Anda di halaman 1dari 11

Pengurusan Permainan Tradisional

Pengenalan kepada permainan tradisional

 Membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita
 Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.
 Tempoh antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
 Turut juga dikenali sebagai permainan rakyat Merupakan sebahagian daripada aktiviti
rekreasi.
 Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.
 Konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memnuhi masa lapang
pemainnya.
 Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronakan, ketenangan
minda dan merehatkan badan.
 Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai
digunakan dan juga tidak mempunyai masa yang piawai.
 Merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Berkaitan dengan adat
resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
 Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang
positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual.

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:-

a)Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang.

b)Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang
meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam
menyelesaikan masalah.

c)Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan


kreativiti dalam membina wau.

d)Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina


kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:

Kekuatan kardiovaskular, Kelenturan, Daya tahan otot, Kekuatan otot, Ketangkasan,


Imbangan, Koordinasi, Kuasa, Masa tindak balas, Kelajuan

1
Kebaikan Permainan Tradisional ·

 Permainan tradisional bersifat sebagai permainan untuk beriadah, ia dilihat berupaya


menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang
bermotivasi. ·
 Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang
berkesan antara pemain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan
merangsang ukhuwah. ·
 Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan,
nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. ·
 Permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.

Jenis Permainan Tradisional ·

 Permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan


tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. ·
 Dipertandingkan dalam 2 jenis:-
Individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) congkak, dam, wau,
gasing, laga ayam
Kumpulan (dipertandingan lebih dari seorang sekumpulan) usung balak, galah panjang,
tating lawi, sorong kereta, sepak raga bulatan
 Terdapat banyak permainan tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri di Tanah
Melayu sejak dari dulu lagi. ·
 Kebanyakkan permainan adalah hampir sama dan disebabkan dialek negeri berlainan,
oleh yang demikian nama permainan juga sedikti mengalami perubahan. ·
 Tetapi, cara permainan dijalankan adalah masih lagi sama dari segi teknik dan cara
dimainkan. ·
 Antaranya ialah:
1) Galah panjang 2) Batu seremban 3) Gasing 4) Congkak 5) Wau 6) Teng-
teng 7) Sepak raga 8) Konda-kondi 9) Lain-lain

2
Peraturan-peraturan permainan tradisional

Galah panjang

 Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
 Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak
kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
 Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan,
garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya
menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. ·
 Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan
ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. ·
 Gelanggang permainan:

3
Batu seremban

 Dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. ·


 Dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. ·
 Menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat. ·
 Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. ·
 Dimainkan dalam beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan ·
 Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang
teratas

Gasing

 Jenis gasing seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing
telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang.
 Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing
itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya
direnggut.
 Dimain dalam dua cara iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
 Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan
 Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
 Satu lagi gasing ialah gasing pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak.
 Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan
bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi
serta pemegang gasing itu.

Sepak Raga

· Permainan sepak raga telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

· Bola diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi
buah kelapa dua atau tiga lapis.

4
· Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan.

· Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain.

· Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran


menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Congkak

· Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak

· Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya.

·Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung"

.Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

·Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah
dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada
buah ia dikira mati.

·Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan
permainan.

·Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah,
ia berhak mengambil buah lawannya itu.

·Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung
lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

·Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing.
Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing.
Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

5
Kaum cina
Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya
mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna
hitam dan putih.

Xiangqi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China,
oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling
popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang
melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta
"sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

6
Yo-yo

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat
pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi
yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana
ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan
alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan
pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Kaum India

kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta
kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari
dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan
fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9


daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho
ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar
(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.
7
Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap
pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan
akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul",
pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had
garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain
sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan
begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan
'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Charuranga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India
pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah
terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi
epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah
simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain
yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni
sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan
ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India
merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.

8
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj
(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami
perubahan bentuk.

TIBOW-SERAWAK

Terdapat satu permainan tradisional yang telah diwarisi di Sarawak sehingga terkini, iaitu Tibow,
juga dikenali sebagai Pisa’Tibow yang dipentingkan oleh masyarakat Melanau semasa
menyambut ketibaan musim berbuah. Menurut kata orang Melanau, Tibow ini sebenarnya
merupakan satu aktiviti yang dilangsungkan oleh penduduk kampung untuk tujuan perpaduan
dan bersuka-ria serta menjadi pesta yang mencari jodoh. Permainan ini adalah lebih
mementingkan keselamatan semasa mendirikan permainan ini. Hal ini kerana permainan ini
memerlukan dua tiang kayu yang setinggi 30 kaki untuk pembinaan tiang Tibow dan juga
beberapa tiang sederhana untuk dijadikan tangga rak. Selain itu, penghayun diperbuat daripada
rotan sega dan daun muda. Manakala, untuk memeriahkan dan menggemparkan suasana, set
canang dan gendang melela dipalukan.

Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, “Kat Kerakat,
Kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’ ”. Pantun ini bertujuan untuk meminta pertolongan
daripada Ipo’Tibow, iaitu dewayang mempunyai kuasadalam permainan Tibow, supaya
permainan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa. Selain itu, menurut
tradisi Melanau Mukah, terdapat beberapa tradisi dan pantang larang yang perlu diikuti untuk
memberkati keselamatan pemain. Pembinaan peralatan juga mempunyai adat dan tertib serta
istiadatnya. Oleh itu, aktiviti ini biasanya akan dilangsung di tapak kawasan lapang yang lembut
dan tampak terang supaya pemain tidak akan rabun mata dan yang jatuh dari penghayun tidak
akan cedera parah. Lantarannya, permainan ini harus diwarisi secara turun-temurun supaya adat
istiadat permainan ini akan kekal selamanya dan dapat memberi satu wahyu kepada generasi
akan datang tentang tradisi masyarakat Melanau.

9
SEPAK MANGGIS-SABAH

Di Sabah pula terdapat satu permainan yang sangat istimewa. Permainan ini merupakan satu
tradisi yang akan diadakan semasa keraian, contohnya majlis perkahwinan. Permainan ini adalah
Sepak Manggis. Permainan ini merupakan sejenis sukan tradisiwarisan masyarakat
Kadazandusun Tindai dan Bajau. Permainan ini diwujudkan untuk memupuk semangat
persaudaraan dan perpaduan kedua-dua masyarakatan tersebut. Selain itu, permainan ini penuh
dengan budaya yang telah diadunkan. Sebagai contohnya, dalam majlis perkahwinan, permainan
ini akan dimain di satu kawasan lapang yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin.

Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat daripada buluh. Di
samping itu, satu kotak yang dihiasi berwarna-warni akan digantung pada titik tertinggi buluh
tersebut dengan diisi penuh dengan hadiah bertunai lumayan yang disedia oleh pengantin lelaki.
Selain itu, satu bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang oleh peserta untuk mencapai
sasaran, iaitu kotak berwarna-warni itu. Permainan ini akan dimula oleh kanak-kanak, diikuti
remaja dan seterusnya orang dewasa. Peserta boleh menendang berkali-kali sehingga mencapai
sasaran. Oleh sebab kotak diikat tinggi, maka susah untuk mereka menepati target, jadi
permainan ini akan dibuat sepanjang hari. Biasanya hadiah akan disedia sekurang-kurangnya
RM1000 kepada sesiapa yang mencapai sasaran. Permainan ini dapat mengeratkan hubungan
antara kedua-dua pihak keluaga. Unsur-unsur budaya inilah merupakan apa yang hendak
diwarisi oleh kedua-dua nenek moyang masyarakat tersebut. Oleh itu, permainan ini harus
diteruskan dan diwarisi secara turun-temurun supaya keunikan permainan tradisional Sabah tidak
akan lenyap.

Pengurusan pertandingan tradisional

 Pertandingan tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut.


 Tidak terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk permainan-permainan
tradisional.
 Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai oleh
kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut.
 Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai.
 Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan tradisional
secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap negeri
mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan.

10
11

Anda mungkin juga menyukai