Anda di halaman 1dari 9

UBK SK SULAIMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SULAIMAN, 28700 BENTONG,

PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
Kem pecutan akhir upsr
“6a milik kami”
UPSR TAHUN 6
2016

TARIKH : 22 hb OGOS DAN 23 hb OGOS 2016


MASA : 2.30 PETANG JUMAAT HINGGA 2.00
PETANG SABTU
TEMPAT : KEM ABC, JANDA BAIK
PENGANJUR : JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR
BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKS

1. Nama Program : Program Pengukuhan Pemantapan Subjek UPSR


UBK SK SULAIMAN

“6A MILIK KAMI”

2. Anjuran : Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR, PIBG Bersama


Unit Bimbingan dan Kaunseling SK. Sulaiman

3. Rasional : UPSR 2016 berformat baru dan murid-murid Tahun


Enam perlukan lebih penekanan terhadap subjek teras.
Murid ini perlu diberi lebih perhatian dan sentuhan
semangat agar mereka tidak berasa tertekan dan tidak
yakin kepada diri sendiri. Diharapkan melalui sentuhan
kasih dan perhatian daripada para guru dan penceramah
akan memberikan lebih semangat kepada mereka untuk
menghadapi UPSR dengan lebih yakin.

4. Matlamat : Menyedarkan murid-murid mengenai pentingnya


persediaan awal sebelum hari peperiksaan
sebenar. Juga menyedarkan murid-murid agar
bukan sahaja bersedia dari segi mental dan fizikal
tetapi juga dari segi kerohanian.

5. Objektif : Pada akhir program ini, diharapkan murid-murid :

a. Lebih fokus dan mahir menjawab soalan-soalan


Subjek UPSR (fokus : Matematik, English dan
Sains) melalui aktiviti kumpulan kecil yang
dijalankan.

b. Murid-murid dapat memperbaiki kelemahan yang


masih ada.

c. Menanamkan keazaman yang lebih jitu ke dalam diri


murid-murid bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam UPSR 2016.

6. Kaedah dan Strategi : a. Tarikh : 22 dan 23 Ogos 2016


b. Hari : Jumaat dan Sabtu
c. Masa : 2.30 petang Jumaat hingga
3.30 petang Sabtu
d. Tempat : Kem ABC, Janda Baik
e. Sasaran : 111 orang murid Tahun 6

7. JAWATANKUASA INDUK
UBK SK SULAIMAN

PENASIHAT : CIKGU ABDUL RASHID BIN MAHIDIN.PJK (Guru Besar)


PENGERUSI : CIKGU AISHATUL AKYAH BINTI ISHAK(GPK PENT.)
NAIB PENGERUSI 2 : CIKGU SITI MARIAM BINTI MD LONG (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 3 : CIKGU ASIDAH BINTI MOHAMED (GPK Koku)
SETIAUSAHA : CIKGU NORHANIZA BINTI JOHAN (GBSM)
BENDAHARI : CIKGU NORLIDA BINTI MAHMUT

BIL JAWATANKUASA PERSONALIA BIDANG TUGAS

1. Fasilitator Bahasa 1. Cikgu Bahizah binti Baharuddin - Menguruskan aktiviti


Melayu 2. Cikgu Munariah binti Muhammad sepanjang slot masing-
3. Cikgu Asidah binti Mohamed masing
4. Cikgu Mohd Nazim bin Iderus

2. Fasilitator Bahasa 1. Cikgu Tengku Nisah Akmar binti - Menguruskan aktiviti


Inggeris Tengku Shahrudin (Ketua) sepanjang slot masing-
2. Cikgu Saziati binti Abd. Aziz masing
3. Cikgu Rokiah binti Omar
4. Cikgu Razifah binti Abd. Aziz

3. Fasilitator 1. Cikgu Naeman bin Mat Yatim (Ketua) - Menguruskan aktiviti


Matematik 2. Cikgu Maskinabanu binti Ali sepanjang slot masing-
3. Cikgu Norlida binti Mahmut masing
4. Cikgu Wan Huzairul Azril bin Wan Namat

4. 1. Puan Hajah Mariani binti Ali (Ketua) - Menguruskan aktiviti


2. Cikgu Hajah Zalina binti Abdullah sepanjang slot masing-
Fasilitator Sains 3. Cikgu Mohd Nizam bin Ghazali masing
4. Cikgu Nor Saemah binti Satari

5. AJK Keselamatan - - Menguruskan aktiviti


sepanjang slot masing-
masing

6. Urusetia Program, 1. Puan Norhaniza binti Johan - Memastikan program


Jurukamera, Buku 2. Puan Saziati binti Abdul Aziz berjalan lancar
Program, 3. Puan Rokiah binti Omar
Dokumentasi,Banner

7. Pengurusan Makanan - Guru yang terlibat bagi setiap slot semasa waktu - Memastikan
makan- perjalanan waktu
makan berjalan lancar

8. LCD & Skrin - Puan Shahrida binti Mohd Sidi - Menyediakan dan
memasang LCD

9. Juruacara, - En.Naeman bin Mat Yatim - Memastikan


Dokumentasi, perjalanan majlis
Pamplet dan berjalan dengan lancar.
jemputan
Memastikan pelaporan
selepas program
UBK SK SULAIMAN

disiapkan.

- Memastikan surat
jemputan diedarkan
kepada ibu bapa dan
VIP.

10. Cetakan Bahan - Pn.Asmah binti Hashim - Memastikan semua


bahan cetakan dicetak
sebelum program.

8. TENTATIF PROGRAM :

JUMAAT ( 22.08.2016 )

02.30 petang - Pendaftaran di Rumah Rehat Bentong


03.00 petang - Taklimat Program oleh GBSM
03.30 petang - Motivasi Belajar – Teknik Menjawab (Bahasa Inggeris)
05.30 petang - REHAT ( Minum Petang / Solat Asar )
06.15 petang - Aktiviti Riadah
07.00 malam - Persiapan Diri / Solat Maghrib
07.45 malam - Makan Malam
08.00 malam - Motivasi Belajar – Teknik Menjawab (Bahasa Melayu)
10.00 malam - Minum Malam / Solat Isyak
10.30 malam - LELAP MATA
UBK SK SULAIMAN

SABTU ( 23 .08.2016 )

06.00 pagi - Persiapan Diri/ Solat Subuh/Kemas Barang Peribadi


07.30 pagi - Sarapan
08.00 pagi - Motivasi Belajar – Teknik Menjawab (Sains)
10.00 pagi - KUDAPAN
10.30 pagi - Motivasi Belajar – Teknik Menjawab (Matematik)

12.30 tengah hari - MAJLIS PENUTUPAN RASMI

-Ucapan Pengerusi Majlis


-Ucapan Perasmian Penutupan Program oleh Tuan Guru
Besar

01.00 petang - JAMUAN MAKAN TENGAH HARI


01.30 petang - Bersurai

9. KOS :

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER KOS

1. Makan-minum Murid & Tempat Penginapan RM 11,100.00


(RM 100.00 x 111 orang)
2. Bayaran Penceramah RM 2000.00
Pengangkutan (Bas) RM 1000.00
3.
Banner RM 250.00
4.
Alat tulis dan Fail Poket RM 330.00
5.
Marker Pen dan Kertas Mahjong RM 120.00
6.
7.
Belanja Runcit/Kecemasan RM 200.00
UBK SK SULAIMAN

JUMLAH KESELURUHAN RM 15,000.00

10. SUMBER KEWANGAN SEDIA ADA

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER KOS

1. Bayaran Penceramah RM 2000.00 PIBG


Pengangkutan Bas RM 1000.00 PERUNTUKAN PST
Peralatan Program/Belanja runcit RM 900.00 PCG KAUNSELING
Bayaran Penginapan dan Makan Murid RM 1100.00 PERUNTUKAN PST
RM 5000.00

11. SUMBER KEWANGAN TIDAK MENCUKUPI

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER KOS

1. Bayaran Penginapan dan Makan Murid RM 10,000.00


RM 10,000.00

12. PENUTUP

Kami bagi pihak Sekolah Kebangsaan Sulaiman sangat-sangat berharap agar program ini
akan memberikan keazaman yang lebih jitu kepada murid-murid untuk menghadapi UPSR dengan
lebih yakin dan dapat menjawab soalan-soalan UPSR dengan betul dan tepat serta seterusnya
mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2016. . Oleh kerana kewangan tidak
mencukupi, dengan rendah diri kami memohon agar pihak Yang Amat Berhormat dapat
menampung kekurangan kos kewangan kami sebanyak RM 10,000.00 . Akhir kata, kami
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Yang Amat Berhormat kerana sudi
membantu kami mencukupkan dana untuk menampung perjalanan program ini demi
menjayakan program ini dan membantu meningkatkan prestasi anak-anak tahun enam kami.

13. ULASAN
UBK SK SULAIMAN

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NORHANIZA BINTI JOHAN) (AISHATUL AKYAH BINTI ISHAK)

Setiausaha Program GPK PENTADBIRAN

SK Sulaiman Bentong SK Sulaiman Bentong

Disahkan oleh :

(ABDUL RASHID BIN MAHIDIN, PJK.)

GURU BESAR

SK Sulaiman Bentong
UBK SK SULAIMAN

PROGRAM PENGUKUHAN MINDA DAN PEMANTAPAN M.E.S. UPSR TAHUN ENAM


SK. SULAIMAN TAHUN 2012

SENARAI BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA :

BIL. PERKARA CATATAN

1. Alat Tulis 1 set


1. Baju Melayu / Baju Kurung 1 pasang
2. Seluar track 2 helai
3. Selimut 1 helai
4. Kain sembahyang/Telekung dan sejadah 1 set
5. Peralatan Mandi (Tuala, sabun mandi & berus gigi) 1 set
6. T-Shirt Ko-kurikulum 1 helai
7. T-Shirt Kecemerlangan Tahun Enam 1 helai

PERHATIAN :

1. Murid-murid dikehendaki memakai Baju Kokurikulum (Warna Hijau) beserta seluar track dan
berkasut sekolah ( serta bertudung putih bagi murid perempuan beragama Islam) semasa
Pendaftaran dan Slot LDK pada hari Sabtu.

2. Pada sebelah malam murid-murid dikehendaki memakai Baju Melayu (lelaki) dan Baju Kurung
(perempuan).

3. Untuk Hari Ahad, semua murid dikehendaki memakai T-shirt Kecemerlangan UPSR (Warna
Oren), seluar track dan berkasut sekolah (serta bertudung putih bagi murid perempuan
beragama Islam )

4. Murid-murid boleh membawa telefon bimbit dan kamera tetapi keselamatan adalah
tanggungjawab sendiri. Guru-guru tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan
yang dilaporkan.

5. Pemakaian barang kemas tidak dibenarkan.


UBK SK SULAIMAN

6. Barangan tajam seperti gunting, pisau dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

7. Setiap murid dikehendaki sentiasa bersedia mengikuti semua aktiviti dan sentiasa menepati
masa mengikut seperti yang dijadualkan.

SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai