Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PUJIAN DAN PENEGUHAN YANG BERKESAN

Bentuk-bentuk peneguhan dan pujian ada dua cara :


1. Sebutan ()
- memerlukan kita memuji murid-murid kita dengan cara menyebut perkataan-perkataan yang
memberangsangkan mereka dalam pembelajaran.

2. Gerakan ()
- Peneguhan cara ini memerlukan tindakan guru yang membuatkan murid-murid merasa senang dan
dihargai oleh kerana tindakan atau pencapaian yang diperolehi mengikut kehendak guru.

PENEGUHAN DAN PUJIAN BERBENTUK SEBUTAN

Terdapat dua cara untuk seseorang guru membuat pujian melalui sebutan ;

1. Pujian dengan perkataan ( )seperti :


dan sebagainya.

2. Pujian dengan ayat ( )seperti :



!
dan sebagainya.

Manakala pujian dan peneguhan yang berbentuk gerakan pula terdapat pelbagai cara antaranya ;
1. Ekspresi wajah ()
2. Gerakan kepala ()
3. Gerakan tangan ()

Suka saya mengajak sahabat-sahabat melaksanakan pelbagai bentuk pujian dan peneguhan kepada
anak-anak murid kita pada setiap masa. Banyak cara yang kita boleh lakukan seperti contoh-contoh yang
telah saya berikan di atas. Sesungguhnya pujian dan peneguhan yang kita berikan akan memberi respon
yang sangat positif dalam hasil pengajaran kita nanti. InsyaAllah.


"Kamu akan dapat sepertimana bagaimana yang kamu beri".
Ungkapan ini ada kebenarannya. Sahabat-sahabat boleh mencuba dan menguji kebenaran ungkatan ini.
Sebagai contoh, cuba sahabat-sahabat memberi salam kepada murid-murid dengan pelabagai gaya dan
nada. Sudah pasti jawapan bagi salam yang diberi akan mengikut gaya dan nada salam itu diberi. Tak
percaya, cubalah! dan cuba kaitkan dengan penyampaian pengajaran kita di kelas.

Begitu juga dengan ekspresi muka guru ketika masuk mengajar di kelas. Sekiranya guru masuk ke kelas
dengan senyuman, pasti anak-anak murid kita juga akan membalas senyuman kita itu tadi dan
seterusnya dapat belajar dengan lebih baik. Namun sekiranya guru masuk ke kelas dengan ekspresi
wajah yang ketat dan mencuka, pasti anak-anak murid kita juga bimbang dan tidak menghiraukan kita.
Seterusnya akan berlakukan pekik memekik suara guru di dalam kelas memarahi murid-murid.
Walauapapun, sebenarnya guru harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Bila masanya guru
perlu senyum dan bila masa guru perlu serius.

Selain menunjukkan ekspresi wajah kita kepada murid sebagai salah satu cara peneguhan dan pujian,
kita juga boleh menggunakan gerakan tangan untuk tujuan yang sama. Sentuhan dan belaian yang
bersesuaian juga akan menghasilkan kebanggaan murid terhadap apa yang telah mereka perolehi dan
capai.

Selain teknik sentuhan yang selalu disebut 'teknik jibril', kita juga boleh melakukan pelbagai cara lain
selain sentuhan. Kaedah atau semburan minyak wangi juga sangat praktikal untuk dilakukan di
kelas. Guru hanya perlu menyediakan sebotol minyak wangi yang biasa dan dibawa ke kelas. Setiap
jawapan betul atau setiap pujian dan peneguhan kepada individu-individu tertentu diberi dengan
semburan minyak wangi kepada murid-murid berkenaan. Pasti lebih ramai murid akan teruja untuk
mendapat semburan minyak wangi guru dengan tindakan atau jawapan yang betul seperti yang
dikehendaki guru. Tak percaya, cubalah! :)

Selain pujian dan peneguhan secara individu, ianya juga boleh dilakukan secara kumpulan seperti teknik
dan sebagainya. Begitu juga selain pujian secara terus sepertimana yang saya jelaskan di atas,
ianya juga boleh dilakukan dengan kaedah tulisan seperti carta pencapaian murid melalui kaedah (
), mengumpul bintang, mini sijil yang ditampalkan di buku kerja/latihan murid dan sebagainya.
Kaedah cop bintang, cap jari ( ) juga sangat sesuai untuk dilakukan dalam buku-buku murid.

Anda mungkin juga menyukai