Anda di halaman 1dari 3

PINTAR CERDAS

MAKSUD

Kamus dewan mendefinisikan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys
and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang
dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang
luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan
mindanya.

CIRI FIZIKAL

Keinginan untuk tahu tinggi (Curiosity)

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam (Deep interests)

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau
mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas (Fast Absorption Rate)

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi (High Memory)

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta
mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal (Early Reading Skills)

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam
sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk
ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita
yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam


sekitar

ETIOLOGI

PROGRAM PENGAYAAN

Aktiviti pendedahan

Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang
lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat
pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan
maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada
majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah,
tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

Latihan berkelompok

Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti
latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-
penemuan.
Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan
kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar.
Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi
bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk,
menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan
membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

Program Percepatan

Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan
dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang
lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian
daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi
(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti
kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk
mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

Program Pengelompokan

Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan
dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program
pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-
kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar
cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.

Anda mungkin juga menyukai

  • Borang LDP
    Borang LDP
    Dokumen1 halaman
    Borang LDP
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Borang LDP
    Borang LDP
    Dokumen1 halaman
    Borang LDP
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Borang LDP
    Borang LDP
    Dokumen1 halaman
    Borang LDP
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pengacara Majlis MPPA
    Pengacara Majlis MPPA
    Dokumen3 halaman
    Pengacara Majlis MPPA
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pengacara Majlis MPPA
    Pengacara Majlis MPPA
    Dokumen3 halaman
    Pengacara Majlis MPPA
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pengacara Majlis MPPA
    Pengacara Majlis MPPA
    Dokumen3 halaman
    Pengacara Majlis MPPA
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Individ U
    Individ U
    Dokumen18 halaman
    Individ U
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Langkah RPH
    Langkah RPH
    Dokumen2 halaman
    Langkah RPH
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Apakah ASD
    Apakah ASD
    Dokumen3 halaman
    Apakah ASD
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Apakah ASD
    Apakah ASD
    Dokumen3 halaman
    Apakah ASD
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pendidikan Inklusif Pintar Cerdas
    Pendidikan Inklusif Pintar Cerdas
    Dokumen2 halaman
    Pendidikan Inklusif Pintar Cerdas
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Sindrom Down
    Sindrom Down
    Dokumen2 halaman
    Sindrom Down
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat