Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK PERBINCANGAN

Disediakan oleh,
Miranda anak Musa
MT 1
DEFINISI
Perbincangan ialah aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk dalam satu kumpulan kecil.
(Abdullah Zhidi Omar & Mahdi Shuid, 2016)

Perbincangan ialah satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid.
(Mohd Fuad, Marina, Rosnah & Nordin, 2016)
TUJUAN
1. Melatih murid supaya mampu mengemukakan pandangan dengan
jelas dan tepat.
2. Membantu mengembangkan kemahiran lisan untuk berinteraksi,
berkomunikasi, bekerjasama serta wujud interaksi social yang
positif dalam kalangan murid.
3. Menguasai teknik perbincangan dengan betul
PRINSIP-PRINSIP PELAKSANAAN BAGI SESI
PERBINCANGAN
1. Pemilihan topik perbincangan
• Topik berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat

murid-murid.

• Elakkan topik yang mengandungi isu sensitif

• Skop harus jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukan masa

2. Objektif harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum


perbincangan
3. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua
(bertindak sebagai pengerusi) dan pencatat.
4. Cara dan peraturan akan diberitahu terlebih dahulu
5. Guru berperanan sebagai fasilitator
6. Guru perlu bergerak ke setiap kumpulan bagi
mendengar, memerhati dan menggalakkan murid
untuk terlibat secara aktif
7. Pujian perlu diberikan sebagai tanda penghargaan
kepada murid
KELEBIHAN TEKNIK
PERBINCANGAN
• Murid akan berasa selesa untuk belajar

• Murid bebas bercakap dengan rakan sebaya

• Murid dapat berlatih untuk memberikan pendapat, mempertahankan


hujah dan saling menerima hujah orang lain

• Latihan bercakap dan mengawal perasaan

• Mempertajam minda
KELEMAHAN TEKNIK PERBINCANGAN
• Jika guru kurang memantau, terdapat murid yang akan menguasai
perbincangan,manakala murid yang lemah hanya menjadi “pak turut”

• Kawalan kelas perlu lebih tegas kerana murid mudah terpesong dan
melakukan sesuatu yang boleh mengganggu perbincangan
Sesi simulasi bagi
teknik perbincangan
Pendidikan Moral Tahun 4 : Saya dan Jiran
Tontonan video
• Memaparkan konflik yang berlaku antara Mr. Bean dengan jirannya
1. Apakah yang berlaku dalam video tersebut?
2. Wajarkah Mr Bean dan jirannya bertindak sedemikian?
3. Bagaimanakah Mr Bean dapat memulihkan hubungannya dengan
jiran?
4. Nyatakan 3 sebab mengapa kita perlu menghormati jiran.
5. Nyatakan 5 contoh cara menghormati jiran.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai