Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Permulaan sejarah perkamusan Melayu sehingga kini masih belum dapat


dikenalpasti. Terdapat dua pandangan tentang tarikh bermulanya bidang perkamusan di
alam Melayu. Golongan sarjana pertama menyatakan bahawa bidang perkamusan
bukanlah suatu gejala yang baharu. Kegiatan ini dikatakan wujud sejak masyarakat di
rantau ini mengenali system tulisan dan pelbagai cabang ilmu akibat daripada
pertembungan dua budaya yang berbeza dan saling mempengaruhi antara satu sama
lain.

Pertembungan ini berlaku disebabkan kemasukan pengaruh asing atau melalui


penjajahan sesuatu bangsa terhadap bangsa lain.

2.0 KONSEP

Kamus ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta
membantu para pengguna mengenal perkataan baharu. Selain menerangkan maksud,
kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, epistimologi, sesuatu perkataan dan
contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan.

Sesebuah kamus mengandungi kata daripada sesebuah bahasa, yang telah disusun
mengikut abjad, diberi makna yang tertentu serta keterangan lain yang berkaitan dengan
kata.

Konsep kamus hendaklah difahami terlebih dahulu, menurut R.R. Hartmann dan
James Gregory, kamus ialah sejenis rujukan yang menerangkan makna perkataan dan
frasa tertentu melalui definisinya. Kini, kamus merupakan rujukan yang paling umum
yang terdapat dalam bahasa, dan digunakan secara meluas oleh pengguna bahasa.

Bo Sevensén dalam Practical Lexicography: Principles and Methods of Making


Dictionary menjelaskan beberapa hal tentang kamus. Kamus menghuraikan ciri umum
tentang perkataan. Antara yang diperihalkan termasuklah ejaan, sebutan serta kata yang
diterbitkan daripadanya dan golongan perkataan tersebut. Selepas diberikan maklumat
asas ini barulah makna dan penggunaan perkataan tersebut dinyatakan dalam kamus.

Di peringkat sekolah, kamus sering digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, kamus juga boleh digunakan semasa
mempelajari mata pelajaran lain. Ada bermacam-macam-macam jenis kamus yang dijual

1
di kedai buku. Ada juga kamus yang menggunakan ilustrasi, berwarna, dan pelbagai
saiz.

3.0 MENILAI PENGGUNAAN KAMUS DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA INI


SECARA KRITIS

Dalam era globalisasi masa kini, dapat kita perhatikan penggunaan kamus telah digunakan
secara meluas dalam sistem pendidikan di Negara ini bagi meningkatkan lagi mutu
pendidikan terutama dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

Pada pendapat saya penggunaan kamus amat penting kerana selain dapat
menerangkan makna, istilah atau ejaan sesuatu perkataan, kamus juga berfungsi
untuk membantu murid mengenal perkataan baharu. Selain itu kamus juga mampu
memperluaskan perbendaharaan kata murid terutama murid di peringkat sekolah rendah.
Murid-murid akan dapat memahami maksud sesuatu ayat atau petikan dengan lebih jelas
lagi jika menguasai makna sesuatu perkataan. Pengetahuan yang diperoleh oleh murid
melalui kamus akan mempertingkatkan lagi keyakinan dan kemahiran murid dalam
pembinaan ayat.

Guru-guru juga perlu memiliki dan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang
penting. Manakala murid-murid juga sepatutnya memiliki kamus sendiri untuk memudahkan
pembelajaran di sekolah atau di rumah.

Kini, kamus tidak lagi terhad dalam bentuk buku sahaja malah kerajaan telah
memperkenalkan kamus elektronik yang lebih canggih untuk kemudahan murid dan
masyarakat amnya. Kamus elektronik ialah kamus yang semakin popular kerana saiznya
yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Selain itu, guru-guru dan murid juga boleh
menggunakan kamus secara talian sebagaimana yang telah disediakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka di alamat sesawang.

Walaubagaimanapun, penggunaan kamus di sekolah-sekolah terutamanya di peringkat


sekolah rendah masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ini menunjukkan kamus
belum digunakan sebagai pengajaran dan pembelajaran secara maksimum. Mengikut
pengalaman saya ketika menjalankan praktikum, didapati murid-murid masih lagi
menggunakan buku teks, buku latihan dan buku aktiviti sebagai sumber utama dalam kelas
terutama dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Bagaimanapun ada segelintir guru yang

2
menggunakan kamus sebagai bahan pembelajaran dalam kelas Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris walaupun tidak sebagai bahan rujukan utama.

Secara umumnya, murid-murid di Negara ini telah didedahkan dengan penggunaan


kamus samada oleh ibu bapa, guru-guru, atau rakan sebaya. Keadaan ini dilihat begitu
baikkerana pendedahan awal yang diberikan mampu menarik minat murid untuk menyukai
kamus dan seterusnya dapat menggalakkan sikap membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Sistem pendidikan di Negara ini telah membuat inisiatif awal bagi membolehkan kanak-
kanak terbiasa dengan penggunaan kamus dan seterusnya mencintai kamus sebagai salah
satu bahan bacaan yang cukup bermanfaat.

Walaubagaimanapun pihak sekolah telah membuat yang terbaik dalam menggalakkan


murid-murid biasa dengan kamus dalam aktiviti harian mereka. Ini kerana jika diperkenalkan
dengan lebih awal dapat membantu proses perkembangan kosa kata murid-murid
seterusnya meningkatkan mutu berbahasa mereka.

Secara kesimpulannya, penggunaan kamus dalam system pendidikan di Negara ini


berada di peringkat yang memuaskan. Ini kerana, di Negara ini bahasa Melayu telah
dimartabatkan agar bertaraf antarabangsa. Sekiranya masyarakat bersama-sama memberi
rangsangan yang positif maka tidak mustahil kita akan melahirkan generasi yang bersifat
maju dan berjaya terutama dalam memartabatkan penggunaan kamus.

3
4.0 PERANAN INSTITUSI DAN PELBAGAI PIHAK BAGI MEMARTABATKAN
PENGGUNAAN KAMUS DALAM SISTEM PENDIDIKAN.

Seperti yang telah dibincangkan, pendedahan awal kepada penggunaan kamus


kepada murid-murid dalam system pendidikan dapat membantu dalam proses
perkembangan dan pembinaan kosa kata murid-murid serta kanak-kanak dalam
kemahiran berbahasa mereka.

Untuk merealisasikan perkembangan tersebut, terdapat beberapa pihak dan institusi


yang bertanggungjawab dalam memartabatkan penggunaan kamus dalam system
pendidikan pada masa akan datang. Antara pihak yang berperanan untuk
memartabatkan penggunaan kamus pada masa akan datang adalah yang pertama dari
pihak ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa perlu memperkenalkan kamus kepada
anak-anak seawal usia masih kecik ini kerana pada masa sekarang terdapat banyak
kamus telah dicipta untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun yang terdapat di pasaran.
Maka bermula dengan usia yang masih kecil, anak-anak ini akan terbiasa dengan
penggunaan kamus apabila mereka menginjak kealam persekolahan diperingkat rendah.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk anak-anak yang
berjaya, selain itu ibu bapa merupakan individu yang cukup dekat dengan anak-anak
dalam memperkenalkan kamus sebagai bahan bacaan utama sewaktu di rumah.

Oleh hal yang demikian, ibu bapa sangat berperanan menerangkan serta
memperkenalkan kepada anak-anak berkaitan kepentingan penggunaan kamus sejak
dari awal lagi bagi memudahkan mereka menggunakan kamus apabila diperlukan suatu
hari nanti. Menurut Atkin dan Varantola , kemahiran menggunakan kamus perlu diajar
sejak awal usia anak-anak secara tuntas dan berkesan sekiranya pengguna kamus ingin
mendapatkan maklumat yang terkandung dalam kamus yang dibaca.

Namun ada juga segelintir ibu bapa yang kurang menyedari akan kepentingan
kamus sebagai bahan bacaan yang bermanfaat kepada anak-anak mereka. Hal ini
berlaku dek kerana taraf pendidikan ibu bapa yang rendah serta ketandusan maklumat
dari pihak luar. Ada juga ibubapa yang mengatakan kamus bukan antara bahan bacaan
yang boleh menarik minat anak-anak mereka.

4
Pihak seterusnya ialah guru yang berperanan sebagai individu kedua dalam
memperkenalkan kamus kepada murid-murid di sekolah. Sebagai seorang guru, mereka
lebih arif berbanding ibu bapa dalam penggunaan kamus dalam pendidikan anak-anak
seharian. Contohnya , guru boleh menyediakan beberapa buah kamus dalam sehari dan
diletakkan di dalam kelas bagi memberi peluang kepada murid menggunakan kamus
sebagai bahan bacaan yang utama selain buku teks.

Guru juga boleh memberi peluang serta membenarkan kanak-kanak untuk meminjam
kamus dan memulangkan kembali. Mungkin dengan cara memberi murid pinjam kamus,
akan dapat meningkatkan peratus penggunaan kamus dalam pdpc seharian. Guru boleh
mengadakan aktiviti semasa mengajar dengan menggunakan kamus. Kamus memainkan
peranan penting komunikasi guru dan murid menjadi aktif dan membolehkan pembelajaran
berjalan lancar. Selain itu sesi pembelajaran akan lebih kondusif dan menyeronokkan.
Dengan cara ini pembelajaran menjadi lebih menarik dan murid-murid akan dapat
melibatkan diri secara sihat dan harmoni.

Selain peranan individu, ada juga institusi yang betanggungjawab serta berperanan
dalam memartabatkan penggunaan kamus. Institusi paling penting adalah sekolah itu
sendiri. Di sekolah boleh diadakan majlis karnival kesedaran penggunaan kamus di
kalangan murid sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan karnival dengan adanya acara
mencari makna sesuatu perkataan, dan dengan cara ini murid akan menggunakan kamus
untuk mencari makna serta maksud yang terdapat dalam kamus.

5.0 RUJUKAN

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi. (2014). Sejarah


Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan &Terjemahan. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1996). Pendidikan Di Malaysia 1. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti


Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. Edisi Ketiga. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5
6

Anda mungkin juga menyukai