Anda di halaman 1dari 3

Perang Uhud (Bahasa Arab: ‫ غزوة أحد‬Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal[1] atau 11

Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.[2] Perang
Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang
Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.[3]
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke
Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan
jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua
orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.[1]

Isi kandungan
[sorokkan]

 1Strategi Nabi Muhammad

 2Peperangan

 3Tentera yang terbunuh

 4Penghayatan

 5Nota

 6Rujukan

Strategi Nabi Muhammad[sunting | sunting sumber]


Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu
pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah
ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-
masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Peperangan[sunting | sunting sumber]

Peta pertempuran, menunjukkan kedudukan dan pergerakan Muslim dan Musyrikin


Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-
dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera
musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari
meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan
sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang
berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy
bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan
tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi
Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat.
Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh
baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf
lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad
s.a.w. sepanjang hayatnya.[perlu rujukan] Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak
melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka,
bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu
Amar Al Rahab.
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka
berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan
serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar
lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.

Tentera yang terbunuh[sunting | sunting sumber]


 Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah
tentera Quraisy seramai 23 orang.[4]

 Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba
bernama [Wahsyi]. [Wahsyi]telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina
Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian
diluahkannya.[5]

 Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid
dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Penghayatan[sunting | sunting sumber]


Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi
dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang.
Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat
kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

Nota[sunting | sunting sumber]


1. ↑ Panjat ke:1.0 1.1 1.2 Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "The Battle of Uhud". Ar-Raheeq Al-
Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. pp. 254–288.

2. Panjat↑ Perang Uhud.

3. Panjat↑ Watt (1974) m/s. 136

4. Panjat↑ Berundur ke Bukit Uhud Utusan Online. 8 Jun 2011.

5. Panjat↑ Ibn Ishaq (1955) 380—388, dalam Peters (1994) m/s. 218
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Buku

 Abdul Latip bin Talib (2010). Perang Uhud: catatan duka tentera Islam. Malaysia: PTS Litera Sdn
Bhd. ISBN 978-983-3892-89-1.

 Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris).
Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. 503 m/s.

Anda mungkin juga menyukai