Anda di halaman 1dari 4

Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3

1. Air beriak tanda tak dalam


Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2. Alang-alang berminyak biar licin


Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan


Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5. Bagai air mencari jenisnya


Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
jerih payah.

6. Bagai ayam disambar helang


Mati tanpa sakit.

7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan


Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8. Bagai cincin dengan permata


Pasangan pengantin yang sepadan.

9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu


Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.)

10. Bagai layang-layang putus tali


Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11. Bagai menatang minyak yang penuh


Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12. Bagai murai dicabut ekor


Orang yang suka bercakap.

13. Bagai minyak dengan air


Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

14. Bagai pucuk dilancarkan


Amat cepat

15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya


Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang


Tidak sombong; rendah diri.

17. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar


Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18. Belum duduk sudah berlunjur


Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
dulu.

19. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul


Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.

20. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak


Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21. Bagai murai dicabut ekor


Orang yang suka bercakap.

22. Biar mati anak jangan mati adat


Adat yang tidak boleh dilanggar

23. Biar putih tulang jangan putih mata


Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24. Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga


Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya
akan berbaik semula.

25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat


Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh


Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan


Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28. Genggam bara api biar sampai jadi arang


Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

29. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama


Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap
manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

31. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih


Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

32. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung


Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.

33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
begitu sahaja..

34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah


Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian
meninggalkan kesan..

35. Kalau tiada rotan akar pun berguna


Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.

36. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang


Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38. Perempuan serasan, lelaki pemalu


Pegangan hidup yang tidak serupa.

39. Sebagai gembala diberi keris


Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar


Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41. Semacam besar pacak daripada tiang


Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42. Seperti air dalam dulang


Negeri yang aman sentosa.

43. Seperti api di dalam sekam


Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari.

44. Seperti aur dengan tebing


Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu

Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
tebing..

45. Seperti aur ditarik songsang


Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46. Seperti embun dihujung rumput


Tidak kekal.

47. Seperti harimau menyembunyikan kukunya


Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48. Seperti hujan jatuh ke pasir


Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

49. Seperti lintah menghisap darah


Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50. Seperti lipas kudung


Selalu bergerak dengan cepat.

51. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya


Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

52. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran


Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang
sudah dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai