Anda di halaman 1dari 5

1.

DEFINISI ORGAN
Sebelum membahaskan lebih lanjut tentang hukum pendermaan dan
pemindahan organ dalam Islam, elok disentuh terlebih dahulu perkara-perkara
yang berkaitan dengannya seperti definisi organ, pendermaan, pemindahan,
penderma dan penerima organ, supaya perbahasam tentang isu ini menjadi lebih
jelas.
Dalam kamus Dewan Edisi Baru, organ didefinisikan sebagai alat dalam tubuh
manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting.
Dalam kamus Harraps organ didefinisikan sebagai bahagian badan yang
mempunyai fungsi yang penting.
Kamus Al Mujam al Wasat pula mendefinisikan organ sebagai bahagian
jasad manusia seperti tangan, kaki dan juga telinga. Dalam kamus Lisan al-Arab,
organ didefinisikan sebagai satu daripada organ biri-biri dan lain-lain.
Berdasarkan huraian di atas, organ menurut pakar-pakar bahasa Melayu
tertumpu kepada organ dalaman sahaja. Sebaliknya bagi pakar-pakar bahasa
Arab dan Inggeris, organ merangkumi organ dalaman dan juga luaran. Dari
sudut istilah kedoktoran pula, organ merangkumi organ dalaman dan juga luaran.
Organ menurut istilah kedoktoran lebih menetapi definisi yang dikemukakan oleh
pakar-pakar bahasa Arab dan juga Inggeris. Pakar-pakar kedoktoran
membahagikan pembentukan manusia kepada empat tahap. Tahap pertama
bermula dengan pembentukan sel-sel. Sel adalah merupakan struktur asas dan
fungsi penting dalam manusia.
Tahap kedua berbentuk gabungan daripada sel-sel yang sama jenis. Gabungan
ini membentuk tisu. Tahap ketiga berbentuk gabungan tisu-tisu yang sama jenis.
Gabungan ini membentuk organ. Tahap keempat berbentuk gabungan organ-
organ. Gabungan ini membentuk satu system tubuh manusia yang lengkap.
Antara contoh organ manusia ialah kaki ,tangan, pancreas, jantung, buah
pinggang, paru-paru dan hati. Antara contoh tisu pula ialah kulit, tulang, kornea
mata, sum-sum tulang dan darah.
Dengan ini dapatlah disimpulkan anggota badan manusia ada yang dinamakan
sebagai tisu dan ada juga yang dinamakan organ. Keduanya mempunyai konsep
yang berbeza.
Pakar perubatan daripada Arab Saudi, al-Bar menyatakan organ yang terlibat
dalam pendermaan dan pemindahan organ kadang-kadang berbentuk organ
lengkap seperti buah pinggang, jantung, hati dan lain-lain dan kadang-kadang
juga berbentuk tisu dan sel seperti kornea, darah,sum-sum tulang dan lain-lain.
Sebahagian dari organ-organ ini mempunyai kaitan secara langsung dengan
aliran darah seperti jantung, hati,dan buah pinggang. Sebahagian lagi tidak
mempunyai kaitan langsung dengan aliran darah seperti kulit. Sebahagian yang
lain pula memerlukan kepada saluran-saluran darah seperti kornea yang rosak.
Berdasarkan keterangan ini dapat disimpulkan, organ manusia yang berkait
secara langsung dalam isu pendermaan dan pemindahan organ buat masa ini
ialah organ dalaman sahaja. Di Malaysia antara organ yang boleh diderma dan
dipindahkan kepada pesakit ialah buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan
pancreas.
Walau bagaimanapun dalam kajian ini, tumpuan secara mendalam diberikan
kepada pendermaan dan pemindahan organ, manakala pendermaan dan
pemindahan tisu akan disentuh secara umum sahaja.

2. DEFINISI PENDERMAAN ORGAN
Derma dalam kamus Dewan membawa maksud bantuan berupa wang kepada
perkumpulan dan lain-lain. Ia juga membawa maksud pemberian ikhlas dan
sedekah kepada orang miskin dan lain-lain. Dalam kamus Lisan al-Arab derma
membawa maksud pemberian tanpa permintaan terlebih dahulu atau pemberian
sesuatu kepada seseorang yang tidak wajib diberikan oleh pemberi.
Apabila dikaitkan dengan pendermaan dan pemindahan organ, pendermaan
membawa maksud pemberian organ tertentu secara sukarela dan ikhlas daripada
penderma kepada pesakit atau penerima yang memerlukannya berdasarkan syarat-
syarat tertentu. Pemberian ini tidak disyaratkan untuk mendapatkan ganjaran
tertentu.
Di Malaysia, pendermaan organ didefinisikan sebagai proses mendermakan organ
tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi adalah satu pembedahanuntuk melibatkan pertukaran organ atau tisu
yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang mengalami
kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih
memuaskan daripada seseorang penderma, baik yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal dunia (kadaverik). Dengan cara ini, kehidupan penerima organ atau
tisu akan menjadi lebih selesa dan sempurna. Nyawanya akan selamat.
3. DEFINISI PEMINDAHAN ORGAN
Pindah dalam kamus Dewan membawa maksud bertukar tempat. Pemindahan pula
bermaksud perbuatan memindahkan. Dalam kamus Lisan al-Arab pemindahan
membawa maksud pengalihan sesuatu darin suatu tempat ke satu tempat yang lain.
Apabila dikaitkan dengan pemindahan organ, ia dapat disimpulkan sebagai
pengalihan sesuatu organ yang diperlukan daripada penderma kepada penerima
dengan syarat-syarat tertentu. Untuk lebih jelas lagi menurut al-Bar, pemindahan
organ ialah pengalihan organ dari penderma (donors) kepada penerima (recipient)
untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.
Di Malaysia pemindahan organ pula didefiniskan sebagai mengganti organ yang
gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru
daripada seseorang penderma, sama ada penderma itu masih hidup atau kadaverik.
Rawatan pemindahan ini bertujuan untuk menyelamatkan pesakit yang hanya boleh
disembuhkan dengan rawatan pemindahan tersebut sahaja.
Berdasarkan keterangan ini, jelas maksud pendermaan dan pemindahan organ
adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Pendermaan organ dilakukan secara
sukarela kepada pesakit yang memerlukannya, baik melibatkan penderma yang
masih hidup mahupun yang kadaverik. Pemindahan organ pula bukan sahaja
melibatkan pelaksanaan pemindahan organ daripada penderma sukarela kepada
penerima, malah termasuk juga pemindahan organ dari badan individu yang tidak
memberi keizinan yang jelas semasa hidupnya, tetapi diizinkan oleh waris dan pihak
yang berkuasa.
4. DEFINISI PENDERMA DAN PENERIMA ORGAN
Penderma organ didefinasikan oleh al-Bar, sebagai individu atau binatang yang
diambil daripadanya organ-organ yang berkaitan. Kebanyakannya dari manusia dan
jarang-jarang dari binatang, kerana organ-organ binatang biasanya tidak sesuai
untuk dipindahkan kepada manusia.
Definisi ini terlalu umum. Ini merangkunmi orang yang menjual organ, kerana orang
yang menjual orangnya juga membenarkan organnya diambil oleh pihak yang
terlibat. Berdasarkan definisi pendermaan organ sebelum ini, ia menunjukkan
pendermaan perlu dilakukan dengan ikhlas dan sukarela. Binatang sebenarnya tidak
mempunyai perasaan seperti manusia.
Kerana itu bagaimana ia boleh menderma organnya secara sukarela. Manusialah
sebenarnya yang mengambil organ mereka dan menggunakannya sebagai bahan
ujikaji di dalam makmal-makmal mereka. Boleh jadi binatang dimasukkan ke dalam
kategori penderma organ bila dilihat sebagai sudut kedoktoran yang bersifat lebih
umum. Sehubungan dengan itu definisi dia atas kurang menetapi maksud yang
dikehendaki. Ia lebih sesuai bila dikaitkan dengan sumber-sumber organ.
Sebaliknya definisi penderma organ yang tepat ialah manusia yang sudah
mencukupi syarat-syarat pendermaan organ yang akan dibicarakan dalam bab yang
ke IV nanti.
Organ-organ dan tisu yang diambil daripada penderma yang masih hidup ialah satu
buah pinggang, sebahagian kecil hati, darah, sum-sum tulang dan kulit. Organ-
organ yang boleh diambil daripada penderma kadaverik pula melibatkan semua
jenis organ dan tisu yang boleh digunakan untuk merawat penyakit tertentu pesakit.
Penerima organ ialah badan manusia yang menerima organ. Penerima mestilah
mencukupi syarat-syarat penerima organ. Penerima mestilah mencukupi syarat-
syarat penerima seperti kedudukan umur, jenis penyakit, tahap keperluannya
kepada organ, kumpuan darah dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai