Anda di halaman 1dari 2

Buah tembikai sangat terkenal dikalangan kita, kerana sangat mudah didapatkan, baik itu dipasar tani

mahupun di pasaraya. Buah tembikai merupakan buah yang berair yang sebahagian besar jenis
dagingnya berwarna merah. Hampir 90% kandungan tembikai ini adalah air. Buah tembikai sangat sesuai
di minum pada masa cuaca panas dan masa kita merasa sangat dahaga. Selalunya pada bulan puasa,
tembikai dijadikan minuman wajib ketika berbuka puasa. Ada yang membuat jus tembikai dan juga ada
yang makan begitu sahaja. Buah tembikai istimewa kerana boleh meredakan dahaga sekaligus kaya akan
vitamin dan mineral di dalamnya.

Tahukah anda, buah tembikai adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW.
Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah
tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C
dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.

Diantara 7 keistimewan tembikai untuk kesihatan kita adalah:

 Tembikai baik untuk kesihatan jantung. Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik
sekali untuk kesihatan jantung.
 Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai sangat baik sekali bagi kesihatan mata
kita. Kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan di ubah dalam tubuh
kita menjadi Vitamin A.
 Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita.
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah
diserang penyakit, apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.
 Dengan mengkonsumsi buah tembikai akan membantu kita terbebas dari serangan radikal
bebas, seperti pencemaran udara, pelbagai asap kendaraan, atau udara yang kotor yang
memicu kepada masuknya radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan kita. Tembikai
mengandungi senyawa karotenoid yang dapat meneutral kan radikal bebas yang masuk
ke dalam tubuh kita.
 Dengan mengkonsumsi tembikai akan membantu untuk pengeluaran urine lebih lancar
dan akan membuat kesihatan buah pinggang menjadi lebih baik.
 Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan dalam badan, buah tembikai adalah pilihan
yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah
tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada
dalam tubuh.
 Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga
dan segar semula. Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan
badan rasa lebih bersemangat untuk beraktifitas. Dan tak kalah hebatnya tembikai boleh
mencantikkan kulit kita, mengurangi kedutan sekitar mata dan melindungi kita dari
pancaran sinar matahari.

Anda mungkin juga menyukai