Anda di halaman 1dari 9

A) PENGHARGAAN

Syukur dan setinggi-tinggi pujian kami panjatkan kepada Ilahi,kerana dengan limpah dan

kurnianya kami dapat juga menyiapkan tugasan PJM3111 ini dengan sempurna. Kami ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Yakcob Bin Mamat kerana beliau banyak

membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau membantu kami dan juga rakan

sekuliah dengan menerangkan sejelas-jelasnya tentang kehendak soalan tugasan.

Setinggi terima kasih juga , kami ucapkan kepada teman-teman sekuliah kerana banyak

memberikan tunjuk ajar serta bantuan idea dan membuat perbincangan samada melalui alam

siber mahupun secara bersemuka. Sememangnya , tugasan ini amat mencabar kepada kami

kerana kami tingga berasingan dan jauh antara satu sama lain. Namun dengan teknologi yang

canggih serta usaha yang jitu,kami tetap dan terus berusaha untuk berhubung bagi

membincangkan tugasan yang perlu disiapkan. Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan

kerjaya dan keluarga , kami tetap mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga sekalung terima kasih kepada rakan-rakan guru sepejabat,ahli keluarga dan

semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung di atas segala kerjasama

anda. Amatlah diharapkan agar tugasan ini akan membantu kami untuk menjadi guru yang

benar-benar mantap dalam merancang, mengurus, melaksana dan menjayakan sesi

pengajaran dan pembelajaran anak-anak didik kami.


B) PENGENALAN BOLA BALING

Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-
permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball
serta Raffbold di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa
(IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini.
Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah
ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat
pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah
negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun
1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10
buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan
Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan
tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada
tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang
permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada
sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau
bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian
di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan
oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan
telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru
telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
C) KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

BIL KEMAHIRAN PENERANGAN

A) Hantaran aras dada


-sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada.
Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari
tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

1 MENERIMA DAN
MENANGKAP BOLA B) Hantaran aras bahu
-dilakukan semasa membuat hantaran jauh dan serangan
balas secara mengejut.Dari keadaan bersedia, pemain
boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala
hantaran atau memusingkan badannya.

C) Hantaran sisi
-digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan
pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk
menghadap ke arah penerima hantarannya apabila
hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak
melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang
sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang
besar.
D) Hantaran lantun
-Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut.
Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak
lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya
dilakukan dengan sebelah tangan.

E) Hantaran lompat
-gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang.
Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk
menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan
membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola
tidak terlepas kepada pihak lawan.

F) Menangkap bola
-Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal,
mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan
terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks.
-Terbahagi kepada empat cara menangkap mengikut
situasi yang berbeza iaitu:-
a) dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
-apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka,
pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang
hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur
secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik
sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan
untuk kawalan yang lebih baik.
b) b) dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah
-untuk menangkap bola rendah pemain perlu
merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan
dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya.
Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
3. c) Menangkap bola dengan sebelah tangan
-cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila
penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan
daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat
ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola
hendaklah berada di belakang bola.
4. d) Menangkap bola tinggi
-pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola
hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi
ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk
menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah
dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya
dengan lebih kemas.
-Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan
2 Menjaring dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka,
bola baling merupakan permainan yang banyak
menghasilkan gol.
a) jaringan dari atas kepala.
-Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan
mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan
gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain
baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam
kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
b) Jaringan Lompat
-Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan
jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting
ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak
tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan.
Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi
pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia
merupakan jaringan yang berbahaya.
c) Jaringan junam dan jatuh
-Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan
pemain membengkokkan badan supaya dapat
membesarkan lagi sudut jaringan.
d) jaringan lompat
-Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan
jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting
ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak
tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Hal ini
terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol
diperoleh daripada jaringan ini khususya selepas serangan
pantas.
-Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:.
-Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah
bola hantaran.
- Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan
kedua-dua belah tangan.
- Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

D)REFLEKSI :
Tugasan PJM3111 ( Bola Baling) ini merupakan satu tugasan yang agak mencabar bagi
saya. Ini disebabkan saya perlu mengingat kembali cara-cara membuat penulisan rancangan
pengajaran harian sewaktu saya menjalani praktikum semasa di maktab dahulu.

Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan bahan dan
maklumat mengenai penulisan rancangan mengajar ini. Bagi rancangan mengajar yang saya
sediakan ialah masih lagi berbentuk KBSR dan adalah tidak sesukar mana untuk mendapatkan
contoh yang terbaik.

Tidak banyak masalah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini kecuali
masalah untuk perbincangan kumpulan kerana kami bertugas di daerah yang berlainan. Saya
juga mengalami masalah kekangan waktu antara kerjaya dan pelajaran dimana harus menitik
beratkan kedua-duanya sekali.

Namun begitu, segala halangan dan masalah ini dapat saya dan rakan hadapi dengan
mudah. Kami berbincang melalui telefon,email dan juga berbincang ketika waktu interaksi. Kami
juga mengagihkan tugasan agar masing-masing bertanggungjawab dengan tugasan sendiri.
Selain itu, pensyarah sendiri banyak memberi maklumat dan bantuan kepada saya dan
kumpulan tentang kehendak tugasan ini.

Tugasan ini juga telah banyak membantu saya dan rakan-rakan agar menjadi guru yang
benar-benar kreatif dan peka dengan kehendak murid. Jika selama ini,saya fokus pembelajaran
saya terlalu sempit sehinggakan setiap kali tajuk permainan, saya hanya membiarkan murid
bermain begitu sahaja tanpa mengajar kemahirannya terlebih dahulu. Hal ini juga adalah
disebabkan masalah masa yang ditetapkan untuk pendidikan jasmani hanyalah 30 minit sahaja.
Tapi ,jika diuruskan dengan betul, saya pasti dapat menjalankan sesi p&p saya dengan baik.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru tentang pengurusan
dan perancangan yang sistematik dalam mewujudkan budaya pembelajaran yang bermakna
kepada murid. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap
menyelidik,merancang dan melaksanakan setiap perancangan dengan sebaikmungkin.

D)RUJUKAN

1. Junaidah Salehudin.( 2006 ).siri kokurikulum bola tampar. Karisma Publication Sdn.Bhd.
Puchong, Selangor.
2. Mohd Sofian Omar Fauzee.( 2006 ). Dril Bola Tampar. Karisma Publication Sdn.Bhd.
Shah Alam, Selangor.
3. Wee Eng Hoe. ( 1993 ) siri sukan popular –Bola Tampar. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah
Alam,Selangor.
4. http://www.scribd.com/doc/51665975/Kemahiran-asas-permainan-bola-tampar
5. http://ameeroza.blogspot.com/
6. http://www.scribd.com/doc/52896378/TEKNIK-ASAS-PERMAINAN-BOLA-BALING
7. http://www.scribd.com/doc/58525924/Kemahiran-Asas-Bola-Baling

Anda mungkin juga menyukai