Anda di halaman 1dari 4

Fadhilat Dan Khasiat Surah Ali Imran

.
Di antara khasiat surah Ali Imran ini dalam kehidupan adalah seperti berikut:
.
1. Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali, Insya’Allah ia amat berkesan bagi jiwa
orang yang sedang ditimpa musibah, kesusahan, kesempitan hidup kerana
di dalamnya terkandung nama Allah Yang Agung.
2. Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit,
Insya’Allah akan diampunkan dosanya.
3. Sesiapa membaca ayat 1-3 dari surah Ali Imran ini, Insya’Allah dia akan
terhindar daripada segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
4. Ayat 1-4 jika dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat jadi
pendinding, kebahagiaan dan menunaikan segala hajat
5. Ayat 8 jika diamalkan secara istiqamah selepas selesai solat fardhu,
Insya’Allah akan menjadi orang yang jujur, taat ibadah, mendapat rahmat
dari Allah ‫ وتعالى سبحانه‬dan pembacanya akan mati dalam beriman (Husnul
Khatimah).
6. Baca ayat 9 selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat mengembalikan
barang yang hilang.
7. Jika diamalkan membaca ayat 7-9, Insya’Allah dapat menjadikan diri
cerdik yang luar biasa.
8. Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa,
terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 surah Al Imran untuk memohon
keampunan dari Allah ‫وتعالى سبحانه‬.
9. Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat
Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari. Insya’Allah, akan disediakan
bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-
hutangnya.
10. Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, Insya’Allah dapat
menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan
menunaikan segala hajat.
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bersabda kepada Saidina Muaz, “Aku ajarkan kepadamu
dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27.
Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk
menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung
banyaknya.”
11. Membaca surah Al Imran Ayat 31 iaitu ‘Ayatul Mahabbah’ jika diamalkan
ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu boleh merapatkan
hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak,
kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.
12. Ayat 35 adalah sebagai wasilah untuk merawat sakit perut dan untuk
berjaga-jaga agar tidak diserang sakit perut. Caranya baca ayat ke-35
selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak 3 kali. Insya’Allah dengan cara
pengamalan ini kita akan selamat dari sakit perut. Bagi merawat orang
yang sakit perut pula, tulis ayat ke-35 di pinggan putih lalu larutkan dengan
air dan diberi minum kepada pesakit. Insya’Allah dengan berkat air
tersebut, orang tersebut akan segera sembuh dari sakit perutnya.
13. Ayat 35-37 surah Ali Imran jika diamalkan atau dibaca setiap kali selepas
solat fardhu, Insya’Allah dapat menjadi sebagai perlindungan kepada
perempuan hamil atau sebagai pelaris.
14. Jika mempunyai masalah perniagaan yang masih ‘tidak menjadi’,
amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37 sebagai doa pelaris.
Diamalkan ketika mengerjakan sesuatu dan dibacalah juga setiap kali
selepas solat fardhu.
15. Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika isteri
sedang hamil, Insya’Allah akan dikurniakan seorang anak yang soleh.
16. Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca
doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬pada
hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat
sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah ‫ وتعالى سبحانه‬akan
memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan.
(tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).
17. Ayat 73-74 boleh dijadikan pelaris dan memudahkan peminangan. Bacalah
sebagai wirid ketika mengerjakan peniagaan atau urusan tersebut.
18. Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada
binatang buas, liar, orang zalim atau tiupkan dalam air untuk di minum.
19. Sesiapa ingin disayangi, maka ada baiknya amalkan membaca ayat 103-
104 dari surah Ali Imran setiap kali selepas solat sebanyak tujuh kali.
Insya’Allah akan jadikan seseorang itu pengasih dan lembut hati.
20. Ayat 111-112 boleh dijadikan sebagai pendinding ketika menghadapi
musuh. Bacalah sebanyak 3 kali sewaktu berhadapan dengan mereka.
21. Jika diamalkan membaca ayat 134-136, Insya’Allah dapat menjadi
pelindung daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
22. Bagi menghentikan darah, bacalah doa dan ayat 144 sebanyak 3 / 7 kali
sewaktu merawat kecerderaan mangsa. Insya’Allah akan segera berhenti.
23. Ayat 146-148 dapat menghilangkan rasa kekesalan dan kesedihan ketika
menghadapi musibah jika sentiasa diamalkan membacanya.
24. Ayat 169-171 sekiranya diamalkan secara istiqamah selepas solat fardhu,
Insya’Allah akan mendapat taufiq dan menjadi penerang hati.
25. Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini
sebanyak mungkin sebagai zikir. Insya’Allah hati akan menjadi tenteram.
26. Jika dibaca “Hasbunallaah Wa ni’mal Wakiil” (ayat ke-173) sebanyak 450
setiap malam, Insya’Allah akan dicukupi semua keperluannya. Caranya
dengan istiqamah mengamalkannya, kalau lupa hendaklah diqadhai.
27. Jika ingin supaya isteri mudah bersalin, bacalah ayat 191 sebanyak 3 kali
pada pusat isteri sambil diusap-usap dengan tangan kanan ketika hendak
tidur. Lakukan amalan ini sehingga ia bersalin, Insya’Allah memudahkannya
melahirkan bayi.
28. Ayat 190-194 jika dibaca sewaktu berdoa solat malam (Qiamullail),
Insya’Allah dapat meneguhkan Iman dan pendirian kita.
29. Ketika waktu mustajab doa iaitu selepas solat Tahajjud, bacalah ayat doa
190-194 yang sering diamalkan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬. Selepas membaca ayat
ini, mohonlah kepada Allah ‫ وتعالى سبحانه‬apa yang diinginkan, baik untuk
keperluan dunia mahupun akhirat, Insya’Allah akan dikabulkanNYA.
30. Ayat 190 – 194 dan Ayat 199 dibacakan pada air dan diberi minum pada
yang bermasalah rumahtangga sebagai kesejahteraan rumahtangga.
31. Ayat 193 & 194 surah Ali Imran adalah doa mohon keampunan dan
dijauhkan dari segala kejahatan.
32. Sekiranya ada daripada keluarga antum yang tidak betah di rumah, maka
ada baiknya ditulis ayat ke-200 dari surah Ali Imran pada makanan seperti
roti yang hendak dimakan atau disajikan, kemudian berikan makanan
tersebut kepada ahli keluarga yang suka keluar dari rumah tanpa izin.
Insya’Allah ahli keluarga yang suka keluar rumah akan jadi tunduk patuh,
menjadi baik dan tidak lagi keluar tanpa izin.
33. Sekiranya Ayat 200 surah Ali Imran dibacakan pada makanan yang hendak
dimasak atau dihidangkan, Insya’Allah dapat menjinakkan isteri atau suami
derhaka, anak degil dan haiwan liar.
34. Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis
ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.
35. Ayat 200 surah Ali Imran ini juga diamalkan secara istiqamah selepas solat,
dapat mengurangkan panas baran suami dan mengwujudkan kasih
sayang berumah tangga.
36. Jika diamalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran sebanyak 3 kali selepas
solat fardhu, Insya’Allah elok untuk ketenteraman ahli keluarga dan
penghuni rumah.
37. Baca Ayat 200 surah Ali Imran dan Ayat 19 dari surah As-Shura lalu dikucup
atau ditiup pada ubun-ubun anak. Insya’Allah dapat menjadikan anak
antum insan yang berbakti dan pintar. Boleh juga ditiup pada air dan
masakan dengan menyebutkan nama anak satu persatu sambil diucapkan
harapan pada anak, semoga dapat mudah mendidiknya dan membantu
anak untuk berubah.
.
.
Bercakap mengenai khasiat surah Ali Imran, maka kita akan mendapati surah
ini mempunyai beribu-ribu khasiat yang tidak akan habis untuk diungkapkan
rahsia khasiatnya. Demikianlah kalamullah yang agung ini, merupakan
perbendaharaan tersembunyi yang menakjubkan bagi mereka yang
mempunyai keimanan kepada Allah ‫وتعالى سبحانه‬.
.
َِّ ‫ت َخ ْل‬
َّ‫ق فِي ِإن‬ َِّ ‫اوا‬
َ ‫ض الس َم‬ َّ ِ ‫ف َو ْاْل َ ْر‬ َِّ ‫اختِ ََل‬ َِّ ‫ب ِ أْلُو ِلي ََل َياتَّ َوالنه‬
ْ ‫َار الل ْي َِّل َو‬ َِّ ‫﴿ ْاْل َ ْلبَا‬١٩٠﴾ ‫ِين‬ ََّ ‫ع َلىَّ َوقُعُودًا قِيَا ًما اللـهََّ َي ْذك ُُر‬
ََّ ‫ون الذ‬ َ ‫َو‬
ََّ ‫ق فِي َويَتَفَك ُر‬
‫ون ُجنُو ِب ِه َّْم‬ َِّ ‫ت َخ ْل‬ َِّ ‫اوا‬
َ ‫ض الس َم‬ َّ ِ ‫ت َما َربنَا َو ْاْل َ ْر‬
ََّ ‫َل َهـذَا َخ َل ْق‬ ًَّ ‫اط‬
ِ َ‫ك ب‬ ُ ‫اب َف ِقنَا‬
ََّ َ‫س ْبحَان‬ ََّ َ‫عذ‬
َ ‫ار‬ َِّ ‫﴿ الن‬١٩١﴾
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang mengingat
Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai
Tuhan kami! Tidaklah Dikau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau,
maka peliharalah kami dari azab neraka.”
[Surah Ali Imran 3: Ayat 190-191]
.
Mudah mudahan doa daripada ayat-ayat dalam surah ini dapat membantu
merungkaikan dan menyelesaikan masalah anda seharian. Insya’Allah.
‫بالصواب أعلم وهللا‬

Anda mungkin juga menyukai