Anda di halaman 1dari 18

KURSUS:

HSA3043 ASIA TENGGARA ABAD 20

PENSYARAH: DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

TUGASAN INDIVIDU

Group No. Soalan Fakulti


C 2 FSK

BANDINGKAN PERKEMBANGAN SOSIAL DAN POLITIK YANG BERLAKU DI


BURMA DAN FILIPINA ANTARA TAHUN 1900-1940

NAMA:

AZIRULAZIZI BIN SUHAILI

NO. MATRIK:

D20151071746

1
1.0 PENDAHULUAN

Burma dan Filipina pada suatu ketika dahulu dikuasai oleh kuasa besar dunia sebelum

perang dunia kedua. Sepanyol telah bertapak di Filipina selama 300 tahun dan berakhir apabila

perjanjian Paris yang telah ditandatangani pada tahun 1898 antara Sepanyol dan Amerika

Syarikat.1 Perjanjian ini disebabkan oleh kekalahan Sepanyol di Cuba dalam perang Sepanyol-

Amerika sehingga merebak ke Teluk Manila. Oleh yang demikian, Sepanyol terpaksa

menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat dengan bayaran $20,000,000.2 Presiden McKinley

pada awalnya tidak bercadang untuk menjadikan Filipina sebagai sebuah koloni Amerika Syarikat

kerana bertentangan dengan tradisi Amerika Syarikat yang menentang penjajahan. Walau

bagaimanapun, ancaman Jerman yang ingin menjadikan Filipina sebagai koloni menyebabkan

presiden McKinley bertindak menguasai Filipina sungguhpun terdapat penentangan daripada

Senat Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, bermulanya pendudukan Amerika Syarikat di

Asia Tenggara sehingga membentuk ideologi serta fahaman pro-Amerika.

Berbeza pula di Burma, British telah bertapak di wilayah tersebut pada tahun 1824 hingga

1942. Hal ini disebabkan oleh Burma mampu menggugat pensepadanan antara India dan Burma

sehingga dapat menjejaskan ekonominya yang begitu luas di India.3 Sebelum kemasukan British

di Burma, pemerintahan di wilayah ini mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti

Konbaung. Sudah pastinya raja akan dibantu oleh pegawai-pegawainya bagi melicinkan

pentakbiran. Akibat daripada perang Inggeris-Burma telah menyebabkan Burma dikuasia oleh

British dan akhirnya dinasti Konbaung, institusi raja dan pembesar dihapuskan. Pesuruhjaya

1
Manuel A. Caoili, The Origins Of Metropolitan Manila, University of The Philippines Press, Diliman Quezon City,
1999, hlm 44.
2
J. S.Furnivall, Experiment in Independence: The Philippines, Manila: Solidaridad Publishing House, 1974, hlm 22.
3
Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia, Routledge Curzon, London and New York, 2001, Hlm 105.

2
Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi serta aktar-aktar baru telah diterapkan oleh British di

Burma. Antaranya adalah Akta Kampung Ulu Burma (1887) dan Akta Perkampungan Burma

(1889) melenyapkan pemerintahan tradisional.

1.0 FILIPINA

Pemerintahan

Pembinaan sesebuah negara didorong oleh beberpa faktor penting bagi membentuk sebuah

kerajaan yang berdiri tegak dan berkuasa mutlak. Filipina di dalam peralihan daripada Komanwel

dan pengisytiharaan Republik telah menyebabkan penduduknya mendapat latihan dan pendedahan

didalam setiap pentadbiran. Bidang kuasa eksekutif iaitu Commander-in-Chief dipindahkan

kepada Pengerusi Suruhanjaya Filipina yang menjadi Gabenor Awam pada tahun 1901 dan pada

tahun 1905, kuasa ini diberi kepada Gabenor Jeneral.4 Ahli Suruhanjaya telah membentuk

penasihat Kabinet bagi mengetuai empat jabatan iaitu Jabatan Pedalaman, Perdagangan dan Polis,

Perundangan dan Kewangan, dan Penerangan. Malah, tiga rakyat Filipina telah dilantik ke

Suruhanjaya tanpa jawatan menteri (portfolio).

Akta Filipina 1902, Presiden Amerika Syarikat dengan keizinan Senat telah menguatkan

perlantikan Gabenor Jeneral, Ketua Eksekutif Jabatan dan ahli-ahli Suruhanjaya. Pada tahun 1908,

orang Filipina telah dilantik sebagai Ketua Jabatan buat pertama kalinya. Keempat-empat jabatan

yang asal telah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan lebih banyak jabatan telah dikendalikan

di bawah kelolaan orang Filipina. Sebelum ini, pentadbiran Filipina secara majoriti dikuasai oleh

orang Amerika dan keadaan ini tidak akan membantu membentuk sebuah negara Filipina yang

merdeka. Semasa Francis Burton Harrison menjadi Gabenor Jeneral Filipina, beliau telah memberi

4
. S. Furnivall, Experiment in Independence: The Philippines, Manila: Solidaridad Publishing House, 1974. Hlm
28.

3
peluang kepada rakyat tempatan menceburi bidang pentadbiran manakala pentadbir Amerika

digalakkan bersara.

Pada Tahun 1929, seramai 471 orang Amerika berkhidmat dalam sektor kerajaan dan

kebanyakannya adalah bekerja sebagai guru berbanding 20,332 orang Filipina. Usaha beberapa

Gabenor Jeneral inilah yang menyebabkan rakyat Filipina mendapat pendedahan tentang

pentadbiran dan bersikap pro-Amerika. Secara keseluruhannya, polisi yang diamalkan oleh

Amerika di Filipina lebih berbentuk janji iaitu mengambil hati rakyat tempatan dalam memberi

kemerdekaan. Malah Amerika Syarikat berusaha untuk menghapuskan kadar buta huruf dalam

kalangan masyarakat serta keupayaan rakyat Filipina bagi membentuk kerajaan sendiri. Pada

tahun 1916, Jones Law atau juga dikenali sebagai Akta Autonomi Filipina menjanjikan

kemerdekaan kepada Filipina seperti berikut:

“It is, as it always has been, purpose of the people of the United States to withdraw

their sovereignty over the Philipine Islands and to recognize their independence as

soon as a stable government can be established therein.”5

Seterusnya, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Kemerdekaan

Filipina atau dikenali sebagai Akta Tydings-McDuffie yang pada dasarnya memberikan

keuntungan kepada Filipina. Berdasarkan akta ini, sebuah Perlembagaan Komanwel cuba

dirangka bagi melahirkan sebuah kerajaan Republik. Sudah pastinya kemerdekaan

merupakan perkara yang di inginkan oleh sesebuah negara setelah diberi persiapan untuk

berkerajaan sendiri. Parti Nasionalis yang dipimpin oleh Ketua Majlis Nasional Osmena

5
Paul H. Kratoska (editor), South East Asia Colonial History, New York & London: Routledge, 2001, hlm. 366.

4
dan Manuel Roxas telah pergi ke Washington pada 1933 untuk menuntut janji bagi

memerintah berkerajaan sendiri yang telah diberi tempoh selama 10 tahun.6

Perundangan

Pada 1933, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Hare-Hawes-Cutting sebagai Akta

Kemerdekaan Filipina sungguhpun dikuasai oleh Presiden Herbert Hoover. Akta Hare-Hawes-

Cutting menjanjikan kemerdekaan kepada Filipina dalam tempoh 10 tahun. Walaupun rang

undang-undang tersebut dirangka dengan bantuan suruhanjaya dari Filipina namun rang undang-

undang tersebut telah dibantah oleh senat Filipina iaitu Presiden Manuel L. Quezon kerana

menganggap bahawa rang undang-undang tersebut tidak adil kerana beberapa sebab.

1. Pertama, syarat undang-undang perdagangan antara Filipina dengan Amerika

Syarikat hanya menguntungkan Amerika Syarikat.

2. Kedua, perkara tentang kawalan imigrasi orang Filipina ke Amerika Syarikat

ditentang.

3. Ketiga, presiden Amerika Syarikat mempunyai hak meluluskan atau tidak meluluskan

pindaan perlembagaan dan

4. keempat, Amerika Syarikat dibenarkan menubuhkan pangkalan tentera di Filipina.

Akta Hare-Hawes-Cutting telah ditolak oleh Dewan Perundangan Filipina.7

Tahun berikutnya, akta yang disemak semula dikenali sebagai Akta Tydings-McDuffie

akhirnya diluluskan oleh Presiden Roosevelt pada 24hb Mac 1934. Menurut akta ini, kemerdekaan

Filipina akan diberi dalam tempoh 10 tahun iaitu pada 4hb Julai 1946. Dalam tempoh 10 tahun,

6
Sterling Seagrave, Dinasti Marcos (Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina), PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta,
1996, hlm 44.
7
Ibid, hlm 45.

5
Filipina akan mendapat taraf Komanwel dan menjadi wilayah jajahan Amerika Syarikat. Oleh itu,

warga Filipina akan menyatakan kesetiaan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan warga Filipina

dilayan dengan hak yang sama dengan warga Amerika Syarikat. Akta Tydings-McDuffie ini

diterima sebulat suara oleh Perundangan Filipina pada 1hb Mei 1934. Akta ini lebih kurang sama

dengan Undang-undang Hare-Hawes-Cutting tetapi memberi peruntukan yang lebih

menguntungkan pihak Filipina. Akta ini memberi kuasa kepada orang Filipina melalui konvensyen

perlembagaan yang terdiri daripada 200 orang ahli melantik anggota sebuah Kongres yang akan

bertanggungjawab merangka sebuah Perlembagaan Komanwel ini bakal mewujudkan kerajaan

Republikan.8 Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat masih bertanggungjawab dalam hal-ehwal

Filipina seperti polisi luar, mata wang, perdagangan, imigrasi serta pembetukan undang-undang

tertentu memerlukan pengesahan daripada presiden Amerika Syarikat.9

Perlembagaan Filipina dirangka dan diluluskan oleh persidangan pada 8hb Februari oleh

Presiden Roosevelt pada 23hb Mac 1935. Pada 14hb Mei 1935, warga Filipina dibenarkan

mengundi untuk mengesahkan perlembagaan tersebut dan kerajaan Filipina dibentuk atas prinsip

yang sama dengan perlembagaan Amerika Syarikat. Pada September 1935, pilihan raya pemilihan

presiden diadakan dan Manuel L. Quezon dipilih sebagai Presiden Filipina dan Sergio Osmena

sebagai Timbalan Presiden. Secara ringkasnya, Komanwel menyediakan Filipina ke arah

kemerdekaan sebenar.

Sememangnya kebajikan serta taraf kesihatan rakyat Filipina semasa pemerintahan

Amerika Syarikat sejak tahun 1898 berada pada tahap yang memuaskan. Perkara ini disebabkan

8
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2001, hlm. 355.
9
Manuel A. Caoili, The Origins Of Metropolitan Manila, University of The Philippines Press, Diliman Quezon City,
1999, hlm 54.

6
oleh pelbagai dasar yang telah diterapkan oleh pemerintah bagi menjaga taraf sosial rakyat

Filipina. Sudah pastinya, Amerika Syarikat menggunakan dasar ini bagi menjaga hati rakyat

supaya rakyat dapat dikawal dan tidak memberontak. Tambahan lagi, Amerika turut menyediakan

kemudahan awam untuk membolehkan pemodernan di Filipina berjalan dengan jayanya. Amerika

Syarikat telah menyediakan kemudahan seperti Hospital, elektrik, syarikat jalan raya, telefon,

telegraf, tramcars, kelab sosial dan sebagainya. Hal ini akan membantu kemajuan sosial

masyarakat di Filipina.10 Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Filipina memberi

kesedaran serta pendedahan yang begitu baik dalam merubahkan sikap rakyat Filipina bagi

menjaga kesihataan. Ekoran daripada ini, sebuah Biro Kesihatan dan Jabatan Pelajaran telah

ditubuhkan pada tahun 1916. Sungguhpun begitu, Jabatan Pelajaran telah dipisahkan dan Jabatan

Kesihataan dan kebajikan Masyarakat mulai ditubihkan pada tahun 1941. Akibat daripada

tindakan ini, penyakit yang mampu mengancam nyawa rakyat Filipina dapat dibendung antaranya

ialah, beri-beri, malaria dan batuk kering. Akhirnya, perkara ini telah meningkatkan kadar

kesihatan penduduk Filipina secara menyeluruh.

Pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina turut membangunkan taraf sosial masyarakat

dengan pelbagai inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat taklukannya. Amerika Syarikat telah

menubuhkan sekolah perubatan untuk melatih rakyat Filpina dallam bidang perubatan ditambah

pula dengan memberi galakkan kepada golongan wanita Filipina yang berminat untuk menyertai

bidang kejururawatan. Ekoran daripada perkara ini, pada tahun 1938, seramai 900 orang pelajar

dilatih sebagai jururawat di kolej kerajaan mahupun swasta. Tambahan lagi, ramai doktor

perubatan telah diberi latihan bagi membantu pihak Amerika bagi mengawal kadar penyakit di

Filipina. Rakyat tempatan pada awalnya mengambil mudah akan taraf kesihataan sehingga

10
Ibid hlm 48.

7
terdedahnya kepada penyakit yang berbahaya. Oleh yang demikian, Amerika Syarikat telah

menyediakan bekalan air yang bersih serta sistem pengairan yang betul bagi membendung masalah

penyakit yang berpunya daripada bawaan air dengan betul.

Disamping itu, pelbagai pendekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat bagi menjaga

kebajikan rakyat Filipina. Golongan petani mendapat manafat di dalam program serta dasar yang

ditekankan oleh Amerika Syarikat dimana para petani diberi tanah untuk diusahakan bagi

meningkatkan pengeluaran pertanian yang optimum. Petanian yang diusahakan mampu

menyediakan bekalan makanan yang secukupknya bagi rakyat Filipina dan mampu di export ke

luar negara.11 Tambahan lagi, dengan tarf kesihatan yang baik turut mampu meningkatkan jumlah

populasi rakyat Filipina seperti yang dicatatkan pada tahun 1939 iaitu 623, 492 orang.

Pendidikan

Pendidikan sememangnya amat penting dalam mengerakkan serta membangungkan

rakyat. Pendudukan Amerika di Filipina menyebabkan rakyat tempatan terdedah dengan sistem

pendidikan yang diterapkan di Amerika Syarikat sama ada dalam aspek bahasa, satera, seni dan

sains (pendidikan modern).12 Sememangnya Amerika mempunyai agendanya yang tersendiri bagi

membentuk rakyat Filipina dengan cara kehidupan yang bersifat demokrasi. Oleh yang demikian,

dasar yang ditekankan oleh Amerika sememangnya sejajar dengan caranya iaitu menggunakan

pendidikan untuk membolehkan rakyat Filipina mampu berkerajaan sendiri hasil daripada

pencorakkan yang telah dibuat. Dalam erti kata lain, Filipina mencontohi corak pemerintahan

Amerika Syarikat bagi memudahkan Amerika mengerakkan ideologinya di Asia Tenggara. Tidak

11
Ibid, 45.
12
Ibid.

8
lupa juga, kebudayaan Amerika turut disesuaikan dalam kehidupan dalam karangan rakyat

Filipina.13

Bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan bagi setiap bandar di Filipina. Rentetan dari

perkara ini, pada tahun 1901, Amerika Syarikat telah membawa pelatih guru, tentera dan ahli

peniagaan ke Manila.14 Strategi ini sememamngnya begitu terancang apabila guru-guru ini

dibawa masuk bagi menyebarkan ideologi Amerika tentang kesedaran demokrasi untuk

menyedarkan masyarakat tentang kebebasan. Pendudukan Spanyol menekankan gereja sebagai

simbol kepada pendidikan, namun Amerika menjadikan sekolah sebagai simbol ketamadunan

rakyat Amerika.

Sekolah pertama telah didirikan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1898. Oleh itu, sekolah

menjadi pusat pendidikan rakyat Filipina sehinggalah pada tahun 1900, lebih 100, 000 orang

kanak-kanak dan remaja di Filipina telah memulakan persekolahannya. Pelbagai inisiatif yang

diterapkan oleh Amerika dengan memberi buku percuma, buku nota, pensil dan sebagainya bagi

mendorong mereka untuk hadir ke sekolah dan belajar bahasa Inggeris. Suruhanjaya Kedua

Filipina yang diketuai oleh William H. Taft telah menubuhkan yayasan untuk sistem sekolah awam

Filipina yang bercorak seperti di Amerika Syarikat. Jabatan Pendidikan berperanan mengawasi

dan mengawal sistem pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. Sistem sekolah awam merupakan

ciri yang paling penting bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, tahap kolej rendah dan

Universiti Philippines.

13
CANO, G. (2013). LeRoy's "The Americans in the Philippines" and the History of Spanish Rule in the
Philippines. Philippine Studies: Historical & Ethnographic Viewpoints, 61(1), 3-44. Retrieved from
http://www.jstor.org/stable/42634748
14
Manuel A. Caoili, The Origins Of Metropolitan Manila, University of The Philippines Press, Diliman Quezon
City, 1999, hlm 48.

9
Sebagai lanjutan daripada keadaan tersebut, Amerika Syarikat juga telah memperkenalkan

sistem pendidikan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir. Pada awal 1904, Jabatan Pendidikan

telah mewujudkan industri seni di sekolah rendah. Pada tahun 1909 kursus perkebunan,

pertukangan kayu, memasak dan lain-lain lagi turut ditawarkan bagi penambahbaikan sekolah

tersebut. Sebagai contoh sekolah vokasional adalah seperti Sekolah Seni dan Perdagangan

Filipina, Sekolah Pertanian bertempat di Luzon, Sekolah Perdagangan dan Sekolah Tinggi di luar

bandar yang telah ditubuhkan untuk memberi sokongan dan dorongan pada pendidikan vokasional.

Selain daripada itu, sekolah dan kolej persendirian turut digalakkan oleh Amerika Syarikat.15

Namun begitu, Superitenden Pejabat Sekolah persendirian telah ditubuhkan pada 1910 yang

bertujuan untuk mengawasi institusi pendidikan persendirian. Terdapat juga universiti

persendirian yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat. Sehingga tahun 1935, terdapat tujuh buah

universiti persendirian antaranya Universiti of Santo Thomas, Silliman Universiti, Universiti

Kebangsaan, Universiti Of Manila dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, sistem pendidikan yang diterapkan oleh Amerika telah mengajar

orang ramai untuk menghargai kebebasan dan oleh kerana itu telah melahirkan semangat

kebangsaan di kalangan rakyat Filipina. Ternyata usaha Amerika ini dalam bidang pendidikan

telah melahirkan ketaatsetiaan golongan nasionalis Filipina kepada Amerika. Selain itu,

pendidikan juga menjadi sangat penting untuk pegerakan mobiliti masyarakat. 16 Hal ini kerana,

kerajaan mengfokuskan rakyatnya keluar dari kemiskinan dan terus maju sejajar dengan

perkembangan pemodernan dunia.

15
Ibid, hlm 49.
16
Ibid.

10
Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar di Filipina dan bahasa ini wajib diajar dalam

kalangan kanak-kanak. Bagi menyebarkan ilmu di Filipina, masyarakat perlulah menguasai bahasa

ini dengan baik bagi memudahkan proses pembelajaran pelbagai ilmu. Oleh itu bahasa Inggeris

menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan penduduk tempatan. Tambahan lagi, bahasa Inggeris

diguna pakai adalah bertujuan untuk mengukuhkan kesetiaan masyarakat Filipina terhadap

kedaulatan Amerika Syarikat dan penyebaran ideologi-ideologi Barat ke atas penduduk Filipina.

Tambahan pula, bahasa Inggeris yang diterapkan ini digunakan dalam sistem pendidikan di

Filipina digabungkan dengan semangat patriotisme bagi melemahkan pengaruh budaya Sepanyol

yang telah sebati dalam hidup masyarakat tempatan. Oleh yang demikian, pengajaran bahasa

Inggeris ini bertujuan untuk menambah minat orang Filipina bersekolah dengan tujuan

mendapatkan pekerjaan.

2.0 BURMA

Perundangan

Sememangnya pendudukan British di Burma telah memberi banyak pengaruh bagi

memodernkan Burma. Pada tahun 1909, anggota Dewan Burma bertambah menjadi 15 orang dan

anggka ini terus meningkat kepada 30 orang pada tahun 1920. Hal ini didorong oleh perkembangan

seiring dengan pertambahan jabatan pentadbiran Burma. Namun begitu, keanggotaan dalam

Dewan ini dibuka pada tahun 1920 kepada bangsa-bangsa Asia kerana sebelum ini kebanyakkan

rakyat tempatan tidak begitu mahir dalam pentadbiran modern. British telah mempengaruhi polisi

bagi mentransformasikan Burma.17 Penglibatan orang-orang Burma mula terserlah apabila

17
Taylor, R. (2014). South East Asia Research, 22(3), 446-450. Retrieved from
http://www.jstor.org/stable/43818543

11
kelayakkan mula ditapis bagi melaykkan diri dalam pentadbiran kerajaan British. Orang-orang

Burma yang berkelayakan dan menguasai bahasa Inggeris akan diambil bekerja di dalam sektor

awamdengan gaji dan peluang kenaikan pangkat turut sama. Hal ini dapat dibuktikan apabila orang

Burma dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya dalam tahun 1908. Oleh yang demikian, British

sememangnya memberi peluang dan penglibatan kepada penduduk tempatan agar mampu

memerintah berkerajaan sendiri.

Kehadiran British di Burma sememangnya memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat

tempatan. Kemudahan-kemudahan di luar bandar yang telah disediakan oleh British ini memberi

kesedaran penjagaan kebajikan kepada rakyatnya. Dalam erti kata lain, British menjadi hati rakyat

bagi mengukuhkan penguasaannya di Burma. Antara kemudahan-kemudahan yang di sediakan

oleh British ini adalah seperti lorong pejalanan kaki lima, lampu-lampu jalan, kemudahan

kesihatan dan perubatan, membekalkan bekalan elektrik dan air bersih. Hal ini dapat dibuktikan

pada tahun 1923, Jabatan kerjaraya telah menyediakan semua kemudahan asas ini bagi

membangunkan Burma. Ini merupakan taktik ekonomi British di Burma bagi menggalakkan

penglibatan rakyat-rakyat tempatan untuk berkerja di bawah British.18

Pentadbiran

Sistem mandala diguna pakai dalam pentadbiran tradisional di Burma sebelum kedatangan

British. Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan sepusat yang mewakili wilayah-wilayah

yang menerima penguasaan yang berbeza. Mandala ini boleh diertikan sebagai bulatan yang

dibentuk dalam sistem pemerintahan. Hal ini jelas apabila di tengah-tengah bulatan ini terletaknya

18
Saha, J. (2013). Colonization, criminalization and complicity: Policing gambling in Burma c 1880–1920. South
East Asia Research, 21(4), 655-672. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/23752606

12
ibu kota yang dikuasai secara terus oleh raja. Bulatan pertama ini merupakan pusat bagi

pentadbiran. Bulatan yang kedua merupakan wilayah di sekelilingnya yang diperintah oleh putera-

putera raja mahupun gabenor-gabenor yang dilantik oleh raja. Di sekelilingnya ialah wilayah

jajahan takluk yang telah terikat kepada kuasa pusat. Bagi membolehkan raja mengawal setiap

kegiatan dan tingkah laku wilayah takluk ini, mereka diminta untuk memberi ufti kepada raja

mengikut tempoh masa tertentu. Seterusnya, bulatan yang ketiga yang tidak dikuasai secara

langsung daripada kuasa pusat, mereka perlu mengakui ketuanan kerajaan pusat. Namun begitu,

sistem ini telah diubah suai oleh British bagi menggantikan sistem perundangan tradisional kepada

sistem perancangan Barat. Sebagai contoh penglibatan penguasaan individu yang sebelum ini di

kuasai oleh Raja telah berubah kepada pemiliharaan hak individu.

Kemasukan British sudah pastinya memberi kesan terhadap sosial serta ekonomi

masyarakat tempatan di Burma.19 Dasar-dasar yang telah diterapkan oleh British ini sedikit

sebanyak telah mengubah identiti penduduk tempatan. Hal ini demikian kerana, penguasaan penuh

pihak British dalam soal politik, ekonomi telah membentuk identiti masyarakat Burma yang maju.

Oleh yang demikian, masyarakat Burma terutamanya pemimpin tempatan mulai tergugat dengan

pengaruh yang dibawa oleh British ini. Sudah pastinya penduduk tempatan hilang penguasaannya

dalam peniagaan apabila sistem ekonomi yang dikuasai british memberi peluang kepada

penguasaan peniagaan kepada bangsa India. Hal ini demikian kerana British membawa peniaga-

peniaga dari India bagi mengembangkan ekonomi mereka di Burma. Tamabahn lagi British telah

memperkenalkan kepelbagaian sosialis dan konsep Marxist di Burma pada tahun 1930.20 Oleh

yang demikian, masyarakat Burma mulai hilang pengaruh dalam ekonomi yang berasaskan

19
Robert H. Taylor 2005, Pathways to the Present : Myanmar (Beyon Politics to Societal Imperatives) edited Kyan
Yin Hlaing et al, hlm12.
20
Ibid, hlm3.

13
peniagaan. Perubahan sistem ekonomi telahmelemahkan pendidikan dalam kalangan

masyaratakttempatan dan ini sememangnya memberi kelebihan kepada masyarakat pendatang

terutamanya masyarakat India.

Pendidikan

Jika diteliti dengan lebih mendalam, pendidikan merupakan pengerak utama dalam

sesebuah peradaban manusia. Seperti yang berlaku di Burma, Universiti Rangoon di buka dalam

bulan Disember 1920 dan 1930, telah berlaku kejadian pegerakan pelajar secara beramai-ramai.21

Apabila pendidikan menjadi buah idea dan perkembangan ilmu, sememangnya akan dapat

menerapkan semangat nasionalisme dalam setiap diri pelajar. Pemogokan tersebut telah memberi

impak yang besar dalam insitusi pendidikan di Burma. Hampir semua Universiti dan sekolah

menengah ditutup akibat dari kejadian tersebut. Hal ini disebabkan oleh, pebantahan kenaikan

kelayakan bagi memasuki Universiti secara markah lulus ujian sahaja. Golongan terpelajar,

menganggapnya sebagai satu tindakan untuk mengehatkan jumlah mahasiswa Burma di Universiti

Rangoon. Menyedari hakikat tersebut, beberapa perubahan penting berlaku akibat langsung dari

permogokan yang meluas tersebut. Antaranya ialah, timbulnya kesedaran dalam setiap diri ibu

bapa dan pelajar bagi memperjuangkan hak kebangsaan. Dewan Umum Persatuan-persatuan

Budha D.U.P.B) telah dibentuk bagi menentang pembentukan diarki bagi Burma. Masyarakat

Burma yang berpendidikan menjadi minat terhadap politik bagi menggerakkan rakyat.

Lanjutan daripada peristiwa tersebut, D.U.P.B. bertindak mengadakan bantahan terhadap

sistem diarki tersebut. Pada tahun 1922, Sangha Sametggi telah bergabung dengan D.U.P.B. untuk

menentang Sistem Diarki yang dilancarkan pada tahun 1921. Mereka memulaukan pilihan raya

21
Ibid hlm14.

14
pertama untuk memilih ahli-ahli Dewan Perundangan. Seterusnya, mereka memulaukan pilihan

raya pada tahun 1925 dan 1928. Dalam isu pemisahan Burma dari India, kumpulan anti-pemisah

yang terdiri daripada Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint membentuk Liga Anti Pemisah kerana

bimbang akan melambatkan dan membantutkan usaha Burma mencapai taraf berkerajaan sendiri.

Tambahan lagi, permodenan Burma pada dasarnya dibentuk oleh British berdasarkan kepelbagaian

bangsa.22 Namun aspek agresif dan nasionalisma Burma yang digalakkan oleh sami-sami Pongyi

iaitu U Ottama mendapat sokongan daripada sami-sami muda. Hal ini berikutan daripada

serangannya yang hebat terhadap pemerintahan British sebagai pemerintahan yang melunturkan

kepercayaan orang-orang Budha. Sememangnya hubungan golongan agama dengan rakyat begitu

rapat dan boleh mempengaruhi kestabilan politik dan ekonomi Burma. Tambahan lagi, apabila

seseorang pelaku jenayah di Burma akan diadili di India dan mengikut undang-undang British-

India.23 Sudah pastinya ini telah memberi kemarahan penduduk tempatan kerana perbezaan

budaya dan adat resam antara Burma dan India adalah lain .

Bagi mendapat sokongan daripada rakyat Burma, beliau telah mengembara ke seluruh

Burma sambil menyerang sistem diarki dan menuntut pemerintahan sendiri dari British dalam

tahun 1921. Beliau telah menyemarakkan semangat rakyat dengan mengapi-apikan supaya

memberontak dari pemerintahan British seterusnya mengjangkakan bahawa Perancis atau

Amerika akan bembantu Burma. Akibat daripada tindakan tersebut, British telah memenjarakan

U Ottama beberapa kali iaitu antara tahun 1921 dan 1927 seterusnya menyebabkan para

pengikutnya semakin bertambah termasuk ahli politik yang berpendidikan Barat. Pada tahun 1922,

seramai 21 orang pemimpin yang berpendidikan British memisahkan diri dari Majlis Umum

22
Ibid hlm7.
23
Saha, J. (2013). Colonization, criminalization and complicity: Policing gambling in Burma c 1880–1920. South
East Asia Research, 21(4), 655-672. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/23752606

15
Persatuan-persatuan Burma (GCBA) lalu memohon untuk menjadi ahli Dewan Perundangan.

Golongan ini menjadi menjadi penggerak kepada parti rakyat yang menjadikan dasar sederhana

terhadap kerajaan British di Burma.

Pada tahun 1928, laporan Suruhanjaya Simon telah menyemarakkan lagi aktiviti gerakan

nasionalisme di Burma. Suruhanjaya ini menegaskan bahawa pemisahan Burma daripada India

dan perkara ini disokong oleh pegawai British dan saudagar-saudagar. Berikutan dengan perkara

tersebut telah menimbulkan perasaan curiga masyarakat Burma sehingga membentuk liga anti-

pemisahan bagi menentang cadangan pemisahan yang dipimpin oleh Ba Maw. Perbadanan British

Burma di dalam empayar India bukan sahaja lanjutan kepada krisis tentera British India malahan

juga pentadbiran dan sistem undang-undang di British Burma.24

Pada tahun 1930-1931, berlaku Pemberontakan Saya San bertujuan untuk menggulingkan

kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Walaupun pemberontakan ini menemuai jalan

buntu, namun pemberontakan ini telah menyedarkan rakyat Burma akan kepentingan tradisi

lamanya. Pemberontakan Saya San 1930-1931 menyebabkan beberapa banyak kaum nasionalis

mengagumi keberanian dan semangat kebangsaan pemimpin ketua pemberontakan itu.

Pemberontakan ini sebenarnya merupakan pemberontakan agama dan politik bagi memartabatkan

agama Buddha. Pada tahun November 1931, pemberontakan ini mula menghampiri

pengakhirannya apabila penangkapan Saya San dan U Myat Aung. Sejurus dengan itu,

penangkapan pemimpin ini dipergunakan oleh Ba Maw untuk menaikkan populariti politiknya

dengan bertindak sebagai peguam pembela bagi Saya San. Tidak semua rakyat Burma berminat

24
Robert H. Taylor 2005, Pathways to the Present : Myanmar (Beyon Politics to Societal Imperatives) edited Kyan
Yin Hlaing et al, hlm11.

16
dalam politik, namun begitu telah wujud beberapa golongan nasionalis negara bagi membebaskan

negara daripada pengaruh British.25

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pergerakan kesedaran sosial dan politik di Burma dan Filipina

didorong oleh dasar dan sikap penjajah di negara masing-masing. Hal ini disebabkan oleh

semangat nasionalis dalam kalangan penduduk mulai menyedarkan tentang pencabulan hak serta

taraf penduduk tempatan. Sikap penjajah yang hanya mengfokuskan kepentingan masing-basing

di Burma dan Filipina sudah astinya menyadarkan rakyat tempatan mulai menginginkan taraf

kemederkaan dan berkerajaan sendiri. Sebagai contoh, seperti yang berlaku di Burma, British telah

mencampuri urusan wilayah tersebut dimana Burma diletakkan didalam pentadbiran India. Namun

begitu, setelah kesedaran masyarakat hasil daripada faktor pendidikan membangkitkan semangat

nasional di negara tersebut. Berbeza pula di Filipina pemberian pendidikan oleh Amerika untuk

penduduk tempatan telah memberi kesedian masyarakatnya untuk berkerajaan sendiri. Namun

begitu, Filipina menjadi pusat penyebaran ideologi Amerika Syarikat di Asia Tenggara.

25
Taylor, R. (2014). South East Asia Research, 22(3), 446-450. Retrieved from
http://www.jstor.org/stable/43818543

17
BIBLIOGRAFI

CANO, G. (2013). LeRoy's "The Americans in the Philippines" and the History of Spanish Rule
in the Philippines. Philippine Studies: Historical & Ethnographic Viewpoints, 61(1), 3-44.
Retrieved from http://www.jstor.org/stable/42634748

J. S.Furnivall. 1974 Experiment in Independence: The Philippines. Manila: Solidaridad Publishing

Manuel A. Caoili. 1999. The Origins Of Metropolitan Manila. University of The Philippines Press.
Diliman Quezon City.

Nicholas Tarling. 2001. Imperialism in Southeast Asia, Routledge Curzon. London and New York.

Paul H. Kratoska (editor).2001. South East Asia Colonial History. New York & London:
Routledge.

Robert H. Taylor. 2005. Pathways to the Present: Myanmar (Beyon Politics to Societal
Imperatives) edited Kyan Yin Hlaing et al.

Saha, J. (2013). Colonization, criminalization and complicity: Policing gambling in Burma c


1880–1920. South East Asia Research, 21(4), 655-672. Retrieved from
http://www.jstor.org/stable/23752606

Sterling Seagrave. 1996. Dinasti Marcos (Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina). PT Dunia
Pustaka Jaya. Jakarta.

Taylor, R. (2014). South East Asia Research, 22(3), 446-450. Retrieved from
http://www.jstor.org/stable/43818543

Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

18

Anda mungkin juga menyukai

  • Borang LDP
    Borang LDP
    Dokumen1 halaman
    Borang LDP
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Borang LDP
    Borang LDP
    Dokumen1 halaman
    Borang LDP
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Borang LDP
    Borang LDP
    Dokumen1 halaman
    Borang LDP
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pengacara Majlis MPPA
    Pengacara Majlis MPPA
    Dokumen3 halaman
    Pengacara Majlis MPPA
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pengacara Majlis MPPA
    Pengacara Majlis MPPA
    Dokumen3 halaman
    Pengacara Majlis MPPA
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pengacara Majlis MPPA
    Pengacara Majlis MPPA
    Dokumen3 halaman
    Pengacara Majlis MPPA
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Apakah ASD
    Apakah ASD
    Dokumen3 halaman
    Apakah ASD
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Sindrom Down
    Sindrom Down
    Dokumen2 halaman
    Sindrom Down
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pintar Cerdas
    Pintar Cerdas
    Dokumen3 halaman
    Pintar Cerdas
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Pendidikan Inklusif Pintar Cerdas
    Pendidikan Inklusif Pintar Cerdas
    Dokumen2 halaman
    Pendidikan Inklusif Pintar Cerdas
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Langkah RPH
    Langkah RPH
    Dokumen2 halaman
    Langkah RPH
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat
  • Apakah ASD
    Apakah ASD
    Dokumen3 halaman
    Apakah ASD
    Azirulazizi Suhaili
    Belum ada peringkat