Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

1. PENDAHULUAN

Mutakhir ini media massa sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang
agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang
selamat dan kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah
berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat
dan berfungsi secara efektif.

Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang,
segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul
bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah terletak kepada pihak
pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan, latihan yang
berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan
berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan
keselamatan merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui
pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula,
keselamtan merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab,
berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang

2. MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan


sokongan keluarga dan komuniti setempat.

3. OBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan


agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah.Memahami dan menghayati
dalam merangka dan melaksanakan tindakan untuk mewujudkan Budaya Selamat di
sekolah

4. RASIONAL

i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
utama pertimbangan.
ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial,
emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan
iii. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dari segi keselamatan.
iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa
sokongan keluarga dan komuniti.

1
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

5. TARIKH DAN HARI


Tarikh : 8 Mac 2017
Masa : 2.30 Petang (Sessi Petang)

6. TEMPAT
Dewan Mumtaz SRA Rantau Panjang.

7. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SRA Rantau Panjang

2
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

9. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Jamsiah Hassan


Guru Besar SRA Rantau Panjang

Timbalan Pengerusi 1. Puan Nor Azizah Sukerman


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2. Puan Norsiah Ruslan


Penolong Kanan Pentadbiran,

Setiausaha : En. Mohamad Mokri

Bendahari : Puan Nursafinas Mohamad Safuan

Ahli Jawatan kuasa

Pengacara Majlis : Puan Nur Hasni Ahmad Sayuti

Siaraya : En. Ibrahim Sumali

Disiplin dan Keselamatan pelajar : Puan Siti Normah Mustar

Jurugambar : En. Muhammad Haikal Mat Rahim

Buku Program : En.Mohamad*i@# Mokri

Pelaporan & Dokumentasi : Puan Amira Hani Salam

Persiapan Tempat & Peralatan : En. Mohd Radzi Abd Kadir

Perhubungan dan Jemputan : Nor Nabila Mohd Masnan

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


3
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah Catatan


1. Dokumentasi RM 50.00 RM 50.00
2. Jamuan RM 100,00 RM 100.00
3. Cenderahati RM 50.00 RM 50.00
4.
JUMLAH RM 200.00

11. SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah

1. Sekolah RM 200.00

JUMLAH RM 200.00

10. PENUTUP

Apabia jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah,
tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah
sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak
menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di
seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat
mendidik serta meimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi.

Di sahkan
Disediakan
_____________________
_____________________ (Jamsiah Bt Hassan )
(Mohamad B Mokri ) Guru Besar
Setiausaha Infrastruktur dan Keselamatan SRA Rantau Panjang
SRA Rantau Panjang

4
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

BIDANG AKTIVITI MURID

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk memperkembang potensi


individu. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah sama
ada di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bertujuan untuk memberikan sebanyak
mungkin pendedahan dan pengalaman kepada murid.

Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek


keselamatan supaya aktivit itu berlangsung dengan lancar dan mencapai matlamatnya.
Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid mengutamakan
aspek keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.

Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh


berlaku. Oleh itu, satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan
supaya semua pihak faham apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan
boleh dielakkan.

Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti, tiga


perkara utama dibincangkan dalam bidang aktiviti murid, iaitu keselamatan pergi dan
balik sekolah, keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan keselamatan
menjalankan aktiviti luar.

RASIONAL

5
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

Tidak ada satu tatacara tindakan yang mudah ifahami oleh semua pihak apabila
menjalankan sebarang kegiatan yang melibatkan aktiviti murid. Warga sekolah kurang
peka tentang aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid mudah
terdedah dengan bahaya sekiranya aspek keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan tidak
diberikan perhatian.

OBJEKTIF
 Mengenal pasti sebarang masalah berkaitan keselamatan semasa murid
menjalankan aktiviti.
 Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan yang lengkap
 Meningkatkan kesedaran mengenai aspek-aspek keselamatan dalam menjalankan
aktiviti.
 Semua pihak dapat mengambil tindakan berdasarkan semua peraturan yang
disediakan.

1.0 KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN


BALIK SEKOLAH

1.1 Pendahuluan

Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan
perhatian serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranhya semua pihak tidak
peka. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan
balik sekolah adalah terbatas. Oleh sebab terdapat pelbagai cara murid pergi dan balik
sekolah, tatacara telah dirangka bagi tujuan itu.

1.2 Rasional
 Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah kepada bahaya akibat
kecuaian ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan.
 Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga
keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan
sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.
 Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga
sekolah melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik
sekolah.

1.3 Objektif
-Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid
pergi dan balik sekolah
-Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah
-Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila
melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik ke sekolah
6
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

-Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan

1.4 Peranan Murid


 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam
perjalanan ke sekolah
 Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali
 Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali
 Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat
 Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu
dan polis
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang
mencurigakan berlaku
 Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan
seperti berikut:
* sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan
jenayah ke atas diri anda.
* berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat
* melengkapkan dir dengan pengetahuan dan kemahiran seni
mempertahankan diri

1.5 Peranan Kaunselor


 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri melalui:
* poster
* perhimpunan mingguan
* ceramah
* bengkel
* pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
* tayangan video
* edaran
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
 Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan
 Menganalisis setiap kejadian.
 Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang langkah
keselamatan murid semasa perjalanan ke sekolah.
 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di
kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi keselamatan.
 Merancang dan melaksanakan program-program gotong-royong membersihkan
kawasan semak laluan haran yang digunakan oleh murid.
 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam perjalanan
pergi dan balik sekolah
 Membantu menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah

7
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

1.6 Peranan Ibu Bapa


 Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri
 Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah
 Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik
 Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak
dikenali
 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan
keselamatan murid pergi dan balik sekolah.
 Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan
semak laluan ke sekolah, meronda dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa
Permuafakatan

1.7 Tatacara Murid

1.7.1 Pergi dan balik menggunakan kenderaaan awam


 Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi dan van
 Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat,
pemandu, kelindan atau indentiti khas.
 Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik
 Berbaris dan tidak berebut/tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak
bertolak-tolak dengan rakan.
 Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
 Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam
keadaan stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri
di tangga.
 Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau perbuatan lain yang boleh
membahayakan diri dan orang lain.
 Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul
berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolakan dan terus menuju ke rumah/sekolah.
 Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
 Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.

1.7.2 pergi dan balik menggunakan kenderaan sendiri


Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang dibawa oleh pelajar sendiri
seperti kereta, motosikal dan juga basikal
1.7.2.1 Memandu kereta
 Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna
 Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu
 Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu
 Mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya
 Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah

8
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

 Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru/guru bertugas/pentadbir
 Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan

1.7.2.2 Menggunakan motosikal


 Memastikan motosikal ada insuras lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna
 Pelajar yang menggunakan motosikal juga mesti mempunyai lesen memandu
 Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya
 Patuhi peraturan di jalan raya
 Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau
membawa pembonceng lebih daripada seorang
 Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah
 Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru/guru bertugas/pentadbir
 Seterusnya ikut prosedur sekiranya berlaku kemalangan

1.7.2.3 Menggunakan basikal


 Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik
 Jangan bawa pembonceng
 Jangan berlumba
 Jangan bergurau senda
 Jangan mengayuh terlalu laju
 Jangan bersaing-saing/bergandingan
 Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas sekolah
 Sekiranya berlaku kemalangan ikut prosedur apabila kemalagan berlaku

1.7.3 Pergi dan balik dengan berjalan kaki


 Melintas jalan
* Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan
* Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan
* Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan berat
* Ikut arahan warden trafik jika ada
* Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula.
Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.

 Tempat yang selamat melintas jalan raya


* Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra)
* Laluan bawah
* Jejantas
* Dekat lampu isyarat
* Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu
lintas
* Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan

9
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki


* Nampakkan diri adan kepada pemandu kenderaan
* Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas dengan cermat

 Cara melintas jalan di lampu isyarat


* Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau
* Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas/ jika sedang melintas,
teruskan melintas secepat mungkin.
 Berjalan kaki di kawasan awam
* Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri
* Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan
* Jangan bergandingan

 Berjalan kaki pada waktu malam


* Bawa surat khabar atau benda-benda putih
* Pakai pakaian cerah atau yang ada bahan reflektif
* Gunakan lampu picit
* Jalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang
* Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan, jangan panik, menjerit
meminta tolong/ cuba mempertahankan diri/ lari menyelamatkan diri

 Berjalan kaki pada waktu hujan


* Pakai baju hujan
* Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan
* Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin
* Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat selamat seperti di
pondok menunggu bas atau bangunan-bangunan lain. Jangan berteduh di bawah
pokok.
* Jangan menggunakan payung jika ketika hujan ribut dan angin kencang.
* Jangan bermain-main dalam hujan

 Berjalan kaki di tempat sunyi/semak


* Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang
* Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri
* Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba
mempertahankan drii/lari menyelamatkan diri
* Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya

1.7.4 Dihantar oleh ibu bapa/penjaga


 Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna
sebelum kenderaan bergerak
 Gunakan tali pinggang keledar/ topi keledar.
 Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak
 Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan
 Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanak sebelum melintas
10
KERTAS KERJA JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

1.7.5 Perjalanan semasa pergi dan balik sekolah dengan bot/sampan/feri


Bot/sampan/feri yang digunakan adalah bot/sampan/feri untuk membawa penumpang di
kawasan sungai yang tiada perkhidmatan pengangkutan lain.
 Pastikan memakai jeket keselamatan semasa menaiki bot/sampan/feri
 Jangan menaiki bot/sampan yang berkeadaan uzur
 Jangan menaiki bot/sampam/feri yang melebihi had muatan
 Semasa dalam bot/sampan/feri sentiasa berhati-hati dan ikut semua arahan
pemandu
 Jangan berdiri atau bermain air semasa dalam perjalanan atau melakukan
sebarang perlakuan yang menyebabkan bot/sampan kurang stabil
 Elak dari menaiki bot/sampan dalam keadaan cuaca yang buruk atau arus sunga
terlalu deras

1.8 Tatacara Guru


 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalan raya seperti
taklimat, ceramah, tayangan video, mempamerkan poster dan lain-lain.
 Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik sekolah kepada
ibu bapa/ penjaga melalui mesyuarat PIBG
1.9 Tatacara Ibu Bapa

11

Anda mungkin juga menyukai