Anda di halaman 1dari 6

Syirik merupakan dosa yang paling besar dan Allah S.W.

T telah menjelaskan kepada manusia


tentang balasan azab neraka yang sangat menyeksakan berdasarkan firman Allah S.W.T:

‫ىَّ ِإ ۡث ًماَّ ه‬
َّ‫ع ِظي ًما‬ ََّٰٓ ‫ٱّللَِّفهقهدَِّ ۡٱفت ه هر‬ ‫ٱّللهَّ هَلَّ هي ۡغ ِف ُرَّأهنَّي ُۡش هر هكَّ ِب َِّهۦَّ هو هي ۡغ ِف ُرَّ هماَّد ُونهَّ َٰذه ِل هكَّ ِل همنَّ هي ه‬
‫شا ٓ ُۚ ُء ه‬
َّ ‫َّو همنَّي ُۡش ِر ۡكََِّّب‬ َّ ََّّ‫ِإن‬
َّ ٤٨
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
(Surah An-Nisa’ Ayat 48)

َّ َّ ْ‫ٱعبُد ُوَّا‬
َّ‫ٱّلله َّ هر ِبي‬ َُّ ‫َّوقها هل َّ ۡٱل همسِي‬
ۡ َّ ‫ح َّ َٰيه هبنِ ٓي َّإِ ۡس َٰ هٓر ِءي هل‬ ‫ن َّ هم ۡريه َۖ هم ه‬ َُّ ‫ٱّلله َّ ُه هَّو َّ ۡٱل همسِي‬
َُّ ‫ح َّ ۡٱب‬ َّ َّ ‫ِين َّقهالُ ٓواْ َّإِن‬
َّ‫لهقه َّۡد َّ هكفه هر َّٱلذ ه‬
َٰ
َّ َّ٧٢َّ‫ص ٖار‬ ‫َّم ۡنَّأهن ه‬
ِ ‫َّو هماَّ ِللظ ِل ِمينه‬ ‫ار ه‬ ُ َۖ َّ‫عله ۡي ِهَّ ۡٱل هجن َّةهَّ هو هم ۡأ هو َٰىهَُّٱلن‬ َّ َّ‫هو هرب ُك ۡ َۖمَّإِن َّهۥَُّ همنَّي ُۡش ِر ۡكَّبَِّٱّللََِّّفهقه ۡدَّ هحر هم‬
‫ٱّللَُّ ه‬
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-
Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat
kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku
zalim. (Surah Al-Maidah, Ayat 72)

Konsep iman dan pengertian iman bukan sekadar seseorang itu menyatakan dengan lidahnya
sahaja bermakna sudah menandakan mereka seorang mukmin kerana ramai yang
mengucapkan beriman sedangkan hati dan perbuatannya tidak. Pengertian iman dari
pengertian bahasa ialah mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa
mendustakan manakala dari segi istilah ialah membenarkan dengan hati, mengikrarkan
dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota. Setiap orang yang benar-benar beriman
akan merasai kemanisan dalam beriman kepada Allah. Konsep halawatul iman adalah mereka
berasa gembira dalam melakukan ibadat ataupun sanggup menanggung kepayahan demi
mendapatkan keredhaan Allah dan rasulnya serta mereka lebih mengutamakan Allah dan
rasulnya lebih daripada harta dunia. Langkah-langkah untuk mendapatkan kemanisan iman
adalah sentiasa cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya, mengasihi sesama
manusia kerana Allah, dan membenci kekufuran dan kemaksiatan sebagaimana benci jika
dicampakkan kedalam api neraka. Kesan kepada individu yang mendapat kemanisan dalam
beriman ialah mereka mendapat kelazatan dalam melakukan ibadah seterusnya membentuk
individu yang berakhlak mulia, tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan
orang lain dan selalu bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Hasil temubual bersama seorang ustaz yang mengajar di masjid-masjid sekitar mukim
Pengkalan kubur ini beliau mengatakan kemanisan iman ini boleh terbatal sekiranya kita
terlibat dalam maksiat, tidak mengawasi diri (semua anggota) kita tentang halal dan haram
dan terlibat dengan perkara yang syubhah. Contohnya, seseorang telah pergi ke sebuah
konsert kemudian, bila balik ke rumah dia solat isyak. Apakah perasaan orang tersebut?
Adakah rasa manis dan lazat serta khusyuk solat tersebut.

Penyebab yang membatalkan iman boleh terjadi melalui hati, lisan dan perbuatan. Menurut
analisis saya dan temuramah kami dapati perkara-perkara yang membatalkan iman di
Malaysia antaranya adalah penyelewengan agama dari akidah ahli sunnah wal jamaah seperti
mereka terlibat dengan ajaran sesat seperti ajaran Qadiani, Syiah serta kumpulan-kumpulan
ajaran sesat yang lain seperti ajaran Ayah Pin, al-Arqam, fahaman akidah mujassimah,
golongan anti hadis dan sebagainya. Di dalam al-quran ada dinyatakan segala rancangan
jahat orang-orang kafir dan munafik serta bentuk-bentuk akidah yang cuba menyerang dan
menyerap masuk untuk merosakkan iman orang Islam dan umatnya. Contohnya tentang
golongan orang yang munafik sebagaimana firman Allah S.W.T:

َّْ‫ِين َّ هءا همنُوا‬


َّ‫ٱّللهَّ هَّوٱلذ ه‬
َّ َّ ‫ون‬ ُ ‫ َّيُ َٰ هخ ِد‬٨َّ ‫ٱّللِ َّ هوبَِّ ۡٱل هي ۡو َِّم َّ ۡٱۡل ٓ ِخ َِّر َّ هو هماَّ ُهمَّبِ ُم ۡؤ ِمنِينه‬
َّ‫ع ه‬ َّ َِّ‫اس َّ همنَّيهقُو ُل َّ هءا همناَّب‬
َّ ِ ‫ن َّٱلن‬
َّ‫هو ِم ه‬
َّ َّ٩َّ ‫َّو هماَّيه ۡشعُ ُرونه‬ ‫َلَّأهنفُ ه‬
‫س ُه ۡم ه‬ ٓ ‫هو هماَّيه ۡخدهعُونه َّ ِإ‬
Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari
akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah
dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang
mereka tidak menyedarinya. (Surah al-Baqarah, ayat 8 dan 9)
Mereka ini wujud sejak zaman Rasulullah lagi, mereka pandai berpura-pura apabila
berhadapan dengan Rasulullah mereka berpura-pura baik, sedangkan di belakang mereka
adalah tali barut golongan kafir. Selain itu, ajaran sesat juga wujud di Malaysia mereka lahir
dari golongan munafiq ini. Mereka berselindung di sebalik agama Islam padahal mereka
menyebarkan ajaran mereka yang sesat. JAKIM mendefinisikan ajaran sesat sebagai
sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang
mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada
ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan
dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta bertentangan dengan
ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Dr. Aminuddin Basir @ Ahmad, Pensyarah Jabatan
Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS), ajaran sesat ialah segala ajaran yang bertentangan dengan al-Quran, as-Sunnah dan
ijma’ ulama yang terkeluar. Manakala Tafsir Pimpinan ar-Rahman, halaman 4 mentakrifkan
orang yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk
mempelajarinya atau mempelajari sesuatu dengan tidak menurut jalan yang betul.

Antara penyebab lain yang menjadi kerosakan iman di Malaysia ialah amalan Pluralisme
dalam agama walaupun amalan ini tidak serancak yang berlaku di Indonesia. Amalan ini lebih
menjurus kepada “kesamaan” atau “kesetaraan” (equality) dalam segala hal, termasuk
“beragama”. Setiap pemeluk agama harus memandang sama pada semua agama dan
pemeluknya. Oleh kerana pemikiran sebegini pada akhirnya akan menyebabkan kedayusan
terhadap agama Islam. Maksudnya orang yang bergelar Muslim tetapi membiarkan Islam
dirobek, dicaci, dihina, bahkan mengatakan Islam tidak perlu lagi digunakan dengan caranya
yang ada sekarang. Bahkan sampai ke tahap mereka memuja-muja bahwa ada lagi sistem,
ideologi yang lebih baik daripada sistem Islam, pandangan Islam, solusi yang dibawa oleh
Islam. Mereka berasa selesa menjadi boneka kepada musuh-musuh Islam akibat terlalu
lemahnya jiwa mereka, tiada maruah serta kezaman dan rendah cita-cita. Tiada istilah yang
lebih tepat untuk mengumpamakan diri mereka ini selain perkataan dayus.Tersangatlah
bahaya golongan-golongan yang dayus agama ini. Maka, sebaiknya kita mesti lebih berhati-
hati dan berdoa supaya kita juga tidak terjebak dan tidak menjadi sebahagian daripada
mereka. Saya berdoa kepada Allah supaya mereka yang terjebak ke dalam penyakit ini supaya
mereka bertaubat serta kembali kepada agama Allah S.W.T yang syumul. Samada ada
mereka jahil atau buat-buat jahil, hakikatnya Islam adalah sebuah agama yang sangat hebat,
dalamnya terdapat segala peraturan dan penyelesaian secara pasti dapat memandu
kehidupan manusia supaya selamat di dunia dan akhirat. Tiada agama yang hebat sehebat
Islam. Tiada penyelesaian yang lebih bagus selain penyelesaian Islam. Tiada agama yang
lebih tinggi dan mulia daripada Islam. Bersabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis hasan
daripada Saidina Umar RA:

‫اَلسالمَّيعلوَّوَلَّيعلىَّعليه‬
Islam itu tinggi, tiada yang mampu menandinginnya.
Allah S.W.T. berfirman:

َّ َّ٨٥َّ‫ين‬ ِ ‫ٱۡل ۡس َٰله َِّمَّد ِٗيناَّفهلهنَّي ُۡق هب هل‬


َّ‫َّم ۡنه هَُّو ُه هوَّفِيَّ ۡٱۡل ٓ ِخ هرةََِّّ ِمنه َّ ۡٱل َٰ هخس ِِر ه‬ ِ ۡ َّ‫هو همنَّ هي ۡبت ه ِغَّغ ۡهي هر‬
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya
dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi (Surah Ali Imran, Ayat 85)
Allah juga berfirman tentang tingginya martabat orang yang beriman:

َّۡ ‫َّوأهنت ُ ُمَّ ۡٱۡل ه‬


َّ‫عله ۡو ه‬
َّ َّ١٣٩َّ ‫نَّ ِإنَّ ُكنتُمَّ ُّم ۡؤ ِمنِينه‬ ‫َّو هَلَّت ه ۡحزه نُواْ ه‬
‫َلَّته ِهنُواْ ه‬
َّ ‫هو ه‬
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam)
dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah
orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu
orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Ali Imran, Ayat 139)

Dalam ayat di atas maka jelaslah bahawa hanya keimanan yang mengangkat martabat
seseorang manusia. Jika tiada Iman dan Islam, hinalah manusia tersebut dan jatuhlah
martabatnya. Marilah sama-sama kita mempertahankan agama kita dan mengangkat agama
kita ke tahap yang lebih tinggi. Kitalah pembantu dan pemenang agama Allah.

Selain itu amalan yang menyebabkan kerosakan iman dikalangan rakyat Malaysia ialah sering
menukar fitrah yang Allah jadikan sebagaimana kaum Nabi Luth. Firman Allah S.W.T:

َّ َّ٨١َّ ‫مَّ ُّم ۡس ِرفُونه‬ٞ ‫سا ٓ ُۚ َِّءَّ هب ۡلَّأهنت ُ ۡمَّ هق ۡو‬ ۡ


‫ُونَّٱلنِ ه‬ ِ ‫لَّشههۡ هو ٗة‬
ِ ‫َّمنَّد‬ ِ َّ ‫ِإن ُك َّۡمَّلهتهأتُونه‬
َّ‫ٱلر هجا ه‬
Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan
pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-
orang yang (mendakwa) mensucikan diri.(Surah Al-‘Araf, Ayat 81)

Antaranya adalah golongan Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT). Masalah kekeliruan
gender semakin mendapat perhatian ramai masyarakat di Malaysia ketika ini. Jika di luar
negara, isu ini sudah menjadi kebiasaan dan golongan ini telah diangkat ke tahap yang perlu
dihormati sehingga perkahwinan sesama jenis adalah “dihalalkan‟ di sana. Lihat sahaja role
model mereka iaitu artis barat yang banyak mengalami kekeliruan gender ini. Berbeza dengan
masyarakat di Malaysia, kerana di sini kita masih mempunyai agama dan adat resam yang
perlu dipatuhi oleh setiap kaum di Malaysia. Di Malaysia juga, golongan ini diselar, dipandang
serong dan mendapat tentangan sepenuhnya oleh masyarakat sehingga pihak atasan seperti
Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi golongan ini dengan “kurang ajarnya‟ tidak mempedulikan
dengan sebarang fatwa dan teguran yang telah dikeluarkan, malah mereka berani menentang
dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang “bodoh‟ tanpa rasa segan dan bersalah.
Mereka lebih suka hidup dalam kesesatan berterusan tanpa mahu mengadakan sebarang
perubahan dalam hidup mereka. Apakah motif mereka jadi begitu? Mungkin mereka ingin
mendapat perhatian orang ramai dengan sikap mereka yang menjengkelkan atau mungkin
juga mereka ingin memperlihatkan diri mereka lebih hebat berbanding dengan orang lain
kerana mereka “berbeza‟ dari orang sekeliling mereka. Pelbagai gelaran diberikan kepada
golongan manusia yang mempunyai kekeliruan gender ini dan golongan seperti ini dinamakan
Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT). Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta
dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia
sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota masyarakat, malah menjadi punca kepada
konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat yang
secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka sebagai pengamal kepada
aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT.
Dalam menangani gejala ini yang sudah pasti wujud di kalangan masyarakat ini, kita
hendaklah bersatu padu menyedarkan mereka dengan mengadakan kempen dan ceramah
motivasi kepada mereka serta mengingatkan mereka tentang azab Allah yang telah
ditimpakan terhadap kaum Nabi Luth A.S.
Kesimpulannya, untuk mencapai kemanisan dalam beriman, kita seharusnya dan wajib
bermujahadah untuk sentiasa membasahkan lidah kita dengan zikir, bangun malam
bertahajjud, dan berdoa kepada Allah supaya dipelihara iman kita. Kita mesti berilmu dan
tambah ilmu sentiasa dalam akidah dan menjadi ahli tarikat dan hakikat. Firman Allah S.W.T:

َّٓ‫يَّمنَّت ه ۡح ِت ههاَّ ۡٱۡل ه ۡن َٰ هه َُّرَّ َٰ هخ ِلدِينهَّفِي ههآَّأ ه هبدٗ َۖاَّل ُه ۡمَّفِي هها‬ ٖ ‫سنُ ۡد ِخلُ ُه ۡمَّ هج َٰن‬
ِ ‫تَّته ۡج ِر‬ َٰ َّْ‫ع ِملُوا‬
َِّ ‫ٱلص ِل َٰ هح‬
‫تَّ ه‬ ‫ِينَّ هءا همنُواْ ه‬
‫َّو ه‬ َّ‫هوٱلذ ه‬
‫َّظ ٗالَّ ه‬
ً ‫ظ ِل‬ ِ ‫َّونُ ۡد ِخلُ ُه ۡم‬ َۖ ‫جَّ ُّم ه‬ٞ ‫أ ه ۡز َٰو‬
َّ َّ٥٧َّ‫يال‬ ‫ة ه‬ٞ ‫طه هر‬ ‫ه‬
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-
lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,
serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. (Surah An-Nisa’,
Ayat 57)

Biodata:
Nama: Ustaz Rosli Bin Lateh @ Abd Latif

Alamat: Pondok An-Najmiah Kampung Tebing, Pengkalan Kubor

Umur: 38 tahun

Sejarah pendidikan: 1992-1995 belajar di Pondok Pasir Tumboh

1995-sekarang Pondok An-Najmiah

Pekerjaan sekarang: Mengajar di surau dan masjid

RUJUKAN

1) Pengenalan Islam Kemusykilan dan Penjelasan,Hj.Ishak Hj.Din dan Haron Din,


Pustaka Al-Mizan, 1989.
2) Kitab Tauhid (Soal Jawab Tentang Keimanan),DR.Abdul Majid Aziz Al-Zindani, Jilid 2,
Pustaka Al-Mizan, 1990.
3) http://gadisgombak.blogspot.my/2012/04/lgbt-di-malaysia.html, K.I.T.A, 2012.
4) https://www.malaysiakini.com/news/180608, Memahami sejarah di sebalik hak asasi
LGBT, 2011.
5) http://hidayah-islam.blogspot.my/2008/05/penyelewengan-aqidah-isu-masalah-
dan.html, HIDAYAH ISLAM, 2008.
6) http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_dua.htm, Ust Rasul Dahri.

َّ‫َّالدكتورَّالسيدَّمحمدَّحيدرَّالسيد‬،‫( البينةَّالواضحةَّفيَّمحاضراتَّالسنةَّوالبدعةَّوالخرافة‬١
،‫عبدَّالرحمنَّآلَّيحيى‬
Darul syakir enterprise, 2013

َّ ‫)َّالقرآنَّالكريم‬٢

Anda mungkin juga menyukai