Anda di halaman 1dari 18
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. JARAK JAUH JUT 101/2 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TISA) NOTA BACAAN TAMBAHAN SHAIKH ABDULLAH HASSAN MYDIN Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun Islam dan Tamadun Asia 43° WILAYAH 4.3.1 Kedudukan Geografi Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Ia terbahagi kepada dua wilayah utama iaitu India Utara dan India Selatan oleh pergunungan Vindhya. India Utara terbentang sehingga kekawasan Himalaya manakala India Selatan terbentang ke Kannyakumari. Di sebelah Barat pula ia disempadani oleh tamadun Parsi manakala di sebelah timur pula ialah tamadun Cina. : 4.3.2 Masyarakat Indo-Arya Masyarakat Indo-Arya berbahasa Sanskrit iaitu bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, ‘Sama dan Atharva menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat- empat Veda atau kitab ini mencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya. 4.3.3. Masyarakat Dravida Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisanavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam. 4.4. MASYARAKAT DAN BUDAYA 4.4.1 Sistem Keluarga Susun lapis masyarakat India mengikut Veda diistilahkan sebagai Ashrama dharma. Yanya adalah empat peringkat kehidupan - Brahmacarya (dari kecil sehingga usia 24 tahun), Grahasta, (kehidupan berkeluarga) Vanaprasta (kerohanian), Sannyasa (menolak kehidupan duniawi). Dalam strukturkeluarga masyarakat India kaum wanita mempunyai kebebasan terhad. Pada usia muda mereka berada di bawah jagaan ibu bapa dan apabila sudah berkahwin mereka berada dalam lingkungan keluarga dan suami. Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun India 4.4.2 Sistem Kasta i Tamerupakan satu amalan yang unik dalam tamadun India yang ‘menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat (stratifikasi sosial) yang mempunyai peranan masing-masing. ii Empat kasta yang utama ialah Brahmin (golongan pendidik), Ksatriya (golongan pemerintah), Vaisya (golongan peniaga) dan Suda (golongan pekerja). 4.4.3 Bahasa dan Kesusasteraan ~ i Kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit dan tafsiran-tafsiran falsafah juga ditulis dalam bahasa Sanskrit. Antara kesusasteraan Sanskrit yang memiliki ajaran ini ialah karya epik Mahabharata dan Ramayana. Bahasa Sanskrit adalah asas kepada bahasa Hindi masyarakat India moden. Jadual 4.1 Kitab-kitab Veda Kitab-kitab Veda___‘Tempoh Kandungan Rig 1500 S.M ‘Mazmur dan pujian kepada Dewa-Dewi Yajur 1500-1000 S.M. Mazmuryang, digunakan dalam. upacara Sama 1500-1000 S.M. Antologi mazmur Rig Veda bersama muzik Atharva 1200 S.M. Koleksi mazmur untuk menjauhkan diri daripada penyakit, kematian, sihir, dsb. i, Bahasa Dravida merangkumi beberapa bahasa yang penting di bahagian Selatan India. Bahasa-bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada dianggap penting. Bahasa-bahasa ini dituturkan seperti berikut: Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia Jadual 4.2 Rumpun Bahasa di Selatan India Bahasa Wilayah Tamil Tamil Nadu Telugu Andhra Pradesh Malayalam Kerala Kannada Karnataka ii Epik Ramayana ditulis oleh Valmiki merupakan sebuah kitab ) Yang memiliki unsur-unsur moral yang menekankan kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan. Dalam apa jua keadaan pun, seseorang itu harus menjalani kehidupan dengan mendukung nilai- nilai mumi. . Epik Mahabharata dibasilkan oleh pujangga Vyasa yang merupakan karya puisi yang terpanjang di dunia. Epik ini mengajar ‘manusia supaya berpegang pada janji dan menjauhi sifatdan amalan negatif: ¥ Bhagavadgita merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata yang mengandungi ajaran agama dalam bentuk falsafah, Antara perkara penting yang ditekankan ialah: a menjalankan tanggungjawab tanpa mengharapkan sebarang balasan; b. menyerah diri kepada Tuhan; ©. mendisiplinkan rohani dan jasmani; dan d._- mengawal hawa nafsu, kemarahan, haloba, dengki dan sebagainya. Kesusasteraan Sangam mengandungi dua koleksi iaitu Kttutokai dan Pattupatty. Ettutokai merujuk kepada antologi lapan buah teks yang temanya terdiri daripada akam (dalaman/batin), puram Cluaran/zahir). Begitu juga Pattupattu atau koleksi nyanyian, Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, ‘Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun India vii Tirukkural yang dikarang oleh pujangga Tiruvalluvar merupakan sastera klasik yang penting dan tertua dalam Kesusasteraan Tamil. Isi kandungan serta pemikirannya setanding dengan karya-karya agung lain di dunia. Ia juga adalah kitab pegangan hidup masyarakat Tamil. Raja-raja Tamil Nadu menganggap Tirukkural sebagai sumber inspirasi dalam menjalankan pemerintahan secara adil dan bijaksana, Ringkasnya Tirukkural melambangkan nilai kemanusiaan yang membicarakan pelbagai persoalan tentang sikap manusia terhadap dirinya dan alam. 4.5 | PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA 4.5.1 Pandangan Semesta Pandangan semesta tamadun India secara amnya bergantung pada falsafah dan pegangan agama masyarakat di India. Hinduisme merangkumi idea- idea agama, falsafah dan budaya. la juga mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiran semula, Tuhan yang mutlak, peraturan sebab dan akibat, mengagungkan keadilan dan keinginan unuk melepaskan diri dari kelahiran dan kematian yang semuanya berasal dari India. Ada juga pendapat bahawa agama itu adalah amalan hidup. 4.6 KEPELBAGAIANAGAMA TAMADUN INDIA ‘Terdapat pelbagai kepercayaan dan agama dalam tamadun India. Antara -yang terbesar ialah agama Hindu, agama Buddha, agama Islam dan agama Sikh, Selain itu terdapat juga agama lain seperti agama Jaina, Bahai dan Zoroaster. 4.6.1 AgamaHindu i, Agama Hindu merupakan satu cara hidup yang sering disebut dengan istilah Sanatana dharma bermaksud agama yang kekal abadi, Pengasas dan tarikh bermulanya agama ini tidak diketahui. Terdapat enam mazhab dalam agama Hindu seperti berikut bergantung pada dewa atau dewi yang disembah. Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia Jadual 4.3 Mazhab Agama Hindu Dewa Dewi Mazhab Shiva Saivisme Vishnu Vaisnavisme Sakthi Saktha Muruga Kaumaram Ganesha Ganapatiyam Surya + Sauram Dalam agama Hindu terdapat lima prinsip utama iaitu: a. Kewujudan Tuhan yang tunggal b. — Manusia itusuci c Perpaduan melalui percintaan 4. Harmoni agama . _ Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan ‘mantera yang suci Sepuluh disiplin yang bersifat sejagat ialah kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya), penjimatan (tapas) dan doa (pooja). 4.6.2 Agama Buddha Agama Buddha diasaskan oleh Siddhartha Gautama (563-483 S.M.), putera Raja Suddhodana Gautama, daripada suku bangsa Shakya di India. Semasa berummur 29 tahun, Siddhartha Gautama menerima kesedaran setelah bertapa buat sekian lama di bawah pokok bodhidan kemudiannya dikenali sebagai Buddha. Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit “buch” bermakna “yang mendapat kesedaran”. Ajaran Buddba mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) yang menerangkan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia untuk mengatasi samsara (sengsara) kitaran kelahiran semula. Seseorang harus menghindari karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat. ‘Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun India 4.6.3 Empat Kebenaran Mulia Penderitaan itu universal (dukkha) ‘Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya) Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha) iv. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirodha marga) Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda, empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu: i kecuaian (avidya) kecenderungan (samskara) kesedaran tentang kuasa karma (vijnana) nama dan bentuk (nama rupa) Jima organ deria dan minda (sadayatana) hubungan antara deria dengan objek (sparsa) sensasi (vedana) i, nafiu (ersna) bergantung pada pewujudan (upadana) bertekad untuk lahir (bhava) xi _kelahiran (jati) xi, _usia tua dan kematian (jara marana) MR S888 2 BRE 4.6.4 Lapan Jalan Mulia Pandangan yang betul (kefahaman) Aspirasi yang betul (cita-cita) Pertuturan yang betul (komunikasi) Kelakuan yang betul (aksi) Kehidupan yang betul (sara hidup) Usaha yang betul (daya usaha) Minda yang betul (mental) Konsentrasi yang betul (meditasi) Base eee Lapan Jalan Mulia tersebut adalah untuk mencapai nirvana. Pandangan yang betul tentang amalan dan perbuatan yang membawa kebaikan harus diketahui. Niat yang betul perlu berkisar pada sifat tidak gelojoh, tidak membenci, dan sebagainya, Pertuturan hendaklah benar Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan jangan sekali-kali membohongi orang ataupun memfitnahkan orang lain. Perbuatan keji seperti menipu, minum arak, membunub, mencuri dan berzina adalah dilarang. Salah satu cara menghindari perbuatan tersebut ialah melalui meditasi yang betul. 4.6.5 Mazhab Hinayana dan Mahayana ‘Semasa pemerintahan Raja Asoka, ajaran Buddha berkembang maju dan tersebar luas. Dalam peredaran masa interpretasi Buddha dan kehendak semasa oleh pengikutnya telah membawa kepada dua mazhab utama— Hinayana dan Mahayana. Kumpulan Hinayana disebut Theravada (Thera-orang terdahulu: vada-doktrin), la menegaskan kehidupan ascetic. Mazhab Hinayana tersebar di kawasan selatan seperti India Selatan, S Lanka, Myanmar, Negeri Thai dan Asia Tenggara. Pendukung mazhab ‘Mahayana mengakui bahawa pembebasan hanya dapat dicapai melalui Bodhisattva atau guru sebagai orang perantaraan. Mazhab ini pula tersebar ke Tibet, Mongolia, Korea, China dan Jepun. 4.6.6 Agama Sikh Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) dan diteruskan oleh sembilan orang Guru Sikh seperti yang termaktub dalam kitab suci Guru Granth Sahib menjadi panduan hidup selama-lamanya, ‘Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat. Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Penganut Sikh menyebut nama ‘Tuan dengan perkataan Waheguru bermakna “Tuban yang menakjubkan”. Gobind Singh (1675-1708) merupakan Guru terakhir dalam sejarah Sikh. Beliau memperkenalkan persaudaraan Khalsa bertujuan memperkasa identiti Silk dengan memakai lima simbol utama yang dikenali sebagai 5K, iaitu kesh (rambut panjang); kangha (sikat), kara (gelang, besi), kirpan (pedang kecil) dan kachera (seluar jerut). Penganut Sikh Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, ‘Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun India dikehendaki menghormati simbol 5K demi kesejahteraan hidup dan. penerimaan agama Sikh. 4.7 PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN INDIA Islam memainkan peranan besar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun India sejak abad ke-7M lagi. Kesan peranan tersebut meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat India termasuk kerohanian dan kebendaan. Antara sumbangan tersebut jalah menyatukan pemerintahan di bawab satu kuasa yang berpusat di Delhi (kesultanan Delhi - abad ke- 12M), melahirkan bahasa baharu (bahasa Urdu), seni bina (contoh - Taj ‘Mahal, Kota Agra, Qutb-Minar), mewujudkan pusat-pusat pengajian yang penting dan terkenal sehingga kini. Islam juga memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan memartabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati. 48 PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG Kesenian, Sains dan Teknologi Seni Halus i Tiga aspek yang terkandung dalam seni halus ialah tarian, muzik dan drama. Sebuah karya yang dinamakan Natya Sastra yang dihasilkan oleh Bharata menerangkan semua jenis seni halus ini. Tarian klasik misalnya, Bharata Natyam dan Kathak dipersembahkan serentak dengan muzik dan drama. Kedua-dua jenis tarian ini mempunyai persamaan dengan muzik di utara India dan Karnatka. Tadiadakan oleh masyarakat India bukan sekadar hiburan tetapi juga mengandungi unsur-unsur keagamaan. Siva, Krishna dan Ganesha dikaitkan dengan tarian. Satu imej Tuhan Siva membayangkan tarian yang dikenali sebagai Tarian Kosmik. Perkara-perkara yang penting dalam tarian ialah muzik, pakaian, gerakan, ekspresi dan emosi. Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun Cina Peta 5.1: Peta China Sumber: Adaptasi daripada Geology.com pula merangkumi lima nilai utara iaitu Ren (kemanusian), ¥i (kesaksamaan/ keadilan), Li (tatasusila/kesopanan), Zhi (kebijaksanaan/hikmah), Xin (amanah/kepercayaan). Konsep Xiao (berbakti) merupakan asas pada sistem kekeluargaan dan konsep Zhong (taat) merupakan asas pada sistem kenegaraan. Sebagaimana dalam masyarakat kuno, peranan keluarga amat penting maka sistem Zong Fa menekankan susur galur warisan nenek moyang dalam perbubungan antara manusia dengan manusia. ‘Masyarakat Cina kuno merupakan masyarakat pertanian, Oleh sebab itu hubungan fahaman Konfusianisme sangatlah tebal sehingga menentukan segala aspek dalam kehidupan, etika, budaya, politik, masyarakat dan kenegaraan, Budaya Konfusianisme merupakan akar umbi dalam masyarakat Cina tradisi dan. an juga berperanan mengealkan warisan tamadun Cina kuno. Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun Islam dan Tamadun Asia 5.4.1 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina Babasa pertuturan Cina adalah pelbagai berdasarkan kepelbagaian bangsa. Pada zaman dinasti Han, bahasa pertuturan dan sistem tulisan Cina diseragamkan yang dikenali sebagai Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan). Manakala Mandarin adalah istilah yang digunakan oleh kuasa-kuasa asing kepada bahasa Cina (Hanyu). Pada masa kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying iaitu sebutan berdasarkan ejaan yang dirumikan. Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan kombinasi tiga unsur utama iaitu makna, bunyi dan bentuk. Tulisan Cina merupakan tulisan bergambar yang berlandaskan pada tiga unsur ini. Walaupun terdapat banyak dialek di negara China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, orang Cina hanya mempunyai satu sistem tulisan tunggal. Tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia terutama di Asia Timur seperti Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri, namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka. 5.4.2. Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina 5.4.2.1 Konsep Tian Pada zaman dinasti Zhou konsep ini merujuk kepada empat fahaman utama iaitu: i Tian merupakan sumber kewujudan kepada seluruh makhluk didunia i, Tianadalah yang maha agung mengatasi segala sesuatu ii, | Tianadalah kuasa penentunasib sesebuah dinasti iv Tianadalah kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan 5.4.2.2 Konsep Dao Konsep Dao dalam kitab Daode Jing ini merujuk kepada empat perkara utama iaitu: 108 Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun Cina Konsep dao secara harfiah bermaksud jalan (the way). Dao adalah konsep semula jadi (narureAabii). ii, Daoadalah prinsip agung yang mutlak, asal-usul semua makhtuk (wanwu). iv. Dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. nr 5.4.2.3 Konsep Taiji, Yin Yang dan Waxing Di samping konsep dao, Kitab Yijing (The Books of Changes) menghuraikan konsep ‘aij untuk merujuk kepada satu hakikat yang mutlak (ultimate reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri taiji. Teori yin yang merupakan percanggahan dan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif. Fasa pertukaran bergilir-gilir kuasa dwikutub Peta 5.2: Lembah Sungai Huanghe dan Sungai Yangzi Sumber: Adaptasi daripada Encyclopedia Britannica Tie Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini dengan lima elemen (wuxing) iaitu logam, kayu, air, api dan tanah menjadikan segala sesuatu. Waxing ini saling mempengaruhi antara satu sama lain, Manifestasi kuasa yin yang serta lima elemen tersebut adalah proses putaran yang silih berganti tanpa pengakhirannya. Perubahan yang, berterusan ini difbaratkan sebagai pergerakan dao. 5.4.2.4 Kesepaduan Tian dengan Insan Kesepaduan antara tian dengan insan pula bermaksud bahawa insanadalah sebahagian daripada tian. Disebabkan hubungan antara insan dan tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh insan akan mengakibatkan bencana alam sebagai tanda kemarahan tian dan amaran kepada insan. 5.4.2.5 Prinsip Zhongyong ‘Zhongyong (kesederhanaan) adalah sifat mulia yang tidak melampaui batas sama ada yang terlebih atau terkurang. 5.5 KEPELBAGAIANFALSAFAH DANAGAMA, TAMADUN CINA 5.5.1 Konfusianisme Konfusianisme diasaskan oleh Konfusius (551 SM-479 SM) merangkumi aspek-aspek falsafah, pendidikan dan sosial politik yang terkandung dalam Kitab Lun Yu (Analects). Ajaran utama Konfusius menekankan amalan nilai dan sifat yang mulia, iaitu kemanusiaan (ren), kesusilaan (Jf) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Nilai-nilai mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersifat mulia (junzi), 5.5.2. Buddhisme Cina Buddhisme adalah salah satu kepercayaan yang diamalkan oleh orang Cina yang banyak mempengaruhi budaya dan pandangan semesta masyarakat Cina. Ajaran Buddha mula tersebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Ajaran ini telah mengalami proses oe Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun Cina pengubahsuaian schingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan akhimya dikenali sebagai Buddhisme Cina. 5.5.3 Daoisme Daisme diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Laozi (604 ‘SM) dan Zhuangzi (369 SM-2865 SM). Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pemikiran falsafah dao (daojia) dan aliran keagamaan dao (daojiao) yang terkandung dalam kitab Daode Jing. 5.5.4 Moisme Moisme diasaskan oleh Mo Zi (479 SM-381 SM). Konsep-konsep pentingnya termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian‘ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan tidak menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Secara umumnya konsep-konsep dalam ajaran Moisme bertentangan dengan konsep-konsep dalam ajaran Konfusianisme. 5.5.5 Aliran Fa (Legalisme) Aliran Fa terangkum dengan tiga cabang iaitu Fa (undang-undang), Shi (autoriti) dan Shu (kaedah). [a dirumuskan oleh abli falsafah Cina, Han Feizi dan dilaksanakan semasa pemerintahan dinasti Qin oleh Qin Huangdi. Aliran fa mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemetintah ke atas rakyatnya. 5.5.6 Islam Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua jalan iaitu jalan darat dan jalan laut seawal abad ke-7M. Pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou. Sementara yang menggunakan Jalan ‘Sutera melalui kawasan Parsi dan A fghanistan telah membentuk masyarakat Islam Cina di Xian. Kemuneak kegemilangan Islam di China adalah pada zaman dinasti ‘Yuan (1271-1368M). Pada zaman inilah tokob-tokoh Islam telah iho Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan ketamadunan Cina seperti astronomi, takwim Islam, perubatan, sains dan teknologi. ‘Sementara pada zaman dinasti Ming (1368-1644M) berlaku beberapa peristiwa penting seperti sumbangan abli pelayaran Cina muslim iaitu Zhenghe yang telah berjaya mengelilingi dunia termasuk kedatangannya ke Alam Melayu. 5.6 INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum Dinasti Qin (221SM-207SM). Pemikiran politik Cina banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah Konfusianisme, Daoisme, aliran Fa dan Moisme. Aliran-aliran falsafah ini masih berpengaruh sehingga kini. Pada umumnya sistem politik dan pemerintahan di China adalah berteraskan dinasti yang bersifat feudal. Sesebuah dinasti akan berpegang pada satu ajaran falsafah lazimnya berbeza dengan falsafah dinasti yang lain i ‘Konfuusianisme menekankan pemerintahan berdasarkan akhlak i, Moisme menckankan pemerintahan berdasarkan kebajikan ii, Aliran Fa menekankan pemerintahan berdasarkan perundangan iz Daoisme menekankan pemerintahan berdasarkan tabii (wuwel) 5.7 SISTEM KELUARGA DALAM MASYARAKAT CINA Sistem kekeluargaan masyarakat Cina memusatkan kuasa kaum lelaki (patriachy) dan nasab kaum lelaki (patrilineal) yang mengutamakan waris Ielaki sebelah bapa dan pemerintah, 5.8 PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG 5.8.1 Kesusasteraan Cina Antara sumbangan besar tamadun Cina adalah dalam bidang kesusasteraan. Penyatuan bahasa Cina memberi sumbangan terhadap kesusasteraan Cina. Shi jing merupakan antologi puisi di utara yang terawal., (Chu cimerupakan antologi puisi yang terawal di sebelah selatan. Zaman ia Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) Tamadun Cina dinasti Tang menyaksikan kegemilangan puisi. Dinasti Song merupakan zaman kegemilangan ci (prosa puisi). Prosa dikenali juga sebagai guwen. Drama Cina dikenali sebagai zaju dan chuangi. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika dengan menonjolkan perbuatan-perbuatan baik dan memberi amaran dengan perbuatan jabat. Sesebuah drama Cina akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman. 5.9 | PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG 5.9.1. Kesusasteraan, Kesenian, Sains dan Teknologi Cina 5.9.1.1 Kesusasteraan Puisi: Shi Jing (sastera realisme di utara) dan Chuci (sastera romantik di selatan) Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan peradaban di utara ‘Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban diselatan Dinasti Tang merupakan zaman keemasan puisi Dinasti Song merupakan zaman keemasan lirik (Ci) Prosa: Fu merupakan bentuk prosa bernada dinasti Han Drama: Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh utama adalah seperti Guan Hanging dan Wang Shifu Chuan Qu dan Kun Qu merupakan bentuk drama yang lain Fiksyen: Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen . Sanguo Yanyi (Roman Tiga Negara) : Honglou Meng (Mimpi Loteng Merah) : Shuihu Zhuan (Kisah Pinggir Air) * Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat) . Jin Ping Mei (Pasu Plum Emas) iss Baca bahan rujukan ini sebagai rujukan tambahan sahaja untuk tamadun Cina dan India Dipetik daripada : Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Osman Baker, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009) ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia 5. .2 Kesenian Muzik Klasik Muzik memainkan peranan penting dalam tamadun Cina. Muzik Cina mempunyai ciri-ciri tersendiri dan dimainkan dalam pelbagai keraian antaranya upacara istana, perayaan rakyat dan upacara keagamaan. Kaligrafi Selain daripada nilai seninya, kaligrafi memainkan peranan penting dalam tamadun Cina kerana ia melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama ada maharaja mahupun sarjana. Seni Lukis Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan puisi dan kaligrafi. Setiap lukisan bersifat simbolik dan mementingkan lukisan landskap untuk menggambarkan hubungan manusia dengan alam semula jadi. Ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik untuk membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Seni Bina Selain daripada penggunaan bahan-bahan mesra alam setiap bangunan yang dibina mengambil kira kedudukan dan susun atur yang terbaik menurut kuasa-kuasa alam (fengshui). $.9.1,3 Sains dan Teknologi Bidang sains dan teknologi dalam tamadun Cina menekankan dua aspek iaitu fungsi dan kepentingannya secara menyeluruh. Ia merangkumibidan, bidang pertanian, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi, geolo; fizik, kimia, biologi, seni bina, tenunan, perlombongan emas dan pelayaran. Sebagai contoh dalam perubatan terdapat ilmu perubatan tradisi Cina dan farmakologi. Antara sumbangan besar terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. ian

Anda mungkin juga menyukai