Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA ‘DEAR’ TAHAP 1 2018

1. PENDAHULUAN

Budaya membaca perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak. Bak kata pepatah ‘Melentur
rebung, biarlah daripada rebungnya’. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah
masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Oleh itu, pihak Pusat Sumber
Sekolah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan. Program ini diharapkan dapat membantu
memudahkan murid dan waris untuk mendapatkan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap
kemampuan murid. Program Galakan Membaca “DEAR” bermaksud “DROP EVERYTHING
AND READ” membuka ruang dan peluang kepada waris serta murid untuk duduk membaca
bersama-sama di perpustakaan sekolah.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan di kalangan murid tahap 1 dengan
penglibatan dan kerjasama waris.
2.2 Mewujudkan dan menyediakan bahan bacaan dan persekitaran yang kondusif untuk
aktiviti pembacaan murid dan waris.
2.3 Membantu murid tahap 1 terutama murid kelas LINUS dan pemulihan menguasai tahap
membaca yang baik.
2.4 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup murid dan waris SKTR.

3. TEMPOH PERCUBAAN

3.1 Bermula Februari – Mei 2018.

3.2 Perpustakaan dibuka pada setiap hari Sabtu 9.00 – 2.00 petang. (MENGIKUT

JADUAL)

4. PENGLIBATAN

4.1 Murid dan waris kelas LINUS dan pemulihan Tahap 1.


4.2 AJK Induk PSS 2018

4.3 AJK PIBG

4.4 Guru Pemulihan Tahap 1

5. CARA PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Perpustakaan akan dibuka pada setiap hari Sabtu, bermula pada pukul 9.00

hingga 2.00 petang.

5.2 Kumpulan sasaran iaitu waris dan murid kelas LINUS akan datang melakukan

aktiviti membaca secara bersama-sama di dalam perpustakaan.

5.3 AJK kerja PSS 2018 dan AJK PIBG akan bertugas secara bergilir-gilir untuk

menjaga perpustakaan.

5.4 Setiap murid yang hadir ke perpustakaan akan diberi kad keahlian. Pihak PSS

akan mengesahkan setiap kehadiran pada kad tersebut. Murid yang mengunjungi

perpustakaan terbanyak akan diberi hadiah saguhati.

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa program

Penasihat : En. Fadzil b. Darus


Pengerusi : Pn. Zuraidah bt Ahmad
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norafidah bt Abdul Rahim
Naib Pengerusi 2 : En. Muhamad Nurjuwaidi b. Jaafar
Naib Pengerusi 3 : Pn. Noor Hayati bt Mohamad Zin
Guru Perpustakaan dan Media : Pn. Sasikala a/p Murthy
Setiausaha : Pn. Wan Zaiton bt. Yaacob
AJK PSS : Pn. Fauziah bt. Jamaludin
: Pn. Norsaidatul Akma bt.Saad
: Pn. Hasnita bt. Mohd Asni
: Pn. Norizan bt. Mohd Yusof
Guru Pemulihan : Puan Nurhana bt Sulaiman
: AJK PIBG

7. PERBELANJAAN

Bil Item Harga Jumlah


1 Kad ahli RM 1.00 x 20 RM 20.00
2 Saguhati kehadiran RM 20.00 x 10 RM 200.00
Jumlah RM 220.00

8. PENUTUP

Program Galakan Membaca ‘DEAR’ ini diharap dapat membaiki dan meningkatkan tahap
penguasaan membaca dalam kalangan murid LINUS dan pemulihan SKTR selain
mengurangkan jumlah murid yang tidak boleh membaca. Diharapkan permohonan untuk
menjalankan program ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada
pihak tuan.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………… ………………………… ……………………………

PN. SASIKALA A/P MURTHY PN ZURAIDAH BT. AHMAD EN. FADZIL B. DARUS
Guru Perpustakaan dan Media, Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK Taman Ria. SK Taman Ria. SK Taman Ria.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA,

09400 PADANG SERAI, KEDAH.

KERTAS KERJA PROGRAM GALAKAN MEMBACA TAHAP


SATU TAHUN 2018

MENINGKATKAN KUALITI, MEMANTAPKAN INTERGRITI

SKTR DI MERCU

Anda mungkin juga menyukai