Anda di halaman 1dari 1

AKU SEEKOR IKAN EMAS

Aku seekor ikan emas. Sisik aku berwarna kuning seperti


emas. Mata aku besar dan bulat. Aku seekor ikan yang comel.
Makanan kegemaran aku ialah cacing dan makanan ikan.

Suatu hari, aku dibeli oleh seorang budak lelaki bernama


Ahmad. Aku dijual dengan harga RM25.00. Aku dibawa pulang ke
rumahnya dan diletakkan di dalam balang yang bulat
bentuknya.

Pada mulanya, aku berasa sedih kerana terpaksa


meninggalkan sahabat- sahabat aku di kedai. Tetapi aku rasa
gembira kerana Ahmad seorang tuan yang sangat baik hati.

Aku dijaga dengan baik. Air di dalam balang aku sentiasa


bersih. Aku juga kenyang kerana Ahmad sentiasa memberi aku
makan. Kehidupan aku amat baik sekali. Ahmad menjaga aku
dengan penuh kasih sayang. Aku juga amat sayang kepada
Ahmad.

Anda mungkin juga menyukai