Anda di halaman 1dari 8

ASRI BIN KHALID

CT10210091
Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Pendahuluan
Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan
melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses
pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.
Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan
pencapaian pelajar.

Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan


masyarakat dan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang,
berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah sistem
pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang menetapkan
satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya
dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988).

Ujian atau sistem peperiksaan adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh
manakah keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam melahirkan
pelajar yang seimbang dalam segenap aspek yang dicita-citakan.
Kecemerlangan system penilaian dan peperiksaan akan dapat meletakkan
negara pada landasan yang betul untuk merealisasikan wawasan 2020
dengan lahirnya generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua
aspek kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu.

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.
Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku
dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi
maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang
guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai


yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan
jumlah markat pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan
secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat markah sebanyak
90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai
tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markah sebanyak
10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi,
perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang
digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang
diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang
diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau


data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif,
maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka
dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan
dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara
kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka
yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin
telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam
kemahiran bahasa.

Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk


membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.

Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam mengesan


kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen
penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Definisi penilaian
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process
of delineating, obtaining, andproviding useful information for judging
decision alternatives.

Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau


lebih daripada‘pengujian’ dan ‘pengukuran’. Definisi lain pula
mengklasifikasikan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau
sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat
pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian
boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk
mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi
menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah


suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan.

Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus


Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan
bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan
kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat
dilakukan dengan sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat
penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para pelajar tidak
tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah
ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi segala
aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan
aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang
amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan
proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).

Dalam konteks dunia pendidikan, prosese penilaian membabitkan banyak


perkara kerana terangkum di dalamnya proses ”ujian”, peperiksaan,
pengukuran yang bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai
apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Phopham (1975) menafsirkan
penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal
tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program
pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.

Penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara


bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan
yang paling wajar. Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu
usaha berstruktur dan bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan,
pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan bagi
mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar menduduki peperiksaan
sebenar kelak (Gay:1985).

Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat
memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran
telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta
potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai
aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada
akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan
pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan
untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR,
SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat
tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Tujuan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep
yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau
markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang
pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras
pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan.
Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-
satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian
ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak.
Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila
berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan
mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang
yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila
menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka
mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus
yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya.
Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak
membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:

i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas


yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak
diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’.
Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan
merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat
memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar
mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-
pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat
sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti
ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan
dan kemahiran tertentu.

iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan


teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau
prestasi seseorang individu.

iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu


bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat
kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan
maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang


amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja
pemulihan dan pengayaan.

vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar


terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan
arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat
menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut
kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan teknikal.

vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik


serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka
sentiasa dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.

1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka
berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran
atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Kesimpulan
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi
supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa.
Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan
sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu


murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid
meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya
memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian
di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran
afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Bibliografi
(n.d.). Retrieved May 6, 2012,
fromhttp://unitpeperiksaanipgkt.blogspot.com/2012/02/terry-
d.htmCronbach,L.J.(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New
York: Harper & Row
Dr Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian
Pendidikan

Firma, P. (2003). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Petaling Jaya:


Penerbit Firma

Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and


Measurement.Competencies for analysis and application 2nd ed.
Charles E.Merril

Konsep Penilaian. (n.d.). Retrieved May 4, 2012, from


http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61
Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd

Mengapa Pelajaran Pendidikan seni Perlu melalui Proses penilaian?


Apakah aspek yang perlu dinilai? (2009, August 8). Retrieved May 6, 2012,
from http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/mengapa-pelajaran-pendidikan-seni-
perlu.html
Pengertian dan Konsep. (n.d.). Retrieved May 4, 2012,
fromhttp://ipks.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=248&tmpl=componen
t&format=raw&Itemid=41-
Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan
Penilaian. (n.d.). Retrieved May 6,
2012,fromhttp://www.scribd.com/doc/51807095/6/Kepentingan-Penilaian-dalam-Proses-
Pengajaran-dan-Pembelajaran-
Pentaksiran, Pengujian & Penilaian. (2011, Jan 4). Retrieved May 6, 2012,
fromhttp://www.joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1-pdf-
Popham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about school
tests. London: Allyn & Bacon

Stufflebeam,
D.L. et. al. (1971). Educational Evaluation and Decision-
making. Ithaca, Illinois: Peacock

Anda mungkin juga menyukai