Anda di halaman 1dari 1

Tembikai (nama botani: Citrullus lunatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur,

Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika
dalam famili Cucurbitaceae.

Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang
pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai
ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus
vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

Anda mungkin juga menyukai