Anda di halaman 1dari 5

Isnin, 8 Februari 2010 13.

Keselamatan Murid Pergi dan Balik Sekolah

MATLAMAT Memastikan murid-murid selamat dalam perjalanan pergi dan balik


sekolah.

OBJEKTIF

(i)Menyediakan atau menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan


diri murid pergi dan balik sekolah.

(ii)Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi/balik


sekolah.

RASIONAL

Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian
atau pun tidak mementingkan aspek keselamatan.

PERANAN MURID

1.Pastikan kenderaanyang dinaiki selamat

2.Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai diri dalam perjalanan ke


sekolah.

3.Mengamalkan langkah-langkah keselamatan:

a. Berjalan dalam kumpulan

b.Ikut jalan yang selamat

c.Lengkapkan diri dengan kemahiran mempertahankan diri

d.Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali

PERANANAN IBU BAPA

1.Bergotong royong membersihkan kawasan semak-laluan murid

2.Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah

3.Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.

4.Kenderaan yang dibawa ke sekolah dalam keadaan baik.

5.Menasihatkan anak supaya jangan menumpang mereka yang tidak dikenali.

1.0 Pejalan Kaki Sebagai pejalan kaki murid-murid/pelajar-pelajar haruslah menjaga


keselamatan diri dengan mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila
menggunakan jalan raya seperti:
1.1 Melintas Jalan Perkara penting yang patut didkuti ketika melintas jalan:

a.Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas.

b.Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.

c.Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi.
Pastikan tiada kendaraan dan melintaslah apabila selamat.

d.Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar.

e.Ikut arahan trafik waden jika ada.

1.2 Tempat-tempat yang selamat untuk melintas Jalan raya.

a. Lintasan pejalan kaki

b. Laluan bawah

c. Jejantas

d. Dekat lampu isyarat

e. Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas

f. Di tempat – tempat yang terdapat angggota polis, waden trafik dan pengawal
lalulintas sekolah yang bertugas.

1.3 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki

a. Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikan


kenderaannya sebelum anda melintas.

b. Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan cermat bila melintas.

1.4 Cara melintas jalan di lampu isyarat

. a. Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berwarna hijau.

b. Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip ia bererti lampu akan
bertukar kepada merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika anda
sedang melintas percepatkan langkah anda.

1.5 Berjalan kaki

a. Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima jika ianya disediakan.

b. Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya dan
sentiasa memandang lalulintas yang dating dari arah hadapan.

c. Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali-kali berjalan


bergandingan kecuali memimpiun orang buta atau tua.
1.6 Berjalan kaki di waktu malam Pejalan kaki hendaklah memakai menggunakan
alat-alat berikut bagi membolehkan pemandu melihat anda.

a.Pakaian cerah atau bersinar.

b.Membawa suratkhabar atau benda-benda yang putih.

c.Memakai pemantul cahaya.

d.Menggunakan lampu picit.

1.7 Berjalan kaki di waktu hujan

a. Diutamakan memakai baju hujan.

b. Jika pakai payung, pegang paying dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan depan dan gunakan payung yang berwarna terang.

c. Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.

d. Berjalan tengok hadapan.

1.8 Perkara-perkara yang patut dielakkan

a. Menyeberang jalan di tempat-tempat yang bukan dikhaskan seperti melompat


atau memanjat pagar pembahagi jalan.

b. Bermain atau bergurau senda di jalan raya.

c. Menggunakan jalan sibuk.

d. Tidak mematuhi arahan lampu isyarat.

e. Menyeberang di celah-celah kenderaan.

2.0 Menunggang basikal / motosikal

a. Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya.

b. Ditegah menunggang basikal bergandingan dan mencelah-celah di antara


lalulintas.

c. Mengekori kenderaan pada jarak yang selamat.

d. Semasa menunggang hendaklah sentiasa memandang ke hadapan.

e. Awasilah semasa memotong kereta yang berhenti kerana mungkin ada


penumpang yang membuka pintu.

f. Memegang hendal dengan kedua-dua belah tangan kecuali member isyarat


tangan sebelum membelok.
g. Apabila mendaki bukit, anda hendaklah turun daripada basikal dan
menyorongnya.

h. Gunakan karier untuk membawa barang-barang atau buku-buku.

i. Jangan menggunakan payung semasa hujan.

j. Jangan membawa penumpang di atas basikal.

k. Semasa menunggang jangan berpaut kepada belakang atau tepi kenderaan

. l. Di waktu malam pastikan semua lampu dalam keadaan baik.

m. Jika menunggang pada waktu malam pakai pakaian yang membolehkan


pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya dapat melihat anda dengan lebih
baik.

n. Periksa lampu, brek, tayar, rantai, dan jarak tinggi hendal.

0. Sentiasa patuh kepada undang-undang dan semua peraturan-peraturan lalu


lintas.

p. Gunakan jalan yang paling selamat dari lalulintas yang sibuk.

q. Awasi sebelum membelok kanan atau kiri, beri isyarat dari lalulintas yang sibuk.

r. Penunggang basikal/motosikal hendaklah meletakkan basikal atau motosikal di


tempat yang disediakan.

3. Menaiki Bas/kereta

a. Jangan menaiki atau turun dari kenderaan ketika kenderaan masih bergerak.

b. Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan keluar.

c. Jangan sengaja menghimpit penumpang-penumpang lain ketika menaiki atau


turun dari kenderaan.

d. Jangan merosakkan mana-mana bahagian kenderaan.

e. Elakkan menggangu tumpuan pemandu tanpa sebarang sebab seperti berbual


atau bermain.

f. Jagalah kebersihan kenderaan

. g. Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan.

h. Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang bergantungan atau


berjuntai pada badan kenderaan.
i. Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak berebut-rebut ketika
menaiki kenderaan.

j. Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga dipastikan selamat.

k. Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan lalulintas.

l. Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain-main dalam kenderaan


seperti melambaikan tangan keluar, menghulurkan kepala dan sebagainya.

4. Semasa Menunggu Kenderaan

a. Semasa menunggu kenderaan murid-murid adalah dilarang bermain seperti kejar


mengejar dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.

b. Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid-murid ke kenderaan


mereka sekiranya murid-murid itu menunggu di seberang jalan

Anda mungkin juga menyukai