Anda di halaman 1dari 4

PENCERAMAH : EN ASFAWASIN

Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Matematik

Tarikh : 27 September 2017 (Rabu)

Masa : 1.00 – 3.00 petang

Tempat : Makmal Sains

PENGENALAN PROGRAM

Persediaan menghadapi peperiksaan SPM merupakan satu perkara penting yang perlu
dilaksanakan agar para pelajar mendapat pendedahan awal untuk menjawab soalan peperiksaan.
Kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan berpunca kerana mereka tidak
tahu kaedah atau teknik menjawab soalan dengan betul. Untuk mencapai tujuan ini pelajar
memerlukan strategi dan teknik menjawab soalan yang betul dan tepat serta sesuai dengan
kehendak soalan.

OBJEKTIF

i. Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat.


ii. Pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan mengikut skema pemarkahan yang
dikehendaki
iii. Membuat ulangkaji /latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik yang
dipelajari serta modul.
iv. Mencapai peratus lulus yang disasarkan.

Sasaran : Pelajar tingkatan 5 SN dan 5 AK

Penceramah : En.Asfawasin ( SMK Tunku Sulong, Jeniang, Kedah)

PENILAIAN PROGRAM

Kekuatan Program:

i. Sokongan daripada pihak pentadbir.

ii. Kerjasama daripada semua guru dan pelajar.

iii. Penglibatan yang memuaskan daripada pelajar-pelajar semasa bengkel.

iv. Penceramah merupakan seorang guru Matematik yang sangat berpengalaman.


Kelemahan Program:

i. Waktu bengkel dibuat pada waktu yang agak kritikal iaitu waktu petang selepas sesi
persekolahan.

Cadangan penambahbaikan:

i. Pelaksanaan program dapat dibuat pada waktu pagi supaya pelajar dapat memberi
lebih tumpuan.

Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... ……………………………….

(PN. AZUIN BINTI HASHIM)


Ketua Panitia Matematik
SMK Tunku Sulong, Jeniang, Kedah.
Tarikh : 1 Oktober 2017

Anda mungkin juga menyukai