Anda di halaman 1dari 8

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Jumaat, 20 Oktober 2017

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
INDEKS HARGA PENGGUNA MALAYSIA SEPTEMBER 2017
RINGKASAN PENEMUAN

Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan meningkat lebih tinggi pada kadar 4.3 peratus bagi bulan September 2017 kepada
120.3 daripada 115.3 pada bulan yang sama tahun lepas. Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks
Pengangkutan (+15.8 peratus), Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (+4.6 peratus), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi
Rumah (+2.8 peratus), Restoran & Hotel (+2.6 peratus), Kesihatan (+2.5 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api
Lain (+2.4 peratus). (Jadual 1)

Carta 1: Indeks Harga Pengguna: Nombor Indeks Keseluruhan dan Kumpulan Utama Terpilih

Indeks kumpulan Pengangkutan menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 15.8 peratus pada asas tahun ke tahun bagi
September 2017, setelah naik 11.7 peratus pada Ogos 2017. Harga purata 1 liter petrol RON95 ialah RM2.19 pada September
2017 iaitu lebih tinggi berbanding RM1.70 pada September 2016. Bagi petrol RON97, harga purata ialah RM2.48 pada
September 2017 berbanding RM2.05 pada September 2016. Kelas perbelanjaan bahan api dan pelincir untuk pengangkutan
persendirian menyumbang 7.8 peratus kepada wajaran IHP.

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol yang menyumbang 30.2 peratus kepada wajaran IHP, meningkat 4.6
peratus pada September 2017. Kenaikan ini didorong oleh indeks subkumpulan makanan Minyak dan Lemak (+39.6 peratus),
Ikan & Makanan Laut (+8.0 peratus), Sayur-sayuran (+4.8 peratus) dan Buah-buahan (+3.9 peratus). Bagi indeks Makanan
di Luar Rumah, ia terus meningkat pada September 2017, dengan kenaikan 5.1 peratus.
Carta 2: Indeks Harga Pengguna: Perubahan Peratus Tahunan bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol

Antara indeks barangan makanan yang mencatatkan kenaikan yang ketara dalam bulan September 2017 berbanding tempoh yang
sama tahun lepas adalah Minyak Masak (+49.1 peratus), Sawi (+13.0 peratus), Ikan Kembong (+11.0 peratus), Bayam (+10.9
peratus), Sotong (+9.1 peratus), Ikan Cencaru (+6.8 peratus), Ikan Tenggiri (+6.8 peratus) dan Kobis Bulat (+6.7 peratus).
Sementara itu, penurunan telah dicatatkan dalam indeks bagi beberapa barangan makanan seperti Ayam (-3.5 peratus),
Timun (-2.0 peratus) dan Kacang Buncis (-1.2 peratus).

Kenaikan indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dicerminkan di kebanyakan negeri di Malaysia terutamanya di
negeri-negeri dengan tahap perbandaran yang tinggi seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor & Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Carta 3: Indeks Harga Pengguna: Perubahan Peratus Tahunan bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol
mengikut Negeri

Enam negeri mencatatkan kenaikan yang lebih tinggi bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol melebihi paras
indeks nasional bagi September 2017 berbanding bulan yang sama tahun 2016. Indeks bagi kumpulan Makanan & Minuman
Bukan Alkohol naik 5.8 peratus di Melaka, 5.3 peratus di Johor, 5.3 peratus di Sabah dan Labuan, 5.2 peratus di Pulau Pinang, 5.0
peratus di Kedah & Perlis dan 4.7 peratus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perbandingan bulan ke bulan, indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol kekal pada 130.1 pada September 2017,
setelah naik 0.4 peratus pada Ogos 2017. Sementara itu, indeks kumpulan Bukan Makanan naik 0.5 peratus pada September 2017
berbanding bulan sebelumnya.

Berdasarkan terma pelarasan musim, IHP bagi September 2017 naik 0.3 peratus berbanding Ogos 2017. (Jadual 1)

Inflasi teras naik 2.4 peratus bagi September 2017 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan utama
yang bertindak sebagai pendorong kepada peningkatan kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi kumpulan Makanan &
Minuman Bukan Alkohol (+4.5 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.8 peratus), Hiasan, Perkakasan &
Penyelenggaraan Isi Rumah (+2.8 peratus), Restoran & Hotel (+2.6 peratus), Kesihatan (+2.5 peratus) dan Pengangkutan (+2.1
peratus). (Jadual 3)

Perubahan IHP bagi tempoh Januari - September 2017/2016

IHP bagi tempoh Januari hingga September 2017 mencatatkan kenaikan sebanyak 4.0 peratus berbanding tempoh yang sama
tahun lepas. Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol merupakan pendorong utama kepada kenaikan IHP bagi
tempoh Januari hingga September 2017, mencatatkan peningkatan 4.2 peratus. Peningkatan ini adalah disebabkan kenaikan
indeks Makanan Di Luar Rumah (+4.6 peratus) dan Makanan Di Rumah (+4.4 peratus). Manakala indeks Kopi, Teh, Koko &
Minuman Bukan Alkohol turun 0.4 peratus. Antara subkumpulan Makanan Di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam
tempoh ini seperti ditunjukkan dalam Jadual 2 ialah Minyak & Lemak (+39.0 peratus), Ikan & Makanan Laut (+6.6 peratus),
Sayur-sayuran (+4.2 peratus), Buah-buahan (+3.2 peratus) dan Daging (+3.0 peratus).

Kumpulan utama lain yang menyumbang kepada kenaikan IHP dalam tempoh ini ialah Pengangkutan (+13.9 peratus), Kesihatan
(+2.6 peratus), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+2.4 peratus), Restoran & Hotel (+2.4 peratus) dan Perumahan, Air,
Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.2 peratus).

Inflasi teras, yang mana tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan
harga dikawal mencatatkan perubahan dalam julat antara 2.3 peratus hingga 2.6 peratus dalam tempoh Januari hingga September
2017 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Jadual 1: Indeks Harga Pengguna bagi Kumpulan Utama, Malaysia (2010=100)

Jadual 2: Indeks Harga Pengguna bagi SubKumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol, Malaysia (2010=100)
Jadual 3: Indeks Keseluruhan dan Indeks Teras bagi Kumpulan Utama, Malaysia (2010=100)
Lampiran 1

Harga Purata Item Terpilih di Malaysia, September 2017 (RM)

Dikeluarkan Oleh:

DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

20 Oktober 2017
Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my

Anda mungkin juga menyukai