Kertas Kerja Sukaneka
Kertas Kerja Sukaneka
0 PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya
kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan
sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-
murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para
peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap
perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat
membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani
yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.
2.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Disamping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut
aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
3.0 OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6.Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7.Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam
penghasilan kertas kerja.
8.Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh
pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang
terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.
4.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 5 November 2015
Hari : Rabu
Masa : 8.00 – 11.00 pagi
6.0 TEMPAT
Padang Sk.Pengkalan Raja
Disediakan oleh:
…………………………………
( PUAN SURIANI BINTI KASKON )
Setiausaha sukaneka Prasekolah Sayangku,
SK.Pengkalan Raja.
Disahkan oleh:
…………………………..
(En. Hassan bin Eusoff)
Guru Besar,
SK.Pengkalan Raja.
KERTAS KERJA
SUKANEKA PRASEKOLAH
SAYANGKU
SK.PENGKALAN RAJA
TAHUN 2014