalah seperti yang telah diterangkan diatas
tentang program affiliate.

b) Pay Per Lead (PPL)


PPL atau Bayar pada setiap prospek yang dibawa tetapi mengikut syarat tertentu yang
ditetapkan sesuatu organisasi. Contohnya pelawat menandatangani borang
permohonan atau borang-borang lain yang disediakan laman web mereka. Cara ini
banyak digunakan oleh organisasi yang berkaitan dengan insurans dan kewangan. Di
Malaysia PPL yang dibuat adalah anda mendapat komisen apabila sesiapa yang muat
turun ebook percuma pemilik PPL melalui link anda. Biasanya komisen yang diberi
adalah 0.50 sen bagi setiap orang yang download ebook percuma tersebut melalui
link anda.

14
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

c) Pay-per-click
Pay per click atau bayar per klik adalah program dimana peserta akan dibayar bagi
setiap pelawat yang dibawa mereka ke website pemilik program pay-per-clik. Peseta
akan menerima imbuhan walaupun pelawat tadi tidak membeli barangan yang
diniagakan. Ini terjadi bila mana pelawat klik pada banner atau iklan teks yang
dipaparkan peserta. Akan tetapi, jumlah imbuhan yang ditawarkan melalui sistem
PPC selalunya kecil.

d) Single-Tier, Two-Tier dan Multi-Tier


Sistem ini berdasarkan kepada perbezaan tingkat atau tiers yang membolehkan anda
mendapat pendapatan bergantung kepada network anda. Single-Tier merujuk kepada
pembayaran komisyen yang dilakukan hanya untuk jualan atau trafik oleh peserta
affiliate. Semua jenis affiliate yang dibincangkan diatas (PPS, PPL, PPC) termasuk di
dalam kategori ini.

Melalui Two-Tiers, terdapat 2 cara untuk mendapatkan pendapatan iaitu melalui


jualan terus atau trafik yang anda perkenalkan dan juga melalui penyertaan peserta
affiliate baru yang bernaung di bawah anda. Sistemnya lebih kurang sama dengan
MLM.

Konsep Multi-Tier pula lebih kurang sama denganTwo-Tier, cuma bezanya komisyen
yang diterima lebih banyak jika jaringan yang dibina di bawah mereka lebih luas dan
bertingkat-tingkat.

4. Pengiklanan
Anda boleh mendapat pendapatan dengan meletak iklan syarikat pengiklanan internet
atau mengiklan produk usahawan lain secara persendirian di blog anda. Tetapi untuk
menggunakan cara ini, blog anda mestilah ada ramai pelawat.

15
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

Untuk meletakkan iklan daripada syarikat lain, anda perlu daftar di laman web berkenaan.
Kemudian script atau kod yang anda terima, letakkan di blog anda. Contoh laman web
pengiklanan yang popular di internet adalah
a) google Adsense ( https://www.google.com/adsense/login/en_GB )
b) nuffnang ( http://www.nuffnang.com.my )
c) advertlets ( http://www.advertlets.com )

5. Perkhidmatan
Sekiranya anda mempunyai kemahiran tertentu seperti membaiki telefon bimbit,
membaiki komputer, membangunkan halaman web atau menterjemah bahasa Inggeris
kepada bahasa Malaysia, anda boleh mengiklankan perkhidmatan tersebut.

6. Menulis review
Review ataupun penilaian berdasarkan pendapat anda tentang sesuatu produk atau
perkara boleh dijadikan sumber untuk menjana pendapatan di internet. Proses untuk
membuat review selalunya tidak dikenakan sebarang bayaran kerana anda
mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain. Anda mendapat bayaran bagi
setiap jualan yang anda buat. Jadi anda boleh mula menjana pendapatan dengan
berbekalkan RM 0.00 . Apa yang pentingnya adalah anda perlu mempunyai blog atau
website sendiri.

Jika anda mahu menjana pendapatan di internet dengan menyertai website review,
pastikan anda menguasai Bahasa Inggeris terlebih dulu. Ini kerana bahasa Inggeris
merupakan bahasa utama untuk membolehkan anda membuat review terhadap mana-
mana produk atau perkhidmatan di Internet. Untuk memudahkan anda mencari website
untuk membuat review, sila pergi ke paid2review (http://www.paid2review.co.uk/paid-
reviews.html). Di sana terdapat banyak website yang memberikan anda pendapatan
untuk membuat review.

16
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

7. Pendapatan dari Lelongan


Untuk mendapatkan pendapatan tanpa laman web sendiri, mengatur cara pembayaran dan
juga membuat promosi Lelong merupakan jawapan bagi anda. Jika anda mencari pasaran
di seluruh dunia, anda gunakan lah portal Ebay. Ebay adalah satu portal lelongan jual
beli barang yang terbesar di Internet. Berjuta-juta ringgit mengalir di dalam portal ini
kerana ianya digunakan di seluruh dunia. Justeru itu, portal ini merupakan satu portal
yang berpotensi menghasilkan keuntungan terbesar buat anda di Internet.

Jika anda mahukan pendapatan melalui pasaran di Malaysia sahaja, portal lelong adalah
jawapannya bagi anda. Portal lelong lebih kurang sama dengan portal Ebay, cuma
pasarannya tidak seluas seperti Ebay.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang arena lelongan, saya sarankan anda membeli
video Panduan Lelong dan Panduan Ebay karya Eruwan Gerry Norsen. Video ini wajib
ditonton oleh anda, jika anda benar-benar serius untuk menceburi dengan arena lelongan
kerana ia mempunyai ilmu dan tips-tips yang berguna.

8. Internet MLM (Multi Level Marketing)


MLM, rasanya hampir semua rakyat Malaysia tahu tentangnya. Ya, memang terbukti
ramai rakyat Malaysia memang mengemari perniagaan berbentuk ini. Kebanyakan MLM
adalah dalam berbentuk offline. Jika dalam bentuk offline anda perlu bertemu orang
ramai untuk mencari downline. Itu yang menjadi kesukaran buat anda. Sekarang tidak
lagi, dengan Internet MLM anda tak perlu bersusah payah untuk bertemu orang ramai
bagi mendapat downline kerana semua dilakukan secara online. Dengan sistem
Autoresponder, anda begitu mudah boleh mendapat downline. Contoh Internet MLM
adalah GDI.

9. Pelaburan Forex
Forex atau Foreign exchange (perdagangan matawang asing) merupakan satu pasaran
kewangan yang paling besar di dunia. Dagangan Forex dibuka 24jam dan jumlah

17
PANDUAN ASAS BISNES INTERNET

dagangannya pula melebihi USD$2.5 trillion setiap hari. Ia melibatkan pembelian dan
penjualan matawang asing. Untuk mendapat keuntungan daripada Forex adalah dengan
membeli matawang asing pada masa harga pasaran rendah, kemudian menjualnya
kembali pada masa harga pasaran tinggi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukum
membuat pelaburan forex dalam islam, sila lawati web site Ustaz Zaharuddin
( http://www.zaharuddin.net/content/view/649/100/ )

10. Survey
Survey merupakan salah satu cara juga untuk mendapatkan pendapatan daripada Internet.
Untuk mendapatkan pendapatan melalui survey anda hanya perlu mengisi borang-borang
survey yang diberi dengan mendaftar di syarikat mereka. Terdapat 2 survey iaitu yang
berbayar dan yang percuma. Contoh syarikat yang menjalankan survey adalah
AWSurveys. Walaupun begitu, kebanyakan survey adalah untuk penduduk US atau
Eropah.

18

Anda mungkin juga menyukai