Anda di halaman 1dari 1

Dzasimah Bt.

Haji Mohd Ayub,

Blok Q5-1, University Apartment 1,

Jln Sulaman,

88450 Kota Kinabalu

_____________________________________________________________________

Melalui : Guru Besar SK. Tanjung Aru 2.

Guru Kelas 5 Juara,

SK Tanjung Aru 2,

9 JULAI 2017

Tuan/Puan,

PERKARA: PERMOHONAN PINDAH SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu kepada Muhammad Zulfikar Zulza bin Julkiah
memohon untuk memindahkan persekolahan anak saya ke SK Gudon,Menggatal.

2. Tujuan perpindahan ini adalah kerana saya tidak boleh menghantarnya seperti biasa
disebabkan masalah kesihatan yang menyukarkan saya mengurus anak-anak apatah lagi
pekerjaan memandangkan saya sedang cuti sakit selepas pembedahan tumor di kepala.
Pembedahan ini telah menjejaskan daya penglihatan saya dan dinasihatkan oleh doktor
agar tidak memandu kereta.

3. Sekiranya anak saya dapat berpindah ke sekolah yang hampir dengan tempat tinggal
akan memudahkan saya menghantar anak ke sekolah dengan menyewa bas sekolah.

4. Semoga permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
tuan.

Sekian untuk makluman dan pertimbangan pihak tuan.

Sekian .Terima Kasih

Yang Benar,

(DZASIMAH BT MD AYUB)

Anda mungkin juga menyukai