Anda di halaman 1dari 2

SJK( TAMIL ) LADANG TANGKAH

84900 TANGKAH, JOHOR DARUL TAKZIM


Kod Sekolah : JBD 9007

PK01/3
LAPORAN PROGRAM INSPIRASI KESENIAN
SJK(T)LADANG TANGKAH

1. Nama Program : Program Inspirasi Kesenian

2. Tarikh : 13 November 2017

3. Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang

4. Tempat : SJK (T) Ladang Tangkah

5. Objektif : 1. Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam


bidang seni dan muzik.
2. Mencungkil bakat murid yang terpendam dalam bidang
kesenian.
3. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti kesenian.
4. Mengaplikasikan kemahiran asas dan pengetahuan bahasa
seni dan muzik untuk menghasilkan karya yang krea

6. Sasaran : Semua murid dan guru SJKT Ladang Tangkah.

7. Butiran aktiviti :

Program inspirasi kesenian dimulakan tepat pada pukul 10.00 pagi. Beberapa aktiviti seperti
pameran seni dan muzik, demonstrasi seni dan muzik, persembahan dan pertandingan telah
dijalankan sepanjang program ini. Hasil karya seni setiap kelas telah dipamerkan dalam
pameran Seni. Manakala, alat-alatan muzik telah dilabel dan dipamerkan di pameran Muzik.
Murid diberi peluang untuk memainkan setiap alat muzik tersebut. Murid-murid tahap 2
menjelaskan teknik, bidang, media yang digunakan dalam setiap hasil karya seni. Demostrasi
Seni untuk membuat alat perhiasan diri dan kad hari jadi telah dijalankan oleh Cik.S.Kamala
untuk murid tahap 1. Beliau menunjukkan cara membuat alat perhiasan diri menggunakan
manik dan barang terpakai. Selain itu, beliau mengajar cara untuk membuat kad hari jadi yang
mudah menggunakan teknik lipatan dan guntingan. Setelah guru menunjukkan demonstrasi,
pertandingan membuat kad hari jadi dijalankan bagi murid tahap 1. Manakala, murid tahap 2
pula terlibat dalam persembahan muzik “Dondang Sayang”. Mereka dibimbing oleh cikgu
Cik.M.Punitha. Murid membuat persembahan “Dondang Sayang” menggunakan alat-alatan
muzik yang sesuai. Selain itu, pertandingan mewarna bagi guru juga dijalankan. Setiap guru
memberi sokongan padu bagi pertandingan ini. Sementara guru-guru mewarna, para murid
menonton tayangan video mengenai “DIY Crafts”. Tambahan pula, murid menyanyi karaoke
lagu kanak-kanak. Program ini diahkiri dengan ucapan Guru Besar dan penyampaian hadiah
kepada pemenang.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
SJK( TAMIL ) LADANG TANGKAH
84900 TANGKAH, JOHOR DARUL TAKZIM
Kod Sekolah : JBD 9007

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program : Murid diberi peluang untuk mencungkil bakat mereka
dalam bidang kesenian dan mendapat pengalaman
serta idea mengenai bidang seni dan muzik.

8.2 Kelemahan Program : Kekangan masa dan kekurangan sumber wang

8.3 Cadangan : Pihak sekolah perlu membuat perancangan untuk


meningkatkan sumber wang yang amat diperlukan untuk
menjayakan program seperti ini.

8.4 Penambahbaikan : Perlu merancang aktiviti yang lebih kreatif dan berkesan.

9. Kos Perbelanjaan : Dilampirkan.

10. Dokumentasi Bergambar : Dilampirkan

Disediakan oleh ; Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………….…….. …………………… …………………..


(CIK.C.SUVITHRA)
Ketua Panitia Seni & Muzik

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai