Anda di halaman 1dari 8

Penggunaan Tangkal dan Azimat

Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan
menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia
dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan. Dalil-
dalil yang mengharamkannya ialah

“Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan
menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa
kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya"1

Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi
mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang
boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat. Didalam dalil Al-Quran
juga mengatakan ialah

‫ۡيب‬
‫ص ه‬ ۡ َ‫ف لَهۥه ِإ ََّل هه َو َو ِإن يه ِر ۡۡد ََك ِبَخ َۡۡي ّٖر فَ ََل ََرٓاۡدَ ِلف‬
ِ ‫ض ِل ِهۦ يه‬ َ ‫ض ّٖر فَ ََل َكا ِش‬ َ ‫س ۡس َك‬
‫ٱّلله ِب ه‬ َ ‫َو ِإن يَ ۡم‬
١٠٧ ‫ٱلر ِحۡي هم‬ َ ‫وَر‬ ‫بِ ِهۦ َمن يَشَا هء ِم ۡن ِعبَا ِۡد ِهۦ َو هه َو ۡٱلغَفه ه‬
]١٠٧,‫[سوَرة يونس‬

107. Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka
tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia
menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan
dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada
sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.

[Yunus107]

Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi
manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek

1
" HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154.
dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui
kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.

Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh
setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang-orang yang bersahabat
menggunakan jin, tukang sihir, tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orangorang
yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu
pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan
sihir adalah sihir dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Penggunaan Jin

Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang
ditegah oleh syarak adalah haram. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga
membawa kepada syirik adalah haram. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan
kehebatan adalah haram. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum
adalah haram.2

1. Kemudaratan yang Timbul Akibat Meminta Tolong Jin

Allah SWT telah mengingatkan manusia tentang akibat yang akan menimpa mereka sekiranya
meminta pertolongan dan perlindungan dari makhluk jin. FirmanNya dalam surah Al-Jin ayat
6:”

٦ ‫ال ِمنَ ۡٱل ِج ِن فَزَ ٓاۡدهو هه ۡم ََره َٗقا‬


ّٖ ‫نس َيعهوذهونَ ِب ِر َج‬ ِ ۡ َ‫ال ِمن‬
ِ ‫ٱۡل‬ ٞ ‫َوأَنَ ۥهه َكانَ َِر َج‬
]٦,‫[سوَرة ٓالجن‬

6. Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada

2
Keputusan Muzakarah 2009 JAIS
ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan
jin bertambah sombong dan jahat.

[Al Jinn6]

Menurut Ibnu Taimiyyah dalam kitab Al-bayān al-mubīn fi Akhbār al-jinni wa al-shayāṭin,
halaman 58, jin dan syaitan yang dijadikan sekutu atau sahabat akan berasa bangga apabila
diminta tolong dan mereka akan segera datang. Jin dan syaitan sangat mengetahui bahawa
manusia itu lebih mulia dan lebih berkuasa dari mereka. Maka apabila manusia tunduk kepada
jin dan meminta perlindungan dari mereka, ianya ibarat seorang raja yang melutut di kaki
seorang hamba untuk meminta ditunaikan hajatnya.

Lebih menakutkan lagi ialah apabila Allah SWT memberi amaran bahawa azab neraka bakal
menimpa orang-orang yang bersahabat dan meminta bantuan dari jin melalui firmanNya dalam
surah Al-An’am ayat 128:

َ‫نس َوقَا َل أ َ ۡو ِل َۡيا هؤ ههم ِمن‬


ِ ‫ٱۡل‬ ۡ ‫ۡيعا َٰيَ َمعۡ ش ََر ۡٱل ِج ِن قَ ِد‬
ِ ۡ َ‫ٱست َ ۡكث َ ۡرتهم ِمن‬ ‫َو َي ۡو َم َي ۡح ه‬
ٗ ‫ش هر هه ۡم َج ِم‬
‫اَر َم ۡث َو َٰى هك ۡم‬
‫ت لَنَا قَا َل ٱلنَ ه‬َ ‫ض َو َبلَ ۡغنَا أ َ َجلَنَا ٱلَذِي أ َ َج ۡل‬
ّٖ ۡ‫ضنَا ِب َبع‬ ۡ ‫نس ََربَنَا‬
‫ٱستَمۡ ت َ َع َبعۡ ه‬ ِ ‫ٱۡل‬ ِۡ
‫َٰ َخ ِلدِينَ فِۡي َها ِإ ََّل َما شَا َء َ ه‬
١٢٨ ‫ۡيم‬ٞ ‫ٱّلله ِإ َن ََرب ََك َح ِكۡي ٌم َع ِل‬
]١٢٨,‫[سوَرة ٓاألنعام‬

128. Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua,
(lalu berfirman): Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah
banyak pengikut-pengikut dari manusia dan berkatalah pula pengikut-pengikut
mereka dari golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah
bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-
syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau
telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal
kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Tuhanmu
(wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

[Al An'am128]

2. Tipu daya jin sangat licik

Makhluk jin adalah makhluk yang penuh tipu daya dan helah. Jin-jin yang menjadi pengikut
syaitan akan menggunakan pelbagai cara, sama ada halus atau kasar bagi tujuan menyesatkan
manusia. Allah mengingatkan hal ini melalui firmanNya dalam surah Al A’raf, ayat 16-17:

ۡ َ ‫ص َٰ َر‬
ِ ‫قَا َل فَ ِب َما أ َ ۡغ َو ۡيتَنِي َأل َ ۡقعهدَ َن لَ هه ۡم‬
َ ‫ط َك ٱل هم ۡست َ ِق‬
١٦ ‫ۡيم‬

َ ‫ث ه َم َألتِۡيَنَ ههم ِم ۢن َب ۡۡي ِن أ َ ۡيدِي ِه ۡم َو ِم ۡن خ َۡل ِف ِه ۡم َو َع ۡن أ َ ۡي َٰ َمنِ ِه ۡم َو َعن‬


‫ش َمائِ ِل ِه ۡم َو ََّل ت َ ِجد ه أ َ ۡكث َ َر هه ۡم‬
١٧ َ‫ش ِك ِرين‬ َ َٰ
]١٧-١٦,‫[سوَرة ٓاألعرٓاف‬

16. Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari
menjalani) jalanMu yang lurus;

17. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka,
dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati
kebanyakan mereka bersyukur.

[Al A'raf,16-17]

Penggunaan Sihir

Sihir merupakan fenomena universal yang telah mendapat tempat dalam masyarakat dunia
terutamanya kelompok masyarakat Nusantara. Perbincangan mengenai amalan sihir dalam
artikel ini akan ditumpukan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan sihir yang akan
diperincikan kepada masyarakat Melayu amnya. Sebagai contoh penggunaan sihir pembenci,
sihir pengasih serta sihir penyakit yang boleh meruntuhkan keharmonian hidup pasangan suami
isteri, saudara mara serta rakan taulan. Perbincangan ini berhasrat mengkaji fenomena amalan
sihir dalam kalangan masyarakat Melayu dengan menjadikan akidah sebagai penunjuk aras
sejauhmana amalan sihir ini bercanggah dengan islam sehingga amalan ini mampu
mencemarkan kesucian agama itu sendiri.

Jenis- jenis Sihir

Bagi masyarakat melayu terdapat beberapa jenis sihir yang popular, antaranya ialah Sihir
Pembenci, Sihir Kasih Sayang dan Sihir Penyakit. Sihir pembenci dilakukan ke atas pasangan
suami isteri atas sebab- sebab tertentu mungkin kerana ada pihak ketiga yang menaruh hati
sebelum mereka bernikah dan kerana itu sihir ini adalah untuk membalas dendam.

Sihir ini boleh menyebabkan timbul perasaan benci secara tiba-tiba walhal sebelum ini mereka
amat sayang terhadap pasangan masing-masing dan sihir ini boleh menyebabkan suami/isteri
tiada nafsu walaupun salah satu dari mereka berbogel sekalipun. Sihir kasih sayang atau guna-
guna adalah untuk menimbulkan keinginan perasaan sayang terhadap pengamalnya sama ada
bagi tujuan mendapatkan jodoh, memuaskan nafsu atau hanya untuk suka-suka.

Di Malaysia, kebanyakkan sihir kasih sayang ini berlaku menggunakan minyak yang diberi
nama minyak dagu3 yang dicalitkan kepada mangsa. Ketiga ialah sihir penyakit, yang
menyebabkan mangsa menghadapi masalah gangguan mental atau lebih dikenali sebagai ‘sakit
mental’. Sihir ini boleh menganggu kesejahteraan jiwa yang mendatangkan keburukan kepada
mangsa. Bahan yang digunakan untuk membuat sihir adalah berbeza mengikut sihir dan ia
perlu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya, kemenyan yang dibakar,
keris,darah,telur,jarum,patung,gambar,rambut dan lain-lain bahan – bahan yang dinyatakan
diatas merupakan bahan yang sering digunakan dalam upacara sihir disamping turut dibantu
oleh beberapa jin kafir atau hantu (syaitan) bagi menyempurnakan ritual tersebut.

Konsep Sihir

Sihir merupakan salah satu jenayah besar, kufur dan termasuk antara ujian kepada umat
manusia sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang. Hal ini kerana dengan kejahilan ilmu
dan iman yang goyah serta sistem perundangan Islam yang longgar dilihat akan memudahkan
tukang sihir menyebarkan serta mengembangkan amalan sihir ini di segenap penjuru negeri.

3
Diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh, dagu wanita itu akan dilayur
dengan bacaan mentera tertentu. Ia mampu menjadikan mangsa seperti mayat hidup, menuruti setiap kata.
Sihir dari segi bahasanya bermaksud sesuatu yang sembunyi dan halus4 . Ia adalah perbuatan
(atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang
melibatkan makhluk halus. Pendapat Ibnu Qudamah al-Maqdisi5 menyatakan bahawa “sihir
ialah ikatan jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang
mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan
akalnya tanpa menyentuhnya langsung”. Sihir juga merupakan perbuatan dengan meminta
pertolongan kepada roh-roh bumi iaitu jin, ini dikatakan sebagai azimat, amalan penundukan
yang dilakukan dengan membaca mentera syaitan, asap (kemenyan) dan ubat-ubatan. Bagi
masyarakat melayu di Malaysia, sihir merupakan perbuatan yang berkaitan dengan Jin yang
menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan
perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar
melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya
demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Hukum Sihir Menurut Syariat Islam

Sihir adalah sesuatu yang memang benar-benar berlaku dan Allah s.w.t mengiktiraf kewujudan
sihir dan menceritakan hal ini di dalam al-Quran melalui (surah al-Baqarah 2: 102), Allah
berfirman,

‫ش َٰۡيَ ِطۡينَ َكفَ هروٓا‬ َ ‫سلَ ۡۡي َٰ َم هن َو َٰلَ ِك َن ٱل‬


‫سلَ ۡۡي َٰ َمنَ َو َما َكفَ َر ه‬‫ۡين َعلَ َٰى هم ۡل ِك ه‬ َ ‫َوٱتَبَعهوٓا َما ت َ ۡتلهوٓا ٱل‬
‫ش َٰۡيَ ِط ه‬
‫ان ِم ۡن‬ َ ‫وت َو َٰ َم هر‬
ِ ‫وت َو َما يه َع ِل َم‬ َ ‫نز َل َعلَى ۡٱل َملَ َك ۡۡي ِن بِ َبا ِب َل َٰ َه هر‬ِ ‫اس ٱلس ِۡح َر َو َما أ ه‬ َ َ‫يه َع ِل همونَ ٱلن‬
‫َة فَ ََل ت َ ۡكفه ۡر فَ َۡيت َ َعلَ همونَ ِم ۡن هه َما َما يهفَ ِرقهونَ ِب ِهۦ َب ۡۡينَ ۡٱل َم ۡر ِء‬ٞ ‫وَّل ِإنَ َما ن َۡح هن فِ ۡتن‬ َ ‫أ َ َحد َحت َ َٰى َيقه‬
‫ٱّللِ َويَت َ َعلَ همونَ َما يَ ه‬
‫ض ُّر هه ۡم َو ََّل يَنفَعه هه ۡم‬ َ ‫ضا َِرينَ ِب ِهۦ ِم ۡن أ َ َحد ِإ ََّل ِبإ ِ ۡذ ِن‬َ ‫َوزَ ۡو ِج ِهۦ َو َما ههم ِب‬
َٰ
‫س هه ۡم لَ ۡو َكانهوٓا‬ َ ‫ٱشت َ َر َٰىهه َما لَهۥه فِي ۡٱأل ِخ َرةِ ِم ۡن َخلَ ّٖٖۚق َولَبِ ۡۡئ‬
َ ‫س َما ش ََر ۡوٓا بِ ِهۦ أَنفه‬ ۡ ‫َولَقَ ۡد َع ِل هموٓا لَ َم ِن‬
١٠٢ َ‫َيعۡ لَ همون‬
]١٠٢,‫[سوَرة ٓالبقرة‬

102. Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-setan pada masa kerajaan
Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal

4
Rohidzir Rais, Terapi Ruqyah Pendinding Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan, PTS Islamika Sdn.Bhd, Selangor,
2009, hlm. 1
5
Al-Mughni, (X/104)
Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir
(mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang
diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang
keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan:
"Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka
mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat
menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak
memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan
mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi
manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang
menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan
amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka
mengetahui.

[Al Baqarah102]

.Menyedari besarnya pengaruh dan kesan sihir ini kepada manusia dan kemusnahan yang boleh
dilakukannya, Allah memerintahkan kita agar berlindung daripada itu dan hanya Allah sahaja
tempat kita mendapatkan perlindungan. Namun begitu, sihir ini tidak akan berkesan melainkan
dengan izin Allah. Hukum sihir dan orang yang mempelajari dan mengamalkannya adalah
haram dan salah di sisi syariat Islam. Buktinya, Allah Ta’ala telah berfirman dalam Al-Quran
bahawa dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari
Allah (QS. Surah Yunus 10:106)

َ َٰ َ‫ت فَإِنَ َك ِإ ٗذٓا ِمن‬


١٠٦ َ‫ٱلظ ِل ِمۡين‬ َ ‫ض ُّر ََك فَإِن فَ َع ۡل‬
‫ٱّللِ َما ََّل يَنفَعه َك َو ََّل َي ه‬ ِ ‫َو ََّل ت َ ۡدعه ِمن ۡد‬
َ ‫هون‬
]١٠٦,‫[سوَرة يونس‬

106. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain
dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang
demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim
(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

[Yunus106]
. Di Malaysia, telah diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke -33 yang bersidang pada 11 October 1993
Amalan Ilmu Hitam/Sihir bahawa, perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa
kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram malah pengamal sihir yang
mendatangkan mudarat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah, maka wajib
dihukum qisas/hudud.

Anda mungkin juga menyukai