Anda di halaman 1dari 12

Permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran PJ di sekolah

Pengenalan

Istilah ‘pendidikan jasmani’ (PJ) digunakan secara implisit sejak zaman primitif
lagi (Wee Eng Hoe, 1994: m.s. 1). Namun begitu dalam konteks Malaysia, kemungkinan
istilah ini mula diperkenalkan oleh orang British di zaman pemerintahan British di Tanah
Melayu. Walaupun sekian lama istilah pendidikan jasmani digunakan, persoalan tentang
pengertiannya masih lagi wujud dimana pendidikan jasmani ini keseluruhannya dianggap
sebagai sukan dan sesi pendidikan jasmani banyak membawa pengertian sukan.

Mungkin ini disebabkan kurikulum pendidikan jasmani terdiri daripada sukan


ataupun kurikulum pendidikan jasmani pada asasnya lebih mementingkan sukan.
Menurut Armstrong (1990), konsep pendidikan jasmani dan sukan adalah berbeza.
Sebagai contoh ialah pendidikan jasmani adalah melibatkan proses pengajaran dan
pembelajaran, manakala sukan hanyalah berbentuk rekreasi. Pendidikan jasmani biasanya
dikendalikan oleh guru manakala sukan dikendalikan oleh jurulatih yang mahir bagi
sukan tertentu. Pendidikan jasmani lebih berpusatkan pelajar dan pembangunan diri
pelajar, namun sukan lebih berpusatkan sukan dan pembangunan bidang sukan tersebut.

Pendidikan jasmani perlu mencapai objektif dari tiga aspek iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif. Ini berbeza dengan subjek-subjek akademik lain yang hanya
mempunyai domain kognitif dan afektif untuk dicapai (Julismah Jani, 2007).

1
Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani

Kebanyakan golongan pendidik memberi persepsi yang negatif terhadap subjek


pendidikan jasmani. Kebanyakan pendidik mengangap pendidikan jasmani sebagai
subjek main-main dan hanya berbentuk ko-kurikulum yang tidak berbentuk akademik.
Maka pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan
dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak
mencapai objektifnya.

Lebih malang ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat
akademik dan tidak penting dalam peperiksaan. Maka pihak pengurusan sekolah tidak
mengambil berat terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani di sekolah dan
menganggap semua guru mampu mengajarnya.

Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani


mengajar pendidikan jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh
ialah kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu
pertumbuhan otot-saraf, pertumbuhan organan, pertumbuhan sosial dan emosi dan
meningkatkan pengamatan dan persefahaman dikalangan pelajar.

Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, jurang akauntabiliti akademik subjek
pendidikan jasmani dengan subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan. Diantara
strategi untuk meningkatkan akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani ialah
mesti melaksanakan proses pengajaran dan pendidikan yang betul oleh guru yang
berkelayakan.

Subjek pendidikan jasmani juga perlu mempunyai proses penilaian yang


berterusan dari semua aspek melalui peperiksaan dan kad kemajuan pelajar bagi
mendapatkan keputusan yang baik. Semua pihak harus mengiktiraf subjek pendidikan
jasmani ini sebagai subjek yang mempunyai akauntabiliti akademik sebagaimana subjek-

2
subjek lain di sekolah yang mempunyai matlamat dan objektif tersendiri. Akhirnya guru
pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dengan betul dan
tepat.

Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani

Selain melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan


jasmani, guru pendidikan jasmani juga perlu melaksanakan proses pengujian, pengukuran
dan penilaian subjek pendidikan jasmani. Ianya sangat penting untuk memberi maklum
balas terhadap pembelajaran pendidikan jasmani bagi membangunkan akauntabiliti
akademik pendidikan jasmani. Diantara kepentingan penilaian ialah dapat memotivasikan
pelajar untuk terus belajar. Menurut Veal (1991), bagi memotivasikan pelajar belajar,
guru mestilah menghargai nilai aktiviti tersebut dan memastikan pelajar dapat mencapai
dan mampu berjaya jika mereka mencurahkan usaha yang setimpal.

Sebagai tenaga pengajar, guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan perlu
memiliki kemahiran dan pengetahuan serta memahami prosedur untuk melakukan
sesuatu pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian, pengukuran dan penilaian ini
adalah merupakan cara untuk mengesan sama ada matlamat dan objektif telah tercapai
atau tidak. Hasil daripada maklumat ini dapat membentuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik.

Masalah perbezaan penggredan berlaku dalam Pendidikan Jasmani yang mana


pengukuran tidak dapat mewujudkan penghasilan kebolehan prestasi sebenar pelajar.
Penggredan seharusnya melihat kepada kemampuan dalam melakukan kemahiran yang
dilatih. Oleh itu, pelajar harus diberi peluang untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti
fizikal serta masa yang mencukupi untuk berlatih kemahiran, seterusnya mencapai gred
yang lebih baik.

3
Penekanan betapa pentingnya hubungan antara penilaian dan pengajaran dan
ketepatan sesuatu penilaian yang dibuat akan memberi kesan yang besar terhadap
pengalaman pengajaran yang dialami pelajar.

Tujuan asal pengajaran adalah untuk membantu dan menolong para pelajar
memperolehi pelajaran yang diinginkan dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor
dan untuk mencapai matlamat penilaian ianya hendaklah dilakukan dengan sistematik
bagi mengangarkan sejauh mana objektif intruksional yang dicapai oleh para pelajar.

Tumpuan terhadap akauntabiliti yang semakin meningkat telah membentuk suatu


keperluan untuk pengukuran dan penilaian. Keperluan ini telah dirasa pada setiap tahap
di segenap penjuru pendidikan dan Pendidikan Jasmani juga tidak terkecuali.

Setiap guru perlulah bijak menguji kemahiran yang dikehendaki kerana guru
merupakan penguji yang layak kerana mereka tahu tentang prestasi pelajarnya
berbanding penguji luar atau ujian yang serupa. Masalah utama yang dihadapi oleh guru
pendidikan jasmani ialah untuk membuat pemarkahan (grading) terhadap pendidikan
jasmani kerana tiada prosedur dan kaedah yang jelas untuk melaksanakannya.

Pendidik pendidikan jasmani dapat menguji kemampuan motivasi pelajar dalam


penggredan dengan kaedah berikut:
1) Menggunakan penilaian rujukan criteria berdasarkan pencapaian dan objektif
yang jelas seperti yang dinyatakan dalam buku rujukan pendidikan jasmani
2) Elakkan penilaian rujukan norma walaupun ia dapat membantu guru menilai
kemampuan murid, ia selalu di salah gunakan. Ia boleh melemahkan pelajar yang
lembab dan menjadikan sukan untuk menentukan samada murid telah menguasai
kemahiran asas.
3) Elakkan penggredan lulus–gagal atau kredit dan tidak kredit. Sistem ini
kadangkala menyebabkan pencapaian yang rendah dan kehendak untuk
melakukan yang terbaik tidak sama berbanding pelajaran lain. Ia juga
menggalakkan sikap yang negatif terhadap pendidikan jasmani.

4
Terdapat beberapa perinsip yang perlu dipatuhi dalam penggredan. Diantaranya
ialah gred yang diberikan mestilah berkait terus dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran, mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti yang tinggi.
Kaedah pemberatan perlulah digunakan bagi setiap unit pengajaran agar tumpuan dapat
diberikan dengan tepat. Kaedah penggredan juga perlulah mudah ditadbir dan mudah
difahami oleh semua pihak termasuklah guru, pelajar dan keluarga pelajar. Seterusnya
gred yang diberikan harus dapat membezakan pencapaian pelajar yang baik dan lemah.

Walaupun penyelidik kajian lampau berjaya menghasilkan bateri ujian kecergasan


motor, tetapi hasil kajian mereka masih kurang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani
bagi mengukur kecergasan motor pelajar. Adalah terlalu sukar bagi guru Pendidikan
Jasmani untuk menggunakan bateri ujian tersebut. Ini terutamanya kerana kebanyakan
ujian yang terdapat dalam bateri ujian tersebut tidak dinyatakan prosedur ujian yang
lengkap dan piawai.

Kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mata pelajaran Pendidikan


Jasmani dan Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani hanya menyatakan jenis ujian
kecergasan motor yang mesti dijalankan tetapi tidak menyediakan prosedur menjalankan
ujian. Tanpa prosedur ujian yang piawai, guru Pendidikan Jasmani tidak dapat
menjalankan ujian dengan berkesan.

Keseluruhannya, penilaian yang berkaitan dengan prestasi kecergasan motor


pelajar dapat dijalankan dengan lebih berkesan setelah guru Pendidikan Jasmani
memahami tujuan sebenar pengujian dan pengukuran ujian kecergasan motor. Guru
Pendidikan Jasmani juga perlu benar-benar mengetahui semua perinsip-prinsip pengujian
dan pengukuran sebelum menjalankan ujian kecergasan motor. Kegagalan guru
menguasai prosedur menjalankan ujian kecergasan motor akan menjejaskan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian. Kesan daripada kegagalan menggunakan prosedur ujian yang
tepat menyebabkan data yang diperoleh adalah meragukan. Sebarang bentuk penilaian
yang dibuat oleh guru berdasarkan keputusan ujian yang meragukan akan menjejaskan
prestasi kecergasan motor pelajar.

5
Setiap perubahan perlu dalam konteks meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan
supaya bakatnya itu dapat di gilap bagi menentukan hala tujunya dalam bidang sukan.
Sekiranya tiada pembaharuan dalam pengukuran penilaian prestasi pelajar, hala tuju
Malaysia sebagai sebuah negara untuk melahirkan bakat-bakat dalam arena sukan
mungkin tidak kesampaian. Oleh itu perlulah di perbaiki dari peringkat bawahan terutama
di sekolah dalam memberikan pengukuran yang bermakna dalam mengenal pasti pelajar-
pelajar yang berbakat dalam pendidikan jasmani khususnya dan sukan secara amnya.
Sekiranya perkara ini dititikberatkan nescaya prestasi sukan di negara ini dapat
ditingkatkan sebaik mungkin.

Menurut Larry (1990), ruang antara teori dan praktis seharusnya dikurangkan
dengan memberi penumpuan utama terhadap teknik yang mudah, efesyen dan boleh
digunakan secara meluas dan ramai, tapi mengekalkan tahap kebolehpercayaan, kesahan
dan keobjektifan yang boleh diterima.
Sesungguhnya secara jelas, yang cara pengajaran serta penilaian yang sistematik
amat diperlukan khususnya dalam konteks Pendidikan Jasmani di Malaysia. Apa yang
berlaku kini, pengukuran dan penilaian kurang diberi keutamaan di kalangan guru
Pendidikan Jasmani. Salah satu sebab utamanya adalah dikaitkan dengan masalah masa
pengurusan. Contohnya, Pendidikan Jasmani hanya dijalankan selama 50 minit
seminggu. Ini mendatangkan masalah kepada guru untuk merekod, menganalisis dan
melaporkan keputusan ujian dengan sistematik dan berkesan. Disamping itu juga guru-
guru kekurangan pengetahuan tentang cara dan teknik penilaian yang sistematik.

Kini, menjadi tanggungjawab Kementerian dan Jabatan Pendidikan untuk


memastikan perlaksanaan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan/Sains Sukan secara sistematik dapat dilakukan oleh guru-guru di
sekolah.

6
Bahaya dalam pendidikan jasmani

Sebagaimana yang diketahui, pendidikan jasmani melibatkan aktiviti fizikal


dikalangan pelajar dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk
mengambil langkah keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kefahaman
berkenaan keselamatan dalam pendidikan jasmani amat penting bagi mencegah
berlakunya kecederaan terhadap murid melalui cara pengajaran atau latihan yang lebih
baik (Wee Eng Hoe, 1994: m.s. 89). Ia juga dapat melindungi pihak sekolah daripada
tindakan undang-undang yang tidak perlu akibat kecederaan yang ringan.

Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru pendiidkan


jamani. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam setiap aktiviti yang dikendalikannya,
malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi murid dalam tempoh pengajaran
dan pembelajaran.

Setiap guru pendidikan jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh


dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Kecederaan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan guru
tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan
ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. Oleh itu
guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan keselamatan untuk kemudahan
pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum melakukan akitiviti. Guru juga seharusnya
mempunyai rancangan pengajaran atau program latihan yang teliti meliputi:
1) Menolong pelajar peka terhadap kemalangan yang mungkin berlaku,
2) Perancangan dan pengetahuan tentang bahan yang diajar,
3) Pengetahuan tentang tahap kebolehan pelajar atau pelatih.

Semasa mengajar, guru juga seharusnya tidak meninggalkan kelas atau tempat
aktiviti dijalankan tanpa pengawasan disebabkan masalah peribadi seperti ingin
mendengar telefon, menjaga anak di tepi gelanggang atau bercakap dengan orang lain.

7
Guru pendidikan jasmani mestilah memakai pakaian yang sesuai dan sentiasa bersama
pelajar semasa aktiviti fizikal berjalan.

Terdapat sebahagian guru yang mengajar pendidikan jasmani tidak memakai


pakaian yang sesuai dan hanya membiarkan pelajar bermain dipadang tanpa pengawasan
yang rapi. Pelajar yang berada di bawah pengawasan guru pendidikan jasmani seharusnya
sentiasa boleh dilihat agar dapat diawasi. Guru juga tidak boleh membiarkan pelajar
menggunakan kemudahan pendidikan jasmani tanpa pengawasan guru pendidikan
jasmani. Seperti contoh ialah penggunaan bilik kecergasan atau gimnasium seharusnya
ada seorang penjaga yang dapat mengawasi perjalanan aktiviti pelajar. Dalam keadaan
yang tiada pengawasan, tempat-tempat sebegitu seharusnya dikunci.

Namun terdapat pentadbir sekolah yang meletakkan guru tidak berkelayakan dan
berkebolehan untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani. Ini telah meningkatkan
lagi risiko berlakunya kecederaan akibat kekurangan pengetahuan dan kefahaman guru
tersebut untuk mengendalikan kelas pendiidkan jasmani. Oleh itu, guru yang ditugaskan
untuk mengajar pendidikan jasmani tetapi kurang berbolehan seharusnya memberitahu
pihak pentadbir tentang tahap kebolehannya. Guru pendidikan jasmani seharusnya
mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempertingkatkan kebolehan diri kerana guru
tidak seharusnya mengajar aktiviti tanpa pengetahuan yang mencukupi.

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan semasa


sesi pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan sukan, guru
harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah sentiasa selamat. Alat-alat
pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada pelajar seperti pelindung muka untuk
penjaga gol hoki dan mesti sentiasa dalam keadaan yang baik. Pelajar diwajibkan untuk
memakai pelindung dalam apa-apa keadaan sekali pun. Sebagai contoh yang lain ialah
pelajar mesti memakai shin-guard dalam hoki dan penjaga lutut dalm bola tampar.

Bagi aktiviti tertentu, pelajar tidak dibenarkan melakukannya secara bersendirian


dan perlu kepada pembantu atau penyokong. Seperti aktiviti gimnastik dalam pendidikan

8
jasmani dan aktiviti angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan penyokong
untuk membantu pelajar melakukan aktiviti. Guru boleh mengajar palajar cara
menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. Jika perlindungan
atau langkah keselamatan gagal disediakan, aktiviti perlulah diubahsuai mengikut
kreativiti guru agar lebih selamat.

Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru harus bijak
memilih aktiviti kepada pelajar. Risiko kecederaan dalam pendidikan jasmani akan
meningkat jika guru gagal memilih aktviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan umur,
saiz dan tahap keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti mestilah dirancang dengan rapi
dan mengikut perinsip-perinsip ansur maju. Arahan yang diberi mestilah jelas
terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan kesilapan yang
mungkin mendatangkan kecederaan. Guru mesti memastikan semua pelajar memahami
dengan jelas setiap arahan yang diberikan sebelum memulakan aktiviti fizikal.

Aktiviti ysng dipilih mestilah sejajar dengan kebolehan pelajar. Pemilihan aktiviti
yang sesuai amat penting untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai. Guru
tidak boleh memaksa pelajar melakukan aktiviti diluar kemampuan atau keinginan pelajar
tersebut seperti pelajar dengan kaki yang sakit tidak boleh dipaksa untuk melompat.

Aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar dan
menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri individualistik
pelajar. Pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti yang mengikut
tahap kebolehannya.

Dougherty (1981) melaporkan bahawa kecederaan yang melibatkan aktiviti sukan


berbentuk sentuhan mencapai tahap 50% dan aktiviti sukan tanpa sentuhan sebanyak
10% daripada jumlah kos kecederaan yang telah dilaporkan secara rasmi. Dalam usaha
mengurangkan kecederaan, langkah pencegahan seharusnya diwujudkan dalam program
pendidikan jasmani.

9
Menurut Gray (1991), proses pengurusan bahaya dilaksanakan mengikut langkah-
langkah berikut:
1) Mengenal pasti bahaya yang berkaitan dengan sukan dan aktiviti fizikal.
2) Menilai bahaya untuk menentukan kebarangkalian berlakunya dan ketenatannya
jika bahaya berlaku.
3) Memilih kaedah yang sesuai untuk menguruskan setiap bahaya termasuk
pengankutan, pengelakan, pengurangan dan pengekalan.
4) Melaksanakan prosedur pentadbiran yang sesuai untuk menggerakkan pelan
pengurusan bahaya.

Apabila seseorang pelajar tercedera semasa aktiviti pendidikan jasmani, adalah


penting untuk guru mendokumentasikan secara terperinci kecederaan yang berlaku itu.
Laporan kecederaan itu akan menjadi rujukan doktor dan mahkamah jika kes itu menjadi
kes mahkamah. Ia juga menolong kita mengenalpastikan dan menghapuskan faktor-faktor
yang menyebabkan kecederaan tetapi boleh dicegah.

Dalam kes serius yang memerlukan pelajar dihantar ke hospital, kemudahan


ambulan, kenderaan sekolah dan kenderaan sendiri hendaklah digunakan. Semasa
menggerakkan pelajar yang tercedera, perhatian diberi supaya tidak menambahkan
ketenatan pelajar.

10
Rujukan

Armstrong, N. (1990). (Ed). New Directions in Physical Education: Volume 1,


Champaign. IL: Human Kinetics.

Julismah Jani. (2007). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi Dalam Pendidikan Jasmani
Dan Sains Sukan. Tanjong Malim: Penerbit Iniversiti Pendidikan Sultan Idris.

Dougherty, N.J. (1981). ‘Are You an Effective Risk Manager?’: Athletic Purchasing and
Facilities, 5:18-21.

Larry, D.H. (1990). Current Measurement and Evaluation Practices in Professional


Physical Education. Journal of physical education, recreation & dance. Mac
1990. Academic Research Library.

Veal M.L. (1991). A badminton tournament that motivates students. Journal of physical
education, recreation & dance. Nov 1991. 62(9), 34-37; Academic Research
Library.

Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

11
ISI KANDUNGAN M/S

1) Pengenalan 1

2) Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani 2

3) Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani 3

4) Bahaya dalam pendidikan jasmani 7

5) Rujukan 11

12

Anda mungkin juga menyukai