Anda di halaman 1dari 1

Ahmad Bin Ismail (Acc.

No: _________)
Hasimah Binti Mohd Rani (Acc. No: _______)
------Felda Chemomoi,
28310, Triang,
Pahang Darul Makmur.
Tel:09-245----- 16 Disember 2016

Bahagian Operasi Domestik


Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN1438H / 2017M

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, kami merupakan suami dan isteri, telah membuat pendaftaran haji di
pejabat Tabung Haji Cawangan Bentong, Pahang pada 30/04/2010 dan disenaraikan untuk
mengerjakan ibadah haji pada tahun 1453H/2032M.

2- Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik daripada pihak tuan untuk memperoleh
penempatan ibadah haji kami pada tahun 1438H/2017M atas faktor-faktor berikut:-

2.1 – Perkiraan umur kami pada jangkaan penempatan haji pada tahun 2032
tersebut adalah 83 tahun (suami) dan 78 tahun (isteri).
2.2 – Kesihatan kami yang agak baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk
kami mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan
keadaan kesihatan di masa akan datang.
2.3 – Kami sudah mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid Darul Fikri, Bandar Bera,
Pahang Darul Makmur.
2.4 – Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk kami mengerjakan ibadah haji.

3- Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami
sekiranya impian dan hajat kami ini dapat dipertimbangkan.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,

________________________
AHMAD BIN ISMAIL

_________________________
HASIMAH BINTI MOHD RANI

Anda mungkin juga menyukai