Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Dalam zaman pra merdeka, menamatkan zaman bujang seawal usia 14 tahun bagi wanita dan 18
tahun bagi lelaki bukan satu perkara yang asing malahan sesuatu yang lumrah dalam kalangan
semua kaum. Trend itu bagaimanapun berubah selepas negara merdeka. Anak muda mula
berlumba-lumba memantapkan diri masing-masing, khususnya daripada aspek ekonomi dan
pendidikan. Berkahwin lewat bukan lagi satu perkara memalukan sebaliknya lumrah dan semakin
diterima masyarakat. Namun, dalam zaman globalisasi ini, kahwin muda kembali sebagai satu
gaya hidup. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), kahwin bermaksud perikatan yang sah
antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah. Manakala muda pula bermaksud
belum tua, masih remaja, gadis atau teruna, golongan orang muda dan generasi baru. Oleh itu,
kahwin muda boleh didefinisikan sebagai orang atau individu yang masih remaja dan belum
dewasa diikat secara sah dan membentuk satu institusi keluarga yang baru. Kahwin muda juga
membawa maksud perkahwinan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun. Perkahwinan adalah
ikatan lahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang pada umumnya berasal dari
lingkungan yang berbeza terutama dari lingkungan keluarga asalnya, kemudian mengikatkan diri
untuk mencapai tujuan keluarga yang kekal dan bahagia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Shuhada Elis, et al (2010), dalam bancian pada tahun 2000, terdapat 11,4000 remaja bawah 15
tahun telah berkahwin. Daripada jumlah tersebut, 6,800 merupakan remaja perempuan dan 4,600
adalah remaja lelaki. Daripada jumlah remaja perempuan tersebut, sebanyak 2,450 adalah dari
kalangan kaum Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa kahwin muda ini lebih cenderung berlaku
dalam keluarga Melayu. Kahwin muda dalam kalangan anak remaja bawah umur tidak dinafikan
dapat memberikan manfaat, namun terdapat juga keburukan berkahwin dalam lingkungan usia
ini. Tidak dinafikan remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun dikatakan sebagai ‘mentah’
dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumah tangga serta menempuh pelbagai asam garam
sebagai suami isteri.

FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA

Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan pada hari ini untuk berkahwin pada usia yang
masih muda. Berikut merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan berlakunya kahwin
muda :

2.1 Keterlanjuran
Dewasa ini, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Hampir setiap hari ada
sahaja isu pembuangan bayi yang terpampang di muka depan akhbar harian. Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri pernah bersabda bahawa di akhir zaman nanti akan lahirnya manusia yang tidak
berbapa dalam kuantiti yang banyak sekali. Kalau dibandingkan dengan di luar negara sana,
memang hampir 100% bayi yang dilahirkan itu adalah anak sebelum bernikah. Di negara Islam
Hadhari ini iaitu Malaysia, lebih kurang 21% bayi yang dilahirkan itu adalah anak luar nikah.
Namun, masih ada lagi segelintir remaja yang mengambil langkah baik dengan mendirikan rumah
tangga setelah terlanjur. Walaupun mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga
pada usia yang mentah, namun ini merupakan cara yang terbaik daripada menanggung dosa
dengan membunuh bayi yang tidak bersalah. Perkahwinan juga dapat memastikan bayi yang
dilahirkan itu mempunyai ibu dan juga ayah setelah dilahirkan.

2.2 Kurang Minat untuk Meneruskan Pengajian

Pada zaman dahulu sekitar 50an dan 60an, berkahwin pada usia yang muda bukanlah suatu yang
ganjil. Ramai yang berkahwin pada usia muda, malah ada sesetengah itu menamatkan zaman
bujang ketika berumur 12 tahun dan 14 tahun. Mungkin pada ketika itu, peluang untuk
melanjutkan pelajaran tidak terbuka luas seperti hari ini. Tambahan pula mereka beranggapan
bahawa orang perempuan tidak perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana
cukuplah sekadar tahu memasak, mengemas dan menguruskan segala keperluan berumah tangga.
Namun, pada zaman sekarang walaupun terdapat banyak peluang pendidikan yang disediakan
namun masih ada yang malas ataupun tidak mempunyai minat untuk belajar. Ekoran itu, mereka
mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda. Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan
pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati perkahwinan membabitkan
pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Budaya dan Adat Resam Orang Melayu

Budaya dan adat resam orang Melayu yang agak konservatif turut mempengaruhi penularan
semula kahwin muda apabila masyarakat sering memandang serong terhadap anak gadis yang
lambat bertemu jodoh. Sering kali mereka di label dengan pelbagai gelaran seperti andartu (anak
dara tua) dan dianggap tidak laku. Lebih teruk lagi, ada anak gadis yang diminta untuk mandi
bunga bagi mempercepatkan jodoh. Andai ada anak gadis yang di sunting dan andai ada anak
teruna yang masih bersendirian, nescaya pelbagai tohmahan dan kata-kata sinis akan menjadi
habuan. Ini membuatkan anak gadis sekarang bimbang untuk berkahwin lambat walaupun mereka
mempunyai pelbagai komitmen lain seperti pelajaran dan juga cita-cita yang ingin dipenuhi.

Desakan Keluarga

Dalam konteks ini, desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia
muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan
darjat, susur galur dan agama. Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman
bujang anak mereka. Pertama, kerana khuatir anak mereka tidak akan mendapat jodoh jika
perkahwinan ditangguhkan. Mereka juga tidak mahu mendapat sindiran sinis dan tohmahan dari
masyarakat sekeliling. Kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu
dikahwinkan pada usia yang muda untuk mengurangkan beban. Tidak kurang juga keluarga yang
berpendapat bahawa perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak
perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda. Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja
dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada
zaman yang kian global.

Perlindungan dan Keselamatan

Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana kebanyakan ibu bapa
percaya anak gadis mereka akan dilindungi oleh suami sebaik sahaja berumah tangga. Aspek ini
lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa atau
melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan. Selain daripada itu, iba bapa bimbang
anak gadis mereka terlalu bebas sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Ada anak
gadis yang berfikir dari sudut positif. Mereka berkahwin pada usia muda kerana mereka mahu
berasa selamat di samping seorang lelaki yang mempunyai satu ikatan yang sah dengan mereka.
Mereka memilih satu ikatan perkahwinan dengan nawaitu kerana Allah. Mereka teramat bimbang
akan tersungkur ke lembah yang tidak sepatutnya. Pada masa kini mereka mungkin melihat terlalu
ramai kawan-kawan mereka yang mengandung anak luar nikah. Terdapat juga banyak kes
bersekedudukan. Lalu perasaan takut dan bimbang mulai menjalar di hati mereka. Justeru itu
mereka memilih untuk berkahwin bagi mengelak daripada berlakunya maksiat.

Anda mungkin juga menyukai