Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Kadar Tindak Balas

Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

Teori:

Bahan: 0.05M Na2 S2 O3 (natrium thiosulfat), 1.0M HCl (asid hidroklorik), dan air suling.

Alat radas: Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3, bikar, kertas turas yang ditandakan
pangkah (X) dan jam randik.

(A) Mengkaji Kesan Kepekatan Terhadap Kadar Tindak Balas


Prosedur:

1. 50 cm3 larutan 0.05M Na2 S2 O3 (Natrium thiosulfat) disukat menggunakan silinder penyukat dan
dimasukkan ke dalam kelalang kon yang bersih.

2. Kelalang kon itu diletakkan di atas sehelai turas yang telah ditandakan pangkah (X) dengan pen.

3. 10 cm3 larutan 1.0M HCl disukat menggunakan silinder penyukat dan dicampurkkan ke dalam
larutan Na2 S2 O3. Jam randik dimulakan dengan serta-merta.
4. Campuran digoncang perlahan-lahan sepanjang tindak balas dan tanda pangkah (X) pada kertas
turas diperhatikan secara menegak dari atas kelalang kon.
6. Masa yang diperlukan sehingga tanda pangkah (X) hilang dicatatkan.
7. Kelalang kon dibersihkan dan langkah 1-6 diulangi dengan menggunakan isi padu larutan Na2 S2 O3
yang berlainan yang dilarutkan dengan air suling yang berlainan isipadu seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.
Keputusan:
Soalan Perbincangan:
1. Beasaskan Amali A, lakarkan graf di antara kepekatan Na2 S2 O3 melawan 1/ t.
2. Berasaskan lakaran graf di S1, nyatakan perkaitan antara kepekatan dengan kadar tindak balas.

Graf kepekatan Na2 S2 O3 melawan 1/ masa yang dilakar di S1 ialah satu garis lurus. Ini
bermaksud kepekatan natrium thiosulfat adalah berkadar terus dengan 1/ t. Semakin tinggi
kepekatan bahan tindak balas, iaitu natrium thiosulfat, semakin tinggi nilai 1/ t, iaitu kadar tindak
balas.
(B) Mengkaji Kesan Suhu dan Mangkin terhadap Kadar Tindak Balas
Prosedur:
1. Tabung uji A1 dan A2 diisikan dengan 10 cm3 0.5M asid oksalik masing-masing.

2. Tabung uji B1 diisikan dengan 5 cm3 0.02M KMnO4 dan 10 cm3 1.0M H2 SO4.

3. Tabung uji B2 diisikan dengan 5 cm3 0.02M KMnO4 dan 10 cm3 1.0M H2 SO4 dan ditambah
dengan 5 titis larutan 10% MnSO4 .
4. Kesemua tabung ujiA1, A2, B1 DAN B2 dipanaskan dengan menggunakan kukus air.
5. Apabila suhu mencapai 30℃, larutan tabung uji A1 dicampurkan dengan segera dengan ke dalam
tabung uji B1 manakala tabung uji A2 ke dalam tabung uji B2. Jam randik dimulakan dengan serta
merta dan masa diambil untuk warna campuran itu hilang.
6. Langkah 1-5 diulangi untuk 40℃ dan 50℃.

Anda mungkin juga menyukai