Anda di halaman 1dari 5

SOALAN ULANGKAJI

1. Pendekatan Humanistik melihat manusia sebagai seorang yang sentiasa berusaha


untuk mencapai perkembangan emosi yang sihat.
Nyatakan kesesuaian pendekatan Humanistik dalam terapi kanak-kanak.

Pendekatan Humanistik menganggap bahawa setiap manusia itu unik dan mampu
menyelesaikan masalahnya sendiri. Oleh yang demikian, pendekatan ini sesuai
dalam memberikan bantuan dan bimbingan kepada klien.

Berdasarkan pendekatan ini, seseorang itu bertanggungjawab atas dirinya. Dia


mementingkan harga diri, perkembangan peribadi dan perbezaan individu.

Pendekatan terapi ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah psikologi,
emosi dan masalah dalam kehidupan. Masalah ini menyebabkan manusia itu tidak
dapat berfungsi sepenuhnya. Kaunselor yang mengaplikasikan pendekatan ini lebih
mementingkan kualiti dalam hubungan terapi daripada teknik.

Pendekatan Humanistik dianggap sebagai self-theory kerana konsep kendiri


(self) adalah pusat dalam teorinya. Kendiri ini timbul daripada pengalaman
seseorang, dan kesedaran tentangnya membantu seseorang membezakan dirinya
dengan orang lain. Untuk menghasilkan kendiri (self) yang sihat, memerlukan sikap
positif, penerimaan, kasih sayang dan perhatian.

Begitu juga keperluan fisiologi kanak-kanak adalah sama seperti orang dewasa yang
memerlukan penerimaan tanpa syarat daripada ibu bapa dan orang lain.
Penghargaan kendiri berkembang apabila seseorang itu bertingkah laku dengan cara
tertentu sesuai dengan kehendak orang lain. Jika seseorang tidak melakukan seperti
yang dikehendaki oleh orang lain, ia tidak akan diterima atau dihargai.

Kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien melalui pendekatan


yang sesuai yang dapat memupuk kepentingan dan kebajikan klien melalui jalinan
hubungan yang sihat.
Dalam perhubungan kaunseling, kaunselor menolong klien mempercepatkan proses
membuat keputusan. Kaunselor tidak boleh membuat pilihan atau keputusan untuk
kliennya, agar klein berani membuat keputusan secara yang lebih rasional.

Kaunselor juga hendaklah meneroka identiti mereka sendiri dan mengenal pasti
tentang cara identiti ini mempengaruhi nilai dan kepercayaan mereka mengenai
proses terapi dalam sesi kaunseling. Perkara ini juga mempengaruhi hubungan
kaunselor dengan klien dan memberi kesan kepada proses kaunseling.

Kaunselor cuba memahami secara aktif latar belakang budaya yang berbeza dalam
kalangan klien yang dikendalikannya. Dia perlu menerima klien seadanya tanpa
sebarang prasangka negatif.
2. Terapi Bermain dapat memberi kesempatan kepada kaunselor untuk menganalisis
konflik kanak-kanak dan mengenal pasti cara menghadapinya (Penny & Dominic,
2014).
Jelaskan konsep Terapi Bermain.

Terapi Bermain adalah suatu kaedah bimbingan dalam sesi kaunseling untuk kanak-
kanak dengan menggunakan pendekatan bermain. Pada usia ini, bermain
merupakan medium semula jadi kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi
perasaannya. Dalam sesi terapi, kanak-kanak yang memerlukan bantuan dalam
mengatasi masalah emosi, perilaku, sosial dan kesihatan mentalnya akan diberi
peluang untuk meluahkan dan menyalurkan emosinya dengan cara yang dirasakan
baik dan tepat, dengan menggunakan alat-alat permainan yang disediakan dalam
situasi yang relaks dan selesa (Bee, 1992).
Terapi Bermain penting untuk kesihatan mental, fizikal serta kesejahteraan sosial
dan emosi. Kaedah bermain membantu mengatasi kecemasan dan konflik. Di
samping itu, bermain dapat melepaskan ketegangan, membantu kanak-kanak
mengatasi masalah kehidupan. Kanak-kanak dapat menyalurkan tenaga yang
berlebihan dan melepaskan emosi yang tertahan dan tidak dapat dikeluarkan
sebelum ini.
Bermain merupakan medium bagi kanak-kanak mengenal dunia mereka. Melalui
bermain kanak-kanak memperlihatkan kemampuan fizikal, kognitif, emosi dan sosial
mereka. Kanak-kanak berpeluang meneroka identiti mereka melalui bermain. Melalui
bermain juga kanak-kanak akan menemui kekuatan, kelemahan serta minat masing-
masing. Melalui Terapi Bermain, Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menghayati
dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi dan mendiagnosis punca
gangguan mental dan emosi mereka. Terapi Bermain merupakan salah satu kaedah
yang menyediakan ruang yang selamat dan tidak terancam untuk kanak-kanak
meluahkan perasaan dan pengalaman yang mengelirukan.

Kanak-kanak mudah menggunakan permainan untuk menggambarkan pemikiran


dan emosi secara semulajadi.
Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menghayati dunia dalaman kanak-kanak
dengan lebih tepat lagi, mendiagnosis punca gangguan fikiran dan emosi mereka.

3 Psikodrama merupakan satu teknik main peranan yang bertujuan untuk mengenali
dan memahami diri klien dengan lebih baik.

Perluaskan fungsi Terapi Psikodrama dalam membentuk kestabilan emosi kanak-


kanak.

Kanak-kanak yang menjalani Terapi Psikodrama dibantu untuk meluahkan perasaan


yang terbuku dalam hati. Mereka dibantu untuk menyatakan hasrat, kemahuan,
keperluan yang tidak mereka perolehi dari individu yang mereka sayang contohnya
ibu atau bapa mereka, adik beradik serta rakan sebaya mereka. Kanak-kanak juga
dibantu untuk berkongsi perasaan, kekecewaan dan harapan mereka dalam aktiviti
psikodrama. Melalui psikodrama ini klien yang muram dapat memperoleh pengertian
yang lebih baik tentang dirinya, dapat menemukan konsep pada dirinya, menyatakan
keperluannya, dan menyatakan reaksinya terhadap tekanan-tekanan di dalam
dirinya.
Membantu klien atau sekelompok klien untuk mengatasi masalah-masalah peribadi
dengan cara menggunakan main peranan, drama, atau terapi tindakan. Melalui
teknik-teknik itu klien dibantu untuk mengungkapkan perasaan tentang konflik,
kemarahan, sikap agresif, perasaan bersalah dan kesedihan.

4. Terapi Pasir juga ditafsirkan sebagai satu bentuk bengkel yang memberi peluang
kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi
secara mendalam.
Tunjukkan kelebihan pelaksanaan Terapi Pasir terhadap kanak-kanak yang
mengalami masalah Attention Defisit Hyperactive Disorder (ADHD) .

Terapi Pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan klien menyusun


objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut
dimensi dunia realitinya. Terapi Pasir juga ditafsirkan sebagai satu bentuk bengkel
yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan
perasaan atau emosi secara mendalam. Manakala kanak-kanak yang mengalami
masalah ADHD pula adalah kanak-kanak yang bermasalah dalam memberikan
tumpuan atau fokus dan terlalu agresif dalam bertingkah laku. Kanak-kanak ADHD
ini sangat mudah hilang fokus dan mudah tertarik terhadap ganggu pada
persekitaran.

Melalui Terapi Pasir ini kanak-kanak akan menggunakan tenaga mereka untuk
bermain dengan pasir dan membina dunia imaginasi mereka dalam kotak pasir
tersebut. Mereka akan dapat menyalurkan tenaga mereka dengan cara yang positif.

Melalui Terapi Pasir ini juga kanak-kanak ini akan dapat melatih daya kreativiti
mereka. Kanak-kanak akan melakukan aktiviti mengikut kehendak mereka. Daya
imaginasi kanak-kanak akan diterjemahkan melalui aktiviti yang menggunakan pasir.

Kanak-kanak juga akan dapat menghilangkan rasa marah dan agresif. Melalui teknik
ini kanak-kanak akan lebih fokus pada aktiviti mereka. Kanak-kanak dilatih sabar dan
tenang. Kanak-kanak akan dapat berlatih mengawal tingkah laku hiperaktif mereka
dan membantu mereka bertenang.

Terapi Pasir membolehkan kanak-kanak relaks dan berseronok dengan aktiviti pasir.
Aktiviti yang menyeronokkan akan membantu kanak-kanak memberi lebih fokus
pada kotak pasir, berbanding gangguan-gangguan yang mungkin ada.

Kanak-kanak dilatih percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu. Kanak-
kanak akan lebih berkeyakinan dalam membuat keputusan dan menentukan pilihan
mereka. Kanak-kanak juga dilatih mengembangkan penggunaan psikomotor halus
kanak-kanak agar lebih cekap.

• Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.


• Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi.
• Merangsang pemikiran murid.
• Mengurangkan tekanan emosi.
• Membantu meningkatkan kemahiran sosial.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
• Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi
pasir.
5. Seorang murid perempuan telah datang berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Dia mengadu telah dicabul oleh bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarganya.
Dia meminta Guru Bimbingan dan Kaunseling membantunya kerana dia berasa
sangat tertekan.
Huraikan nilai-nilai etika yang perlu dipatuhi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
semasa mengendalikan sesi terapi bersama klien.
Etika merupakan kod amalan profesional atau garis panduan dalam melaksanakan
sesuatu tugasan. Kaunselor yang baik selalu berpegang kepada kod etika
perkhidmatan mereka. Dalam kes ini guru kaunseling yang menjalankan aktiviti
terapi terikat dengan empat etika terapi.

Etika pertama adalah kerahsiaan. Sepanjang menjalani aktiviti terapi kaunselor perlu
memastikan setiap tingkah laku kanak-kanak tersebut dirahsiakan, lokasi dijalankan
aktiviti juga perlulah terkawal dan tiada gangguan dari orang luar. Kanak-kanak
perlulah rasa selamat dan tidak terancam dengan aktiviti tersebut. Sekiranya kanak-
kanak dapat diyakinkan bahawa aktiviti mereka ini terjamin kerahsiaannya maka
kanak-kanak akan lebih yakin untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Etika kedua adalah tidak melabel. Maksud tidak melabel di sini adalah kaunselor
tidak boleh meletakkan label pada kanak-kanak yang datang berjumpa dengan
mereka untuk menjalani terapi. Kaunselor tidak boleh melabel kanak-kanak sebagai
pemalas, nakal atau apa saja sifat negatif terhadap kanak-kanak yang menjalani sesi
terapi ini. Kaunselor perlu neutral atau genuin dalam menerima klien. Kaunselor
perlu menerima kanak-kanak tanpa syarat.

Etika ketiga pula adalah tidak menghukum. Kaunselor perlulah memastikan tidak
menghukum kanak-kanak yang menjalani sesi terapi. Sekiranya kaunselor
menghukum kanak-kanak yang mejalani sesi terapi maka kaunselor akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut hilang kepercayaan dan keyakinan pada
kaunselor. Tidak menghukum ini bermaksud kaunselor meletakkan kesalahan atau
menjadikan kanak-kanak sebagai punca masalah atau punca kesalahan yang
dilakukan. Kanak-kanak akan rasa kecewa kerana disalahkan atau dijatuhkan hukum
oleh kaunselor.

Etika keempat adalah hubungan yang teraputik. Hubungan yang teraputik ini
bermaksud hubungan yang mesra antara kaunselor dengan kanak-kanak. Kaunselor
dapat mewujudkan kejelekitan antara dirinya dengan kanak-kanak yang menjalani
aktiviti terapi. Aktiviti terapi yang dijalankan dalam suasana dan hubungan yang
teraputik akan dapat menjadikan aktiviti tersebut sangat bermakna bagi kanak-kanak
tersebut. Hubungan yang teraputik akan melahirkan kepercayaan kanak-kanak
terhadap kaunselor.

Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merujuk Kod Etika perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling yang telah ditetapkan dalam profesion kaunseling di Malaysia
sebagai panduan dalam melaksanakan tugasnya secara profesional, beramanah dan
kompeten.
Tujuan utama Kod Etika perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk
menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara
profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan
kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara
terbaik. Selain itu, dapat mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku
beretika serta amalan-amalan yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai