Anda di halaman 1dari 8

Ujian Pertengahan Tahun Tahun 2017

Bahasa Malaysia- Pemahaman (Tahun 2)

Nama:________________ Markah:________

Kelas:_____________ Tarikh:________

______________________________________________
A. Lengkapkan ayat berikut dengan kata nama yang sesuai. (8m)

Cikgu Tan penyanyi Doktor Lim pelayan Inspektor Ooi

1. Suara ____________ terkenal itu sangat merdu.

2. ___________ itu membawa hidangan untuk pelanggannya

dengan berhati-hati.

3. Pihak polis yang diketuai oleh __________________

berjaya menahan seorang perompak.

4. Nama guru Bahasa Cina saya ialah _________________.

B. Garisi dan isikan tempat kosong dengan kata hubung yang

sesuai. (6 m)

5. Rantai mutiara itu sangat cantik ____________

(tetapi , sambil ) mahal.

6. Datuk menghantar kakak ke klinik ____________

(untuk , kerana ) batuk.

7. Zhong Wei membuka laci ___________ (lalu , dan )

mengambil wang syiling.


C. Lengkapkan soalan berikut dengan kata tanya yang sesuai

berdasarkan jawapan yang diberi. (9m)

Mengapakah Siapakah Bagaimanakah Apakah


8. ______________Pak Abu ?

Pak Abu ialah seorang peniaga yang Berjaya.

9. ______________ nama restoran Pak Abu?

Nama restoran Pak Abu ialah Restoran Lima Bintang.

10. _______________ restoran Pak Abu sentiasa

dikunjungi oleh orang ramai?

Restoran Pak Abu sentiasa dikunjungi oleh orang ramai

kerana makanannya sungguh lazat.

D. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. (6m)

busuk licin dingin bising Sedap


11. Lantai yang ____________ itu menyebabkan Jing

Wen hampir terjatuh.

12. Lauk-pauk yang dijual di warung Mak Intan bukan

sahaja ___________ malah harganya berpatutan.

13. Air terjun itu sungguh _____________

menyebabkan adik menggigil kesejukan.


E. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang

sesuai.(12m)

14. beliau -nya saya

Ini Cikgu Amy. __________

ialah guru Matematik

___________.

15. dia saya -nya

Ben Li ialah murid tahun Dua

Biru. __________ seorang

murid yang rajin. Ramai orang

suka berkawan dengan

________.

16. beliau mereka saya

Encik Ramu dan Puan Siti

ialah kawan bapa ________.

_________ sangat fasih

bertutur dalam bahasa

Malaysia.
F. Lengkapkan ayat berikut dengan kata kerja yang sesuai. (8m)

makan bersenam minum mencuci mencegah

17. Kita perlu ____________ supaya badan kita

sentiasa sihat.

18. Wei Quan ___________ makanan yang berkhasiat

dan ____________ lapan gelas air sehari.

19. Siew Bee makan pisang dan sayur untuk __________

daripada sebarang penyakit.

G. Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang tepat. (6m)

tongkol ekor helai pasang

20. Mei Yin memakai se_____________ anting-anting di

telinganya.

21. Emak merebus enam ____________ jagung.

22. Dua __________ arnab Ting Ting mati kerana

termakan racun.
H. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai. (9m)

23. Ibu Jamie sungguh ____________. Dia tidak

kedekut memberi derma kepada pengemis.

24. Kakak baru melahirkan ____________ yang

pertama.

25. Anisah menjadi seorang ____________ sejak ibu

bapanya meninggal dunia dua tahun yang lalu.

kaki lima murah hati sakit hati

anak kandung anak yatim piatu anak angkat

I. Lengkapkan ayat dengan perkataan berimbuhan awalan atau

imbuhan akhiran yang betul. (9m)

26. Jonathan ______________ (taip) ucapan dengan

menggunakan komputer.

27. Aini ___________ (salam) dengan tetamu.

28. Saleecha menyimpan ____________ (main) di dalam

stor.
J. Pilih sinonim yang sesuai bagi perkataan bergaris. (4m)
29. Xin Jie mengundang kawan-kawannya ke rumahnya.

a) menjemput

b) melayan

c) mengambil

d) menolong

30. Kita mesti berhati-hati ketika melintas jalan.

a) berjalan

b) berhenti

c) berwaspada

d) berbaris

K. Pilih antonim yang sesuai bagi perkataan bergaris. (4m)


31. Bau tandas di sekolah wangi kerana dicuci setiap hari.

a) kotor

b) busuk

c) nyaman

d) harum

32. Alisyah mengemop lantai sehingga kering.

a) kuman

b) basah

c) tawar

d) bersih
L. Tandakan (√) bagi ayat tunggal dan (x) bagi ayat majmuk.

(6m)

33. Cikgu Ooi meminta murid-murid menyimpan ( )

peralatan sukaneka di dalam stor.

34. Jamuan ini diadakan untuk meraikan kelahiran ( )

adik perempuan Joenean.

35. Pei Yi tidak datang ke sekolah kerana demam. ( )

M. Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan


berikut. (15m)

Pada hari Ahad yang lalu, ibu bapa Mei Ling mengadakan satu

majlis ulang tahun kelahiran untuk datuknya. Datuk Mei Ling

menjemput kawan-kawannya sebagai tetamu. Mei Ling pula

menjemput Mohan, Aini, Varisara dan Jaden.

Ibu Mei Ling menghidangkan pelbagai jenis makanan

dan minuman. Ibu Mei Ling melayan tetamu dengan mesra.

Tetamu menyanyi sambil bertepuk tangan, datuk gembira

dan meniup lilin di atas kek.

36. Siapakah yang meraikan ulang tahun kelahiran?


__________________ yang meraikan ulang tahun
kelahiran.
37. Siapakah tetamu yang dijemput oleh Mei Ling?
______________________________________
______________________________________

38. Apakah yang disediakan oleh ibu Mei Ling?


Ibu Mei Ling _____________________________
_______________________________________

39. Bagaimanakah perasaan datuk Mei Ling?


______________________________________
______________________________________

40. Pada pendapat kamu, apakah yang dibawa oleh


tetamu ketika menghadiri majlis ulang tahun
kelahiran datuk Mei Ling?
_______________________________________
_______________________________________

Anda mungkin juga menyukai