Anda di halaman 1dari 4

Kisah Nabi Adam Di Dunia

”KISAH NABI ADAM DI DUNIA”

Bismillahhirrahmannirrahim… Pendahuluan
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku 1 Malaysia!

Terima kasih, tuan pengacara,


Barisan hakim yang bijaksana,
Para guru,hadirin semua,
Rakan- rakan, dengarkan cerita,

”Kisah Nabi Adam Di Dunia”,tajuk cerita saya


Kawan-kawan,
Isi 1
Nabi Adam a.s adalah manusia dan Nabi pertama diciptakan oleh Allah SWT .Beliau ditempatkan
disyurga bersama pasangannya Hawa. Malangnya, mereka termakan dengan pujuk rayu syaitan.
Mereka telah memakan sejenis buah dari pohon yang dilarang Allah SWT.

Buah khuldi disantap mereka,


Kerana hasutan iblis durjana,
Syair
Adam dan Hawa tercampak ke dunia,
Maka bermula tamadun manusia,
Firman Allah:
َ َّ ‫أ َ ل َ ْم أ َن ْ هَ ك ُ َم ا ع َ ْن ت ِ ل ْ ك ُ َم ا ال ش‬
‫ج َر ة ِ َو أ َ ق ُ ْل ل َ ك ُ َم ا إ ِ َّن ال ش َّ ي ْ طَ ا َن ل َ ك ُ َم ا عَ د ٌُّو مُ ب ِ ين‬
Dalil
Maksudnya: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada
kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
(surah al-a’raf ayat 22)

Pengajaran
Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan
godaan dan hasutannya.
Isu semasa
Pada masa kini, masalah sosial yang melibatkan gejala syirik dan murtad semakin berleluasa di
kalangan masyarakat Islam.
Kisah Nabi Adam Di Dunia

Kawan- kawan,

Nabi Adam dan Hawa amat menyesal dengan tindakan mereka kerana mengingkari larangan Isi 2
Allah SWT itu.Berdoalah Nabi Adam dengan rasa penuh penyesalan memohon keampunan Allah
SWT seperti yang termaktub dalam surah al-a’raf ayat 23:

ِ ‫ح ْم ن َا ل َ ن َ ك ُ و ن َ َّن ِم َن ال ْ َخ ا‬
‫س ِر ي َن‬ َ ‫اَل َر ب َّ ن َا ظ َ ل َ ْم ن َا أ َ ن ْ ف ُ س َ ن َا َو إ ِ ْن ل َ مْ ت َغ ْ ف ِ ْر ل َ ن َا َو ت َْر‬
َ َ‫ق‬

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau Dalil
tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk
orang-orang yang rugi".

Yakinlah bahawa Allah SWT Maha pengasih dan pengampun. Pengajaran

Konsep perayaan 1 Malaysia yang kita amalkan kini membolehkan setiap warga tidak kira bangsa Isu semasa
saling kunjung- mengunjungi dan saling bermaaf- maafan demi keharmonian negara.
Kawan- kawan,
Isi 3
Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke dunia di tempat yang berasingan. Mereka merasakan rasa
sepi dan rindu yang begitu luar biasa kerana terpisah selama 40 tahun.

Nabi Adam berduka cita


Terpisah dari Hawa tercinta Nasyid
Allah yang kuasa pertemukan mereka
Di Jabal Rahmah tempat yang mulia

Berkat kesabaran dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah, Adam dan Hawa bersatu kembali. Dalil
Firman Allah:
ِ َّ‫ََل ت َق ْ ن َ ط ُ وا ِم ْن َر ْح َم ةِ ّللا‬
Maksudnya: Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah
( Surah Az- Zummar ayat 53)
Janganlah mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.
Pengajaran

Jutawan Dato Vida, “ Qu Puteh, Qu Puteh barulah putih menjadi contoh insan yang tidak
Isu semasa
berputus asa dalam mencapai impian dan cita- cita.
Kisah Nabi Adam Di Dunia

Kawan- kawan,
Isi 4
Hawa melahirkan pasangan kembar,
Pasangan pertama Qabil dan Iqlima,
yang kedua,Habil dan Labuda,
Setelah dewasa, Nabi Adam mendapat petunjuk dari Allah Swt,
untuk menikahkan Qabil dengan Labuda Sajak
manakala Habil dengan Iqlima,
Qabil membantah kerana Iqlima lebih rupawan dibanding Labuda,
Kerana nafsu, Qabil memberontak lalu Habil dibunuhnya,
Inilah pembunuhan pertama yang terjadi di dunia
Firman Allah: Dalil
‫س ِر ي َن‬ َ ْ ‫ح ِم َن ال‬
ِ ‫خا‬ ْ َ ‫ت ل َ ه ُ ن َ ف ْ س ُ ه ُ ق َ ت ْ َل أ َ ِخ ي هِ ف َ ق َ ت َ ل َ ه ُ ف َ أ‬
َ َ‫ص ب‬ ْ َ ‫ف َ ط َ َّو ع‬

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia
membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

MasyaAllah dahsyat bukan kalau hawa nafsu sudah bermaharaja lela. Jangan dikutkan hawa
Pengajaran
nafsu, kelak mengundang binasa.

Saban hari berita tentang kes ragut, pecah rumah, rasuah dan juga bunuh sering ditularkan di
Isu semasa
media sosial.

Kawan-kawan semua,
Isi 5
Nabi Adam semakin tua
Zuriatnya berkembang merata dunia,
Nasyid
Sampai waktunya sudah takdirnya,
wafatlah Adam bertemu yang esa.

Wafatnya Nabi Adam pada usia 1000 tahun jatuh pada hari sayyidul ayyam yaumul juma’h.

Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 185:


Dalil
ِ ‫ك ُ ُّل ن َ ف ْ ٍس ذ َ ا ئ ِ ق َ ة ُ ال ْ َم ْو‬
ۗ ‫ت‬
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.”

Setiap yang hidup pasti akan mati.


Pengajaran
Masakini, saban hari kita mendengar berita tentang para pejuang palestin yang syahid berjihad
Isu semasa
dijalan Allah. Semoga kita juga mendapat khusnul khotimah.amin.
Kisah Nabi Adam Di Dunia

Sekian,
Penutup
Wabilahitaufikwalihidayawassalammualaikum w.b.t…

Anda mungkin juga menyukai