Anda di halaman 1dari 4

1.1) Takrifan tentang TMK dalam pendidikan.

Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat semakin rancak
berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia tanpa sempadan
(globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan
mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para
pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian
bidang yang diingini. Keberkesanan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat
dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi
pendidikan tinggi. Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya
dilihat suatu yang positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat berlumba-
lumba untuk melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikian masih ada golongan atau
pihak yang memandang remeh dan tidak mengendahkan perkara ini kerana
mereka beranggapan penggunaan TMK tidak penting dalam kehidupan harian.

Dalam usaha mengikis tanggapan negatif segelintir masyarakat, kerajaan telah


melaksanakan pelbagai langkah seperti kempen satu rumah satu komputer serta
membenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli komputer. Ini bertujuan untuk
memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang serba canggih.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan
memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha untuk
memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Antara
program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my-
schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For Learning) dan portal
EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan generasi akan datang yang diharap dapat
menjadi generasi celik TMK yang cemerlang. Maka dengan itu, wujudlah istilah pendidikan
dan TMK yang sering dilaung-laungkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:
‘Kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk
memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’ Di sekolah
juga dilihat telah banyak mengaplikasikan penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya,
proses P&P yang dijalankan di sekolah masih menggunakan cara tradisional, namun TMK
memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih
dan lebih berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Coleman dan J. Nicholas et.
al(1998), berpendapat teknologi yang digunakan adalah sebagai alat bantuan mengajar dan
bukannya sebagai pengganti guru, pensyarah, pengajar atau pelajar. Dengan ini jelaslah
penggunaan TMK dalam P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien,
terancang dan bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Dalam arus kemodenan yang semakin maju, maklumat perlu diperoleh dengan segera
agar sesuatu kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau ICT (Information and Commmunication Technology) menjadi salah satu
daripada keperluan yang penting dalam pemprosesan data kerana ruang lingkupnya yang
amat luas. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi(TMK) ditakrifkan sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,
penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi
komputer dan telekomunikasi.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga adalah perkara-perkara yang
berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan serta penyebaran maklumat
yang menggunakan teknologi komputer dan telekomunikasi. Lazimnya, seseorang individu
dapat mencapai aspek-aspek berikut melalui media cetak dan elektronik. Contoh, bagi media
cetak ialah buku, majalah dan surat khabar manakala media elektronik ialah internet, telefon
bimbit, radio dan televisyen. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) ini ialah sebagai wadah untuk memperoleh, menyimpan, memproses dan
menyebarkan maklumat melalui media cetak dan elektronik.
Menurut Martin, Brown, DeHayes, Hoffer dan Perkins (2005), teknologi maklumat
ditakrifkan sebagai kombinasi teknologi komputer yang terdiri daripada peringkat keras dan
lunak untuk mengolah dan menyimpan informasi dengan teknologi komunikasi untuk
melakukan penyaluran informasi. Hal ini bererti teknologi maklumat ini bermula daripada ‘hard
copy’ iaitu media cetak kemudian ditransformasikan dalam bentuk ‘soft copy’ iaitu dalam
media elektronik. Di sini teknologi komunikasi digunakan sebaga ialat penyaluran
informasinya, sedangkan informasinya diolah dan disimpan dalam komputer. Perkara ini
berlaku dengan segala informasi yang ada dimuatkan dalam media elektronik untuk disimpan
dan dikongsikan.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik
kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru
dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya
dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk
di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui
ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru
dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru
dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu
subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan
pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa
perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat
terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang
berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi
terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta
menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam
menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya
untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru
juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi
semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan
pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar
pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi
menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru
dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam
bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat
di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman
murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama
dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid
dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya
melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid
akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat
segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap
sistem yang di ajar menggunakan ICT.

Anda mungkin juga menyukai