Anda di halaman 1dari 2

Saya juga telah memahami dengan lebih mendalam terhadap tingkah laku murid,

pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

Guru tersebut telah melaksanakan set induksi dengan bertanya kepada murid-murid
tentang pembelajaran yang telah mereka pelajari sebelum ini. Murid terlibat secara aktif dan
berebut-rebut untuk menjawab soalan guru. Guru berjaya mengawal keadaan di kelas dengan
menyuruh pelajar untuk mengangkat tangan jika ingin menjawab soalan. Segala arahan
diberikan dengan jelas dan lantang. Oleh itu, kelantangan suara serta penggunaan perkataan
yang jelas serta mudah difahami oleh murid-murid amat penting bagi memastikan aktiviti yang
ingin dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Selepas itu, guru menjalankan pembelajaran koperatif dengan memberikan tugasan


berkumpulan kepada pelajar. Guru telah memberikan situasi yang berbeza kepada setiap
kumpulan. Pelajar menyenaraikan cara yang betul untuk menunjukkan nilai hemah tinggi
berdasarkan situasi yang diberikan. Teknik perbincangan dalam kumpulan telah guru
gunakan bagi menggalakkan pelajar untuk menyatakan pendapat serta menjana idea untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan. Murid bersungguh-sungguh melakukan perbincangan
dan mereka menunjukkan penglibatan yang sangat aktif. Pembelajaran secara koperatif ini
amat berkesan dalam meningkatkan lagi keberkesanan PdP guru. Wicaksono (2013)
menyatakan bahawa model pembelajaran koperatif mampu menampilkan ketrampilan
bersosial yang baik seperti bakat kepimpinan, mampu berkomunikasi, belajar mempercayai
orang lain dan bijak mengatasi konflik (diambil daripada Umi Kalthom & Ahmad, 2014). Melalui
pengalaman PBS ini, saya sedari bahawa pembelajaran koperatif merupakan salah satu
pendekatan yang amat berkesan bagi menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam
PdP guru. Murid tidak akan menjadi pasif dan bukannya berperanan sebagai pendengar
sahaja. Mereka boleh memberikan sumbangan serta menjadi pemimpin dalam kumpulan.
Pengalaman ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru pada satu hari nanti saya
perlu memberikan kepercayaan kepada murid-murid dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan. Peluang untuk murid-murid meneroka sendiri persekitaran mereka
perlu diberikan serta mereka hendaklah digalakkan untuk berdikari sendiri dalam

Guru mengaplikasikan konsep pembelajaran abad ke-21 dalam PdP. Guru mengambil
pendekatan berpusatkan murid dengan memberi peluang kepada mereka untuk
melaksanakan tugasan tanpa bergantung kepada bantuan guru. Guru hanya bertindak
sebagai fasilitator atau pembimbing.

Setelah menyiapkan tugasan berkumpulan, guru menggunakan teknik main peranan


untuk menerapkan nilai hemah tinggi dalam dalam diri murid. Guru menyuruh pelajar untuk
melakonkankan cara yang akan mereka lakukan bagi menunjukkan perlakuan yang beradab
berdasarkan situasi yang diberikan. Saya dapati bahawa murid sangat bersemangat
melakukan main peranan di hadapan kelas. Suasana di bilik darjah sangat ceria dan amat
menyeronokan. Guru menggunakan unsur kecindaan untuk menarik minat pelajar. Semasa
berlakon, semua pelajar menumpukan perhatian kepada rakan-rakan di hadapan.

Saya juga telah membuat pemerhatian terhadap sudut-sudut Pendidikan Moral di


kelas-kelas tertentu. Saya mendapati bahawa pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh guru-guru
Pendidikan Moral. Pelbagai hasil kerja murid telah dipamerkan di sudut tersebut. Terdapat
penghasilan kad ucapan, tugas pembentangan serta peta minda yang menarik telah guru
laksanakan.

Guru perlu kreatif dalam PdP bagi menarik minat murid-murid mengikuti pengajaran
guru.

Guru juga mampu mengawal kelas dengan baik. Guru memberikan arahan dengan
suara yang jelas serta lantang. Guru memberi teguran terhadap perlakuan yang tidak diigini
agar masalah tingkah laku murid dapat diatasi sebelum menjadi lebih parah. Peneguhan juga
digunakan bagi memastikan kelas dapat diuruskan dengan baik.

Semasa PBS saya diberi peluang untuk memasuki beberapa kelas agar dapat

Satu tinjauan berkenaan dengan keberkesanan program Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) telah dijalakan mendapati bahawa dari aspek objektif program telah menunjukkan
bahawa ada peningkatan dari segi kemahiran pemerhatian, kepekaan dan penyesuaian diri
terhadap budaya sekolah di kalangan-kalangan guru-guru pelatih yang dikaji (Ab. Latip & Abd.
Ghani, 2003)

Anda mungkin juga menyukai