Anda di halaman 1dari 2

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

- Kamus Dewan mentakrifkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal.
- Buku yang bertajuk ‘ The Joys and Challenges of Raising a Gifted Childs’ yang
ditulis oleh Susan K. Golant berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya mengabungkan beberapa
maklumat dalam menghasilkannya.
- Umumnya, pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu.
Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa
memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan
mindanya.
- Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas sebagai
merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan
penaakulan dengan baik.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

- PERSONALITI
Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang
tidak difahami

- KREATIVITI
Kreatif terutamanya dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mereka dapat
menggunakan barang ataupun peralatanyang biasa secara kreatif & Mempunyai daya
imaginasiyang tinggi, aktif dan pelik.
- GAYA BELAJAR
Suka belajar dengan sistematik, memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar
di dalam bilik darjah , rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu,
belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan berminat
dalam pembelajaran di samping pencapaian akademik yang tinggi
- KOGNITIF
Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru dengan
mudah dan peka. Pada waktu yang sama, menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu
tugasan serta berupaya menyelesaikan masalah.
- EMOSI
Penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik serta mampu bersosial dengan cepat.
- BAHASA
Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal/ mengingat apa
yang dibaca dan didengar dengan mudah.
- FIZIKAL
Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan,kekuatan dan kesihatan. Pelajar
pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.Kegagalan
membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka
adalah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai