Anda di halaman 1dari 4

VANITHA CHANDRAN

8 PISMPMTE

ESEI 1

CIRI – CIRI GURU ABAD KE-21

Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita


selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring
dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan
pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah menjadi kewajipan guru untuk mempunyai
beberapa ciri yang khas.

Ciri utama yang perlu ada bagi seorang guru abad ke-21 ialah dari aspek penguasaan
ilmu (content knowledge), penggunaan teknologi terkini, mahir dan berketerampilan dalam
pedagogi, memahami psikologi pembelajaran, kemahiran kaunseling serta memahami
perkembangan murid. Dari segi penguasaan ilmu, seseorang guru itu mestilah menguasai
kandungan kurikulum bagi subjek yang diajarnya. Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang luas agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan
lancar di dalam kelas.

Ciri kedua ialah mahir dan berketerampilan dalam pedagogi. Guru haruslah mahir
dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul
semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar. Di samping itu,
murid juga tidak akan mudah berasa bosan kerana guru menggunakan kaedah dan strategi
pengajaran yang berubah-ubah dan pelbagai setiap kali mengajar di dalam kelas.

Ciri yang ketiga ialah memahami psikologi pembelajaran. Psikologi pendidikan ini
penting bagi seseorang guru supaya mereka faham akan perkembangan murid serta mampu
menyayangi anak murid mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka. Guru perlu mendekati murid-
muridnya dengan mengambil berat serta prihatin terhadap keadaan semasa murid supaya
hubungan mesra antara guru dengan murid dapat diwujudkan. Hal ini secara tidak langsung
dapat menarik minat murid untuk belajar sekali gus dapat meningkatkan prestasi mereka
dalam akademik.

Keempat ialah kemahiran kaunseling. Guru juga perlu mempunyai kemahiran


kaunseling ketika berurusan dengan murid. Kemahiran untuk membantu murid menangani
emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah. Oleh itu, kemahiran kaunseling
VANITHA CHANDRAN
8 PISMPMTE

ini harus dipelajari dan dikuasai oleh setiap guru di sekolah supaya dapat membantu murid-
murid mereka yang menghadapi masalah.

Akhir sekali ialah dalam penggunaan teknologi terkini. Memang tidak dapat dinafikan
penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain
daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik
lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah
tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks ini,
kemahiran teknologi sangat signifikan kepada para guru dan ia perlu dikuasai dan dipelajari
dengan cara mengikuti kursus dan pelbagai lagi aktiviti lain.
VANITHA CHANDRAN
8 PISMPMTE

ESEI 2

Kod etika profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru mematuhi
prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej profesionnya. Bincangkan
implikasi murid-murid sekiranya guru tidak mematuhi kod etika keguruan.

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri
di mana guru dianggap segala-galanya. Kerjaya profesion perguruan pada abad ini tidak
terlepas daripada isu-isu yang boleh mencalarkan imej profesion perguruan itu sendiri.
Walaupun isu yang diperkatakan berpunca daripada segelintir guru namun perkara
ini secara tidak langsung telah menyebabkan pandangan masyarakat terhadap profesion
perguruan turut tercalar. Paparan mengenai isu salah laku guru sering dilaporkan. Antara isu
etika guru yang dilaporkan adalah seperti isu kesantunan guru, isu kepedulian guru, isu
penampilan guru, isu guru berniaga di sekolah, pengurusan masa dan kerjaya sambilan
guru. Kesemua isu ini memberi impak kepada murid -murid.

Dasar Kementerian Pelajaran menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik yang
boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Oleh itu, memberi hukuman terhadap murid
yang melakukan kesalahan tidak boleh menyalahi etika keguruan yang ditetapkan.
Contohnya, satu kes dilaporkan di Port Dickson bahawa seorang guru telah mencederakan
anak muridnya sebab naik angin. Berdasarkan isu yang dilaporkan ini, guru tersebut jelas
telah melanggar kod etika keguruan kerana melakukan perbuatan yang mendatangkan
kecederaan kepada muridnya. Ini memberi impak kepada para murid yang lain di mana guru
yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana
semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi
ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan
guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru
tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terhadap perbuatan yang
dilakukannya.

Selain itu, sudah pasti antara implikasi terbesar adalah kepada murid yang menjadi
mangsa gangguan seksual. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah kurang memahami
etika keguruan.Ini di sebabkan oleh guru kurang memahami kod etika guru. Mangsa
gangguan seksual selalunya akan berubah bersifat pasif. Apatah lagi apabila orang yang
melakukannya adalah guru sendiri yang perlu berdepan dengannya setiap hari. Tindakan di
luar kewarasannya itu juga turut memberikan kesan terhadap murid yang dicederakan
termasuklah trauma dan hilang motivasi untuk ke sekolah. Kepercayaan yang diberikan oleh
VANITHA CHANDRAN
8 PISMPMTE

ibu bapa murid terbabit terhadap guru sebagai penyampai ilmu turut dimusnahkannya dengan
perlakuan tersebut. Murid-murid yang lain di dalam kelas juga akan berasa takut untuk
mengikuti kelas yang dilaksnakan oleh guru terbabit.
Disamping itu, akibat daripada tindakan guru yang tidak mengikuti kod etika, guru-guru
yang lain juga menerima tempiasnya terutamanya guru-guru yang berada di sekolah
berkenaan sekali gus menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat setempat.
Tambahan lagi, guru yang bertindak tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral terhadap anak
muridnya telah bergerak selangkah untuk menggelapkan masa depannya sendiri dan juga
murid. Hal ini kerana selalunya, guru dianggap sebagai rol model oleh murid – muridnya.
Mereka akan meniru segala tingkah laku guru yang tidak mengikut kod etika di dalam atau di
luar kawasan sekolah.

Selanjutnya, isu yang boleh dikaitkan dengan guru tidak mematuhi kod etika profesion
perguruan ini adalah penyalahgunaan masa di sekolah masing-masing. Misalnya, guru tidak
masuk mengajar ke kelas atau lewat masuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih
awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah.
Implikasi yang dihadapi oleh murid sekiranya guru yang tidak mematuhi kod etika profesion
perguruan ini ialah apabila guru ponteng kelas, murid akan tercicir dalam pelajaran. Ini kerana
pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam
menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Secara tidak langsung murid-murid akan
mengalami masalah pembelajaran di sekolah, lebih-lebih lagi kepada murid yang mempunyai
tahap kebolehan yang rendah.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup
mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru dalam
memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera
oleh pihak kerajaan, pentadbiran sekolah dan juga guru sendiri bagi mengelakkan punca-
punca tingkah laku negatif guru ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan
berterusan.

Anda mungkin juga menyukai