Anda di halaman 1dari 1

1.

3 Kesimpulan

Kesimpulannya semua pihak termasuk guru, ibu bapa, pentadbir sekolah, masyarakat,
institusi swasta dan kerajaan perlu memainkan peranan masing masing bagi membantu
masalah atau isu yang berlaku kepada pendidikan pemulihan. Guru utamanya, perlu
berperanan membantu menjayakan program ini. Pendidikan pemulihan tidak seperti mana
yang disangkakan. Ia memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk
mendidik murid pemulihan supaya boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti.
Manakala, dorongan serta bimbingan ibu bapa dan guru, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, alat bantu mengajar dan gaya penyampaian guru juga harus dititikberatkan
supaya dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dijalankan kepada mereka. Pelbagai juga usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi
merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan
Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan Membaca
dan Menulis (PROBIM) bagi membantu murid pemulihan menguasai 3M.

Anda mungkin juga menyukai