Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

Kontingen Olahraga Sekolah


Ke
Kejohanan Olahraga Zon Benut

1. PENDAHULUAN
Kejohanan Olahraga sekolah adalah satu aktiviti kokurikulum yang kerap diadakan di sekolah-sekolah di
seluruh Negara. Oleh yang demikian Unit Sukan SK Benut berusaha untuk membentuk Kontingen Olahraga
Sekolah bagi menghadapi persaingan Kejohanan Olahraga Zon Benut yang akan di adakan pada 23 dan 24
Februari 2005
Selaras dengan kejohanan olahraga tahunan yang turut diadakan dapatlah Unit Sukan sekolah memilih dan
menapis peserta yang berkebolehan dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan di peringkat zon Benut.
Diharapkan juga dengan adanya program yang dirancang khas ini dapat melahirkan murid-murid yang cergas,
cerdas dari segi mental dan fizikal, berkeyakinan diri, berketrampilan serta mempunyai semangat untuk berjaya
dalam Kejohanan Olahraga Zon Benut

2. TEMPOH PROGRAM
Program Kejohanan Olahraga ini dijalankan mulai dari latihan hingga hari kejohanan selama 1 minggu
iaitu pada 18 Februari hingga 24 Februari 2005.

2.1 Latihan Pusat - 18 hingga 22 Februari 2005


2.2 Kejohanan Olahraga Zon Benut - 23 dan 24 Februari 2005

3. MATLAMAT
3.1 Membentuk semangat juang yang tinggi di kalangan murid SK Benut
3.2 Melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas mental dan fizikal.
3.3 Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan diri yang tinggi dan mempunyai daya saing yang mantap.
3.4 Melahirkan murid-murid yang mempunyai daya kepimpinan yang baik
3.5 Melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap positif dalam segala bidang yang diceburi

4. OBJEKTIF
4.1 Membentuk semangat kesukanan dan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan
4.2 Melahirkan murid yang cerdas dan cergas mental dan fizikal
4.3 Memupuk sikap kepada persekitaran gaya hidup sihat untuk diri dan keluarga
4.4 Memupuk semangat kekitaan murid semasa mengambil bahagian dalam pertandingan sukan
4.5 Mempamerkan semangat kental dalam segala kegiatan yang disertai
4.6 Menanamkan sifat tabah dan menerima hakikat apabila berlaku sesuatu kekecewaan dalam sesuatu
pertandingan

5. SASARAN
Peserta-peserta Kejohanan Olahraga Zon Benut Lelaki dan perempuan dalam kategori bawah 12 tahun dan 10
tahun seramai 50 orang peserta. Peserta yang mendapat tempat pertama dan ke-dua dalam setiap acara.

6. PELAKSANAAN PROGRAM
6.1 Perlantikan guru-guru olahraga sekolah oleh pihak pentadbir
6.2 Membuat kertas kerja Pembentukan Kontingen Olahraga Sekolah
6.3 Mesyuarat jurulatih-jurulatih olahraga sekolah
6.4 Membuat manual latihan olahraga
6.5 Latihan pusat
6.6 Mendapatkan kebenaran penjaga peserta olahraga
6.7 Kejohanan Olahraga Zon Benut
7. JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA

Pengerusi : Pn.Hjh.Siti Rahmah Bt Buhairah

Naib Pengerusi 1 : En. Ab. Rahamn Bin Bavutty


Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Radiah Bt Marsam
Naib Pengerusi 3 : En. Baidari Bin Yaacob

Setiausaha Sukan : En. Taher Bin Salamat

Pen. Setiausaha Sukan : En. Haslizam Bin Misran

Jurulatih Olahraga Sekolah : En. Mohd Diah Bin Bohani


Tn. Hj.mohd Sufian Bin Bedu
En. Norizam Bin Rahmat
Pn. Senang Bt Abdullah
Pn..Zainora Bt. Abd Latif

8. JADUAL TUGASAN
Ketua Kontingen
En. Baidari Bin Yaacob
GPK Kokurikulum

Pengurus Pasukan
En. Taher Bin Salamat
S/U Sukan

Ketua Jurulatih
En. Haslizam Bin Misran
Pen. S/U sukan

Jurulatih Balingan
Tn. Hj.Mohammad Sufian Bin Bedu

Jurulatih Lompatan
En. Norizam Bin Rahmat

Jurulatih Balapan
En. Mohd Diah Bin Bohani
Pn. Senang Bt Abdullah
Pn.Zainora Bt Abd.Latif

Jurulatih lari berganti-ganti


En.Haslizam Bin Misran
En.Taher Bin Salamat
9. JADUAL LATIHAN

9.1 Latihan dijalankan bermula pada 18 Februari 2005 sehingga 22 Februari 2005, jam 8.00 pagi hingga
10.00 pagi
9.1 Manual latihan adalah seperti di bawah.

Model Latihan Model Latihan


Tarikh
Acara Balapan Acara Padang
Regangan / 120m x 4 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
18 Feb. 2005
Latihan teknik (untuk ketahanan) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 60m x 3 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
19 Feb.2005
Latihan teknik (untuk pecut) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 30m x 4 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
21 Feb. 2005
Latihan teknik (untuk pecut) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 30m x 3 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
22 Feb. 2005
Latihan teknik (untuk pecut) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )

10. SUMBER KEWANGAN


Peruntukan Wang Sekolah

11. KOS PERBELANJAAN


10.1 Minum Latihan Pusat 50 peserta X Rm 0.50 X 4 hari = RM 100.00
10.2 Kain dan nombor Peserta 4 meter X RM 5.00 = RM 20.00
10.3 Ubat-ubatan = RM 50.00
10.4 Makan peserta hari kejohanan 50 peserta X RM 2.50 X 2 hari = RM 250.00
11.5 Runcit = RM 50.00
JUMLAH = RM 470.00

12. KAWALAN DAN PENYELIAAN


Pentadbir dan semua jurulatih akan membantu mengawal murid dan sentiasa mengawasi pergerakan
setiap murid sepanjang kejohanan olahraga sekolah berlangsung. Murid-murid yang mengambil bahagian akan
diawasi oleh pengurus pasukan masing-masing dan pelajar yang tidak mengambil bahagian akan dikumpulkan
di khemah yang ditetapkan untuk SK Benut.

13. PENUTUP
Kejohanan Olahraga Zon Benut merupakan lanjutan daripada kejohanan olahraga sekolah dan ini
merupakan aktiviti sukan yang wajib dalam kegiatan kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Daerah Pontian dan
Zon Benut. Justeru itu program ini memerlukan sokongan dan bantuan serta memerlukan persiapan yang rapi
daripada semua pihak. Pentadbir, Unit Sukan dan jurulatih-jurulatih olahraga yang menjadi pembimbing adalah
terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mengetahui serba sedikit mengenai pengurusan sukan. Murid-
murid yang menyertai kejohanan ini juga haruslah sihat tubuh badan.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:

…………………………… ……………………………….
(HASLIZAM BIN MISRAN) GURU BESAR
Ketua Jurulatih Olahraga SK.Benut,Pontian
SK Benut

Anda mungkin juga menyukai